Sabtu, 30 Julai 2011

CEMPEDAK DILUAR PAGAR...


 Cempedak made in Baloh.
 Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya peminat 'cempedak' tegar,
Sebelanga 'cucoq' dapek abiskan...

Hmmm...
Cempedak.
Nama satu buah yang mempunyai aroma yang mengasyikkan.

Cempedak.
Nama sekolah menengah aku dulu diPekan Guar Cempedak. SMGC.

Cempedak.
Masa kecik dulu, getah cempedak dicalit pada hujung lidi penyapu untuk menangkap patung@pepatung@catcibor.

Aku memang peminat buah cempedak.
Masa kecik dulu, seronok dimakan begitu saja.

Bila dah tua-tua ni, tak berapa lalu.
Tapi...
Bila dibuat cucoq, satu belanga boleh diselesaikan.

Pekena pulak dengan kopi o. Pehh.
Tak percaya?



Rakan baik cucoq cempedak ialah kopi o.
Cheh. Cerita banyak tak guna...

Ada tiga empat pokok cempedak kat rumah aku dikampung ditanam arwah bapa.
Ada yang ditanam lama sebelum kami berpindah  dan ada yang ditanam sebaik sahaja kami mula berkampung disitu.

Dah beribu-ribu buah cempedak 'dilahirkan' empat pokok berkenaan.
Kalau balik kena 'time', dapat le merasa.

Cuti sekolah bulan Jun lalu, aku balik kekampung.
Buah cempedak dah menjadi tapi belum masak.
Mengikut perkiraan astronomi dan ahli falak Kampung Baloh,
bulan Julai baru dapat dipetik.

Takde rezeki nak makan nampaknya.


 Anak sedara gua, Jon.
Gambar diambil pada 7.7.1986.

Petang Sabtu lepas, 23 Julai, anak sedara aku,
Faridzul @ Jon yang menetap di Shah Alam menelefon.
Ingatkan dia nak mai rumah.

Rupanya panggilan merentasi lebih 400 kilometer dari utara.
Beliau dikampung, bercuti le kot.

'Pak Su, tok kirim buah cempedak dan moktan'. Kata Jon yang bakal menjadi mempelai Disember ini dengan gadis kelahiran Kapar, Kelang.

'Cantikkkk' kataku.

'Ahad, Jon balik KL... nanti Pak Su set time le, kita jumpa kat mana yang patut.'
Tambah beliau lagi yang kini telah lulus tanpa sijil, asas bertutur dalam bahasa Jawa.

Bukan tak ada buah cempedak di Lembah Kelang ni. Adaaa.
Tapi harganya... humang aiii. Kalah harga sekerap.

Sekilo tujuh lapan hinggit.
Kat Giant, Tesco... paso tani, pasar malam, pasar mahgrib pun sama.
Bagi aku termasuk dalam kategori mahal la.

Mana ada buah cempedak yang ringan. Kecuali putik cempedak.
Jadi bila ditimbang... pehh. Bergegar poket.


Ini kalau ditimbang, mau mencecah
puluhan ribu...rupiah. Berat ooo....


Yang dah digoreng jangan cerita la.
Seulas jatuh dua kupang. Seulas wa cakap lu.
Kalau ambik sepuluh ulas. Malas nak ulas.

Alasan depa. Beli mahal, jual mahal.
Bayor jelah kalau dah kemaruk sangat nak makan.

Dikampung aku, cempedak ni kira jual lunggok aje.
Sebab... boleh dikatakan setiap rumah, ada pokok cempedak. Sikit dengan banyak aje.
Selunggok lima enam biji, tak sampai lima ringgit.

Ada satu tahun tu, lembu pun tak larat nak makan.
Buah cempedak menjadi-jadi. Dijual sekupang dua pun tak laku.
Sudahnya bagi kat kaklong. Longkang.

Biasanya emak aku membuat cempedak kering bila buah dah berlebihan.
Isi cempedak dijemur beberapa hari. Dan... sedap rasanya.

Berbalik pada cempedak yang diimpot dari Kampung Baloh, Pendang.
Selasa lepas, melalui lebuhraya Kesas aku cabut kepinggir Shah Alam.

Kami berjumpa di RR Hicom arah KL lebih kurang 11.30 pagi.

'Wow...'
Cempedak yang diisi dalam guni gula adale enam tujuh bijik.
Siap ada dua bungkus tepung untuk membuat cucoq.
Ini mesti abang ipar atau kakak aku bagi ni.

Bau menusuk hidung. Tanda dah masak. le tu.
Air liuh hampir meleleh.
Buah rambutan @ moktan pun ada. Tapi bukan favourite.

Biji cempedak ni... direbus dengan sedikit garam...pehh... sodap
wa cakap lu. Boleh juga dicampur dalam kari ikan haruan... pehhh....
Tapi awas... angin banyak dalam perut kalau makan banyak.

Sampai dirumah, kepada jiran dikiri dan kanan dihulur sebiji dua.
Mak aku dah berpesan sebelumnya supaya berbuat demikian.
Lagipun tak larat nak makan sorang.

Apa lagi. Goreng tak berhenti le. Sehingga hari ini (jumaat) masih ado
lagi dua bijik.

Taktau le dan ke takdan sampai hari isnin dimana kita mula berpuasa.
Kalau dan, ada can buka posa dengan cucoq cempedak.

Terima kasih pada Mak.
Dan pada Jon... yang membawa cempedak mengembara lebih 400 kilometer.

Arigato.
TQ.

Daripada cempedak biarle nangka,
Dari tidak biarle ada...

Daripada nangka biarle cempedak,
Nangka angin, cempedak tidak...

Cheh!

... SALAM RAMADAN ...


KISAH cempedak goreng.
Kartun ini disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16/8/1996.
Aku di Unit Majalah Taman Shamelin Perkasa pada waktu ini.
Maso ni still bujang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...