Sabtu, 30 Julai 2011

CEMPEDAK DILUAR PAGAR...


 Cempedak made in Baloh.
 Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya peminat 'cempedak' tegar,
Sebelanga 'cucoq' dapek abiskan...

Hmmm...
Cempedak.
Nama satu buah yang mempunyai aroma yang mengasyikkan.

Cempedak.
Nama sekolah menengah aku dulu diPekan Guar Cempedak. SMGC.

Cempedak.
Masa kecik dulu, getah cempedak dicalit pada hujung lidi penyapu untuk menangkap patung@pepatung@catcibor.

Aku memang peminat buah cempedak.
Masa kecik dulu, seronok dimakan begitu saja.

Bila dah tua-tua ni, tak berapa lalu.
Tapi...
Bila dibuat cucoq, satu belanga boleh diselesaikan.

Pekena pulak dengan kopi o. Pehh.
Tak percaya?



Rakan baik cucoq cempedak ialah kopi o.
Cheh. Cerita banyak tak guna...

Ada tiga empat pokok cempedak kat rumah aku dikampung ditanam arwah bapa.
Ada yang ditanam lama sebelum kami berpindah  dan ada yang ditanam sebaik sahaja kami mula berkampung disitu.

Dah beribu-ribu buah cempedak 'dilahirkan' empat pokok berkenaan.
Kalau balik kena 'time', dapat le merasa.

Cuti sekolah bulan Jun lalu, aku balik kekampung.
Buah cempedak dah menjadi tapi belum masak.
Mengikut perkiraan astronomi dan ahli falak Kampung Baloh,
bulan Julai baru dapat dipetik.

Takde rezeki nak makan nampaknya.


 Anak sedara gua, Jon.
Gambar diambil pada 7.7.1986.

Petang Sabtu lepas, 23 Julai, anak sedara aku,
Faridzul @ Jon yang menetap di Shah Alam menelefon.
Ingatkan dia nak mai rumah.

Rupanya panggilan merentasi lebih 400 kilometer dari utara.
Beliau dikampung, bercuti le kot.

'Pak Su, tok kirim buah cempedak dan moktan'. Kata Jon yang bakal menjadi mempelai Disember ini dengan gadis kelahiran Kapar, Kelang.

'Cantikkkk' kataku.

'Ahad, Jon balik KL... nanti Pak Su set time le, kita jumpa kat mana yang patut.'
Tambah beliau lagi yang kini telah lulus tanpa sijil, asas bertutur dalam bahasa Jawa.

Bukan tak ada buah cempedak di Lembah Kelang ni. Adaaa.
Tapi harganya... humang aiii. Kalah harga sekerap.

Sekilo tujuh lapan hinggit.
Kat Giant, Tesco... paso tani, pasar malam, pasar mahgrib pun sama.
Bagi aku termasuk dalam kategori mahal la.

Mana ada buah cempedak yang ringan. Kecuali putik cempedak.
Jadi bila ditimbang... pehh. Bergegar poket.


Ini kalau ditimbang, mau mencecah
puluhan ribu...rupiah. Berat ooo....


Yang dah digoreng jangan cerita la.
Seulas jatuh dua kupang. Seulas wa cakap lu.
Kalau ambik sepuluh ulas. Malas nak ulas.

Alasan depa. Beli mahal, jual mahal.
Bayor jelah kalau dah kemaruk sangat nak makan.

Dikampung aku, cempedak ni kira jual lunggok aje.
Sebab... boleh dikatakan setiap rumah, ada pokok cempedak. Sikit dengan banyak aje.
Selunggok lima enam biji, tak sampai lima ringgit.

Ada satu tahun tu, lembu pun tak larat nak makan.
Buah cempedak menjadi-jadi. Dijual sekupang dua pun tak laku.
Sudahnya bagi kat kaklong. Longkang.

Biasanya emak aku membuat cempedak kering bila buah dah berlebihan.
Isi cempedak dijemur beberapa hari. Dan... sedap rasanya.

Berbalik pada cempedak yang diimpot dari Kampung Baloh, Pendang.
Selasa lepas, melalui lebuhraya Kesas aku cabut kepinggir Shah Alam.

Kami berjumpa di RR Hicom arah KL lebih kurang 11.30 pagi.

'Wow...'
Cempedak yang diisi dalam guni gula adale enam tujuh bijik.
Siap ada dua bungkus tepung untuk membuat cucoq.
Ini mesti abang ipar atau kakak aku bagi ni.

Bau menusuk hidung. Tanda dah masak. le tu.
Air liuh hampir meleleh.
Buah rambutan @ moktan pun ada. Tapi bukan favourite.

Biji cempedak ni... direbus dengan sedikit garam...pehh... sodap
wa cakap lu. Boleh juga dicampur dalam kari ikan haruan... pehhh....
Tapi awas... angin banyak dalam perut kalau makan banyak.

Sampai dirumah, kepada jiran dikiri dan kanan dihulur sebiji dua.
Mak aku dah berpesan sebelumnya supaya berbuat demikian.
Lagipun tak larat nak makan sorang.

Apa lagi. Goreng tak berhenti le. Sehingga hari ini (jumaat) masih ado
lagi dua bijik.

Taktau le dan ke takdan sampai hari isnin dimana kita mula berpuasa.
Kalau dan, ada can buka posa dengan cucoq cempedak.

Terima kasih pada Mak.
Dan pada Jon... yang membawa cempedak mengembara lebih 400 kilometer.

Arigato.
TQ.

Daripada cempedak biarle nangka,
Dari tidak biarle ada...

Daripada nangka biarle cempedak,
Nangka angin, cempedak tidak...

Cheh!

... SALAM RAMADAN ...


KISAH cempedak goreng.
Kartun ini disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16/8/1996.
Aku di Unit Majalah Taman Shamelin Perkasa pada waktu ini.
Maso ni still bujang lagi.

Jumaat, 29 Julai 2011

HARIMAU MALAYA... awat laeh sangat?


Cuba lagi World Cup 2018... Mana tau time tu
anak Miki, anak Maro, anak Rudin, anak Armus, anak
Nuek atau anak Pojis main untuk Malaysia... dan
menjadi good defender yang tak melepaskan lima gol
dan striker yang boleh 'menyeko' 3 gol seperti yang diharapkan.
Who know? I dont know... dah kaloh nak buak geno!




Sahabat segoblok gua, 'blogger Penanggah' yang menonton Harimau Malaya
menentang Singapot@impot di Stadium Bukit Jalil malam tadi hampir mencabut beberapa batang pokok disekitar stadium berkenaan. ( Blog Penanggah: sila KLIK disini )

Marahnya tidak dapat dibendung.
Manakan tidak, tiket mahal yang dibelinya tidak mendapat pulangan setimpal seperti yang diharap-harapkan beliau dan 85 ribu penyokong yang lain.

Lebih-lebih lagi harga tiket itu adalah 'bajet' yang disimpan untuk menyambar
kasut yang akan disarung pagi Idilfitri nanti.

'Main mcm cilako hmpeh btul' ... gitu bunyi sms balasannya pada gua yang masih berada dipejabat sepanjang perlawanan berlangsung.


'Awat tak balik lagi?' gua menyimbah sedikit petrol tanpa plumbum dalam api yang sedang marak sewaktu perlawanan berbaki 20 minit.
'Maleh nak blik, bnyk lg lwak sengal' ... tambah Penanggah

Lain pulak dengan kartunis Halo Boss, saudara Dee.
Gua cuba menghangatkan 'hati' beliau dengan kiriman sms yang berbunyi
'Ghimau ke Kucin?' setelah perlawanan berlangsung agak lama tanpa sebarang
jaringan.

'Malas aku nak tengok Man' ... sms beliau beberapa minit kemudian yang
membayangkan kekecewaan. Masa kena titik 5-3 haritupun beliau dah angin satu taman.





Sms yang sama gua layangkan pada member lama gua di PD, Wak Rudin.
Ini pulak jawapan beliau... 'Makan doyan byk ko ghimau. Xleh kontrol bula...'

Kaya Digi malam ni. Orang banyak kirim sms pasal game shame ini.

Ramai tak puas hati.
Lebih-lebih lagi yang membeli tiket.
Yang menyonteng muka apa lagi.

Aku dihadapan PC, bila perlawanan bermula.
Sesekali terdengar jeritan dari budak-budak akhbar Kosmo ditingkat
bawah yang menonton menerusi Astro.



 
Lama-lama aku perasan.
Tiada sorakan mahu jeritan.
Suasana hening dan sepi disulami sesekali deruman lori simen dan lori sampah
diJalan Lima.

Hmmm... susah nak pi macam ni.
Nak cari sebijik payah. Ini pulak tiga.

Selepas makan digerai, aku menjenguk sat dibilik pemandu.
Tadi sewaktu makan, jeritan gol kedengaran. Harimau sumbat sebijik.
Tengok dalam lima minit, Singa pulak menyamakan kedudukan.
Cheh!... Terus gua cabut sambung kerja.

Jauh lagi standard kita.
Pass bola kat orang.
Kawalan bola terlepas.
Apa lagi?

Sudah sampai masanya kita mencontohi beberapa negara
yang mengambil pemain-pemain luar berbakat dan diberikan kerakyatan.

Tak perlu ramai. Sekor dua yang baguihh...

Negara matahari terbit contohnya telah 'menjepunkan' beberapa pemain Brazil dalam liga mereka. Lihat dimana negara yang pernah menjajah pasukan Harimau Malaya berada dicarta bolasepak dunia.

Lewat malam tadi sewaktu minum bersama Miki digerai depan pejabat  ada jugak
terkeluar cadangan ini.




 
'Negara kita kan ada ramai PATI. Dari berbagai negara.'
Buat satu liga bolasepak untuk depa. Mana yang boleh main, kita amik dan asuh'
Yang tak reti sepak bola, antor balik.' Kata Miki, kartunis yang hot in town beberapa minggu lepas sambil mengunyah megi goreng 39 kali sebelum menelannya.

'Betoi jugak.' Sahut gua sambil menghirup neskopi tarik yang dibiayai kartunis berambut afro ini.

'Mat Afrika yang tinggi lampai, Mat Pakistan yang tegap tu kalau dapat jadi fullback kita, takle bolos sampai lima enam gol'... sambung Miki lagi sambil menengok jam
ditangan. Hampir pukul satu pagi.

'Jom belah. Dah lewat ni.'  

Kami berjalan kaki menuju ke PLU dimana kereta diparking.
Dalam riuh-rendah salakan anjing yang menjaga premis disitu, satu mesej masuk
dalam hp purba gua.
Oh sms dari blogger Penanggah.

'Gua dah cabut pokok ketapang ni... tinggal lagi nak baling masuk stadium'
Sabarrrr.... Jang..... sabarrrrr.

(lagi komen blogger Penanggah disini)