Dalam kenangan. Berbagai ragam manusia ada dalam bas mini ni. |
GILA-GILA... meniti zaman kegemilangan sewaktu era Cowgum. Satu-satunya majalah humor yang masih bertahan hingga sekarang walau tak sehebat dulu. |
Suasana zaman Cowgum amat berbeza sekali dengan zaman komputer dan internet sekarang ini.
Antara perbezaan ketara ialah pengangkutan ketempat kerja.
Kebanyakkan budak-budak grafik berkenderaan sendiri la ni.
Paling koman pun, kapcai. Senang nak mencelah.
Kereta tu biasa sangat la. Lebih sudu dari kuah kekadang.
Boss naik kancil je. Dia bawa gajah.
Dulu, nak habag bagi... ya dulu... bas mini je la yang ada. Bayar lima puluh sen atau lima kupang sampai depan pintu pejabat.
Nasib tak baik, bawah jejambat. Kes bawa laju.
Semua penumpang dia sebat dan sumbat.
Dalam bas sendat dan padat... macam ketupat.
Bermaharajalelanya bas-bas mini membelah jalan, mencelah lorong dan memanjat divider disegenap pelusuk ibu kota menjadi bualan pengguna-pengguna jalanraya di ibu negara.
GELIHATI... muncul selepas Gila-Gila meledak dipasaran. |
Cukup biasa.
Berat mata polis trafik dan JPJ memandang, berat lagi azab
penumpang didalam.
'Belakang lagi...lagi dan lagii.. naik-naik...
boleh masuk lagi...oii...masuk dalam lagii..'
Suara serak-serak kering sumbang konduktor bas mini berwajah bengis mengarahkan penumpang masuk kebelakang yang penuh sesak lagi
meyesakkan masih segar di ingatan. Kekadang... syok jugak berhimpit-himpit tuh. Cheh!
Diwaktu ini, industri penerbitan begitu rancak berkembang memeriahkan kedai mamak dikota dan desa dimana akhbar tabloid dan majalah silih berganti diterbitkan.
BATUAPI... lahir tidak lama selepas itu menambah kemeriahan dunia kartun negara. |
kartun semua ada.
Nasib baik bertahan lama. Tak baik kalu, merana.
Yang untung... yang kena kelentong
pemisah warna. (Ah Song)
Tapi...yang paling untung besar ialah pengedar. (Muniandy)
Untung atas angin bawah angin semua dia sapu.
Yang dok keluar modal, berpeluh ketiak bikin majalah ialah Ali.
(Melayu la tu)
Yang ikut pintu belakang lari dari orang bank, main aci dengan staf (kes tak bayar gaji) ialah Ahmat (pun Melayu).
SALINA... majalah komik terunggul karya Rizalman terbitan Raz Studio selain Bujal. |
(pun kompeni Melayu)
Buka tutup buka...
Tak laku, tutup. Buka majalah baru.
Kena ban, lingkup. Buka kompeni baru.
KDN kena tarik, tak serik. Apply KDN baru.
Gitulah... rempah ratus, sepak terajang dunia majalah dan surat
khabar tabloid pada waktu itu.
Dan... aku adalah salah seorang pemain yang turut terlibat sama.Lama pulak tu, sampai la ni.
Pahit, perit, sempit, manis arus penerbitan diwaktu itu aku
turut sama melaluinya.
Suka atau terpaksa kena le menghadapinya.
Nak sangat duduk Kuala Lumpur. Nahh... 'amekaw'.
Cow Gum
Apa itu Cow Gum?
--------------------------
Bersambung - part 3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...