Jumaat, 27 Januari 2012

when the smoke is going 'SERVER' down...-1

SERVER tak berapa okay sejak kebelakangan dan 'kedepanan' ni...
Musim hujan panas hujan ni... dia pun demam jugak.

Cehhh.

Kalau tenggelam macam kat Siam tu camno gamaknya?

Ni le 'problema'nya bila kerja bergantung sepenuhnya dengan komputer, server dan serba
makneneknya...

Habis tergendala.
Buang maso.


Database @ Data habis...

Minggu lepas kerja-kerja yang dibuat seharian lesap begitu sahaja.
Kata bebudak IT, database problema.

Database punya pasal, data kami pun habis.

Ceh... lagi sekali.

Habis. Resolutionnya apa?

Apa resolusi-resolusi. Bikin balik la page yang hilang tu.           
Bukan satu, bukan dua, tiga.

Banyak deeee.
Cakap memang senang.

Sudahnya, pukul tiga pagi baru setel.


Hang sana-sini

Save photoshop ... hang.
Save Illustrator pun ... hang.

Hang betoi-betoi haru la sang 'server'.

Tak larat dah dok naik turun naik minum kat warung dibawah.
Full house.
Kembung perut pekena teh tarik yang kadangkala kureng menarik tu.

Kalau sumpah seranah tu dalam bentuk pepejal, dah penuh menggunung bakul sampah besar kat tepi mesin faksimili tu.
Kalau 'hamunwalmaki' dalam bentuk cecair, mau melimpah-ruah.

Dosa free dapek. Darah tinggi naik.

Ini macam, bukan boss Apple je yang boleh mati copek. Boss cempedak, duku, pulasan, cermai pun
pendek umur da.

Tekanan betul.
Sabarrr. Saborrr.

Lantas fikiran melayang 'gostan' kezaman 'COW GUM'  bukan chewing gum puluhan tahun lalu.


 
Binatang apa dia tunggang?
Tanya Tuan Sarjan dalam Ali Baba Bujang Lapuk.

Menatang apo itu cowgum?
Tanya pula seseorang.

Bersambung - pt 2
------------------------
Baca Bahagian 2 - klik sini

Baca Bahagian 3 - klik sini

Baca Bahagian 4 - klik sini
Baca bahagian 5 - klik sini