Letraset
Apa itu Letraset?
Ianya juga satu lagi komponen penting dalam industri penerbitan seperti cow gum.
Letraset tersedia dalam berbagai bentuk iaitu tulisan atau imej.
Beribu-ribu typeface @ font dan imej ada dalam letraset.
Pilih sahaja mana yang berkenan dan bersesuaian dengan konsep rekabentuk yang telah ditetapkan.
Biasanya setiap syarikat penerbitan menggunakannya sebagai kepala berita atau headline.
Letraset. Digunakan untuk membuat tajuk rencana. Selepas kehadiran teknologi Apple, letraset terus di let throw set. |
Aku pun taktau nak menerangkan lagu mana depa mencipta menatang letraset ini.
Yang aku tau, kita tenyeh saja mana-mana huruf yang kita nak diatas kertas.
Sebelum menenyeh kena le draw line yang nipis dengan pensil dulu untuk memastikannya selari.
Kecuali diatas dummy page majalah atau akhbar. Sebab linenya sudah tersedia.
Menenyehpun harus hati-hati. Huruf-huruf diatas letraset ini mudah terkoyak.
Manakala penerbit-penerbit akhbar tabloid dan majalah pula menggunakannya pada awal penerbitan sahaja.
Oleh kerana kosnya 'boleh tahan' mahalnya, penerbit-penerbit yang agak miskin dan yang ingin berjimat
mencetak semula letraset ini diatas art paper.
Cuma kali ini sistem 'tenyeh' tidak terpakai lagi, sebaliknya kena le memotongnya satu persatu.
Cheh.
Cheh.
Akupun pernah melalui zaman ini. Lenguh le jugak tangan kalau kena heading yang panjang.
Contohnya seperti:
'M.Nasir jual gitar tong buat tambang ke Kuala Lumpur.' atau...
'Miki, Maro dan Nuek ditawar ke Hollywood bintangi filem Rambo-liau' atau...
'Datuk Azman Taha dijangka membeli Studio HollyBollyIndoMalywood' (contoh je).
Sebelum memotong kena le membilang ada berapa huruf 'A'. Ada berapa huruf 'N'.
Pehhh. Kalau sehari dok potong lima, enam heading panjang, mau tergeliat urat lengan.Font untuk mesin IBM. Boleh diprogramkan. Bunyinya agak bising bila beroperasi. Boleh ditukar font bila-bila masa. |
IBM, Lynotype dan Bromide
Kemudian muncul beberapa lagi alternatif selain menggunakan letraset.
Ada beberapa syarikat menyediakan perkhidmatan menaip artikel menggunakan mesin
Lynotype dan juga perkhidmatan bromide.
Mesin IBM dulu. Bila malam dah takde orang. Aku pun apalagi, taip surat hantar kat kampung. |
dan dicetak diatas kertas licin.
Artis grafik cuma perlu memotong tajuk berita dan berita sebelum memulakan kerja-kerja grafik.
Lebih senang dari letraset.
Tapi, ini pun menelan banyak kos dan masa.
Mahu tidak mahu, syarikat penerbitan perlu memiliki mesin-mesin berkenaan demi
kelancaran proses penerbitan.
Antara yang popular dahulu ialah mesin IBM.
Mesin ini boleh diprogramkan untuk menaip artikel dan mempunyai banyak font mudah alih.
Agak bising dan perkataan yang ditaip mudah tertanggal selain tiada font bersaiz besar untuk heading.
Manakala lynotype agak praktikal walaupun perlu selalu di service kerana ia menggunakan
bahan chemical.
Mesin-mesin ini samada dibeli atau disewa.
Itu le yang jadi masalah bila ada syarikat yang meskin gagal melunaskan bayaran bulanannya.
So, apalagi. Main aci le dengan Ah Cong yang ingin menagih utang dan ingin menarik barang.
Akupun pernah melalui situasi ini.
Kesemua mesin-mesin ini dicampakkan kelaut bila teknologi yang lebih canggih dan mudah tiba dibumi Malaysia.
-------------------------------------
Bersambung... Bahagian 5
Nak baca bahagian 1- klik sini
Nak baca bahagian 2 - klik sini
Nak baca bahagian 3 - klik sini
Nak baca bahagian 5 - klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...