Isnin, 1 Ogos 2011

RAMADAN... diperantauan 1

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kita dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia ini.

Tadi mula berterawih.

Kala bilal mula berselawat.
Hati tersentuh tanda rasminya Ramadan mula menyapa segenap tubuh. 

Surau dibawah flat penuh sesak dengan para muslimin dan muslimah serta kanak-kanak
berjemaah Isya', bertahlil, berterawih dan witir.

Diikuti dengan Tadarus.

Tiada gangguan bunyi mercun.
Esok lusa taktau la.
Kebetulan hari off pada hari ini.
Esok, terawih di pejabat pulak.

Semuga Ramadan kali ini lebih baik dari yang lalu.

Amin.



Sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, waktu sahur@soq
untuk hari pertama berpuasa, Mak aku akan menghidangkan
menu wajib iaitu sup daging. Kira eksklusif le
dapat makan daging time tu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...