Jumaat, 7 Mei 2010

MERCY'S - D'LLOYD - FAVOURITE GROUP

Aku mula meminati ketiga-tiga kumpulan lagenda dari Indonesia ini seawal tahun 70-an.

Ketika itu aku masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Genting, Gurun (kini Pendang) Kedah.

Abang aku yang sulung, biasanya memperuntukkan sedikit wang gajinya untuk menikmati 'halwa telinga' hasil dari bekerja sementara dikilang memproses getah ditempat tinggal kami .

Sebulan sekali beliau akan kepekan berhampiran untuk tujuan itu. Tapi aku tak pasti samada
dia ke Sungai Petani, Gurun atau Alor Setar.

Ada ketikanya beliau membeli kaset. Kadang-kadang piring hitam samada EP (kecil) atau LP(besar). Ada waktunya beliau membeli katrij.

Dan boleh dikatakan, kebanyakkan album yang diterbitkan disepanjang 70-an ada dirumah kami. Pelbagai rentak lagu dari berbagai penyanyi dari bermacam negara semua melintasi
ruang deria aku.

Lagu orang putih, Indonesia, Hindustani... semua ada. Cuma lagu Siam je takde.

Pernah aku melihat album Tamil dan Cina dirak meletak piring hitam. Ianya dipinjam abang aku dari rakannya yang tinggal se-estet.

Bila abang aku yang kedua telah mula bekerja, beliau juga ada membeli kaset. Tapi terhad kepada beberapa penyanyi yang diminatinya seperti D'lloyd dan Eddie Silitonga.

Maka... akupun terpengaruh dengan minat abang-abang aku dalam soal ini. Dah selalu didodoikan dengan irama berkenaan. Dan itu sahaja pilihan yang ada pada waktu itu dan akupun tak pandai memilih. Janji sodap donga.

Berbalik kepada ketiga-tiga band berkenaan.
Bagi aku, ketiga-tiganya mempunyai style muzik yang tersendiri.
Dengan hanya mendengar intro lagu, tidak sukar untuk meneka kumpulan yang terlibat.

Melodi lagu yang dicipta memang mengasyikkan. Lirik yang ringkas penuh bermakna dan
susunan muzik yang kena dan menarik. Kebanyakkan lagu-lagu popular dan malar segar
dicipta sendiri oleh ahli kumpulan ini.

THE MERCY'S
The Mercy’s ditubuhkan pada 1965 di Medan. Peh! Tahun aku dilahirkan tu.

Anggota awal Mercy's ialah Erwin Harahap (Gitar utama) , Rinto Harahap (Bass), Rizal Arsyad (Gitar irama), Reynoold Panggabean (Drum) dan Iskandar.

Iskandar Charles Hutagalung (Keyboard, Organ) kemudian menyertai Mercy's menggantikan Iskandar yang menarik diri kerana melanjutkan pelajaran.

1972, The Mercy’s berhijrah ke Jakarta. Pemain saxophone, Albert Sumlang menyertai mereka.

Antara lagu The Mercy’s yang popular seperti 'Tiada Lagi, Jauh Disayang, Joget Gembira, Nasib Jejaka, Bunga Mawar dan banyak lagi.

Mereka juga menjadi idola anak muda tahun 1970-an, dengan gaya rambut gondrong dan seluar bell bottom menyapu jalan.

30 album yang dihasilkan The Mercy’s meliputi album Pop, Keroncong dan Kerohanian.

Album terakhir dirakamkan mereka pada 1978 yang mana roda kehidupan mula berputar kebawah setelah hampir dua dekad bergelumang diarena muzik nusantara.

Anggota The Mercy’s kemudiannya membawa haluan masing-masing, namun masih dalam dunia muzik.







FAVOURITE GROUP
Favourite’s Group (FG) diasaskan oleh A. Riyanto.

Nama ini dipilih beliau dengan harapan akan menjadi pujaan peminat-peminat muzik dikepulauan Melayu. Dan ternyata impiannya itu menjadi kenyataan.

Sentuhan karya muzik mereka diterima masyarakat banyak.

Dikatakan kumpulan ini tempat berkumpulnya penyanyi, pencipta lagu, dan pemuzik terhebat dizamannya.

Mereka ialah Mus Mulyadi (vokal/rhythm), A Riyanto (keyboard/vokal), Nana Sumarna (bass), Eddy Syam (gitar), dan M Sani (drum).

Antara lagu mereka yang masih diingati ialah Cari Kawan Lain, Boneka Dari india, Rindu dan lain-lain.





D'LLOYD
Sama seperti The Mercy's, kumpulan D’LLoyd turut menjadi sebutan di era 70-an hingga kini.

Lagu-lagunya seperti Keagungan Tuhan, Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam di Malaysia, Cinta Hampa dan Mengapa Harus Jumpa cukup mempesona serta meghiburkan.

Kebanyakan lagu-lagu popular D’Lloyd dicipta oleh pemain bass guitar kumpulan itu, Bartje Van Houten (Barce).

Vokalis utamanya, Syamsuar Hasyim (Sam).

Demikianlah ulasan ringkas ketiga-tiga kumpulan ini yang pernah termasuk dalam The Big Five bersama Koes Plus dan Panbers suatu waktu dahulu.