Selasa, 10 Ogos 2010

SEHARI... SERIBU LANGKAH...

MUKADIMAH
'Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Selori demi selori, lama-lama pasir habis digali. Setongkang demi setongkang, lama-lama Malaysia penuh pendatang haram. Seliter demi seliter minyak naik, lama-lama orang naik minyak. Sehari demi sehari MC, lama-lama boss kasi 'api'@(fire).
Catatan kali ini dimulakan dengan pepatah-petitih lama dan baru. Bukan apa, cuma nak mengaitkan dengan tajuk entri kali ini.
Dan tulisan kali ini jugak adalah susulan dari artikel sebelumnya berkenaan 'payung kuning' dan 'mangga @ pedai ayam' diatas kereta.
--------------------------------------

Bermula 12 Julai lepas, tempat letak kereta dipejabat aku ditutup sepenuhnya.
Ditutup kerana memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru.

Bangunan baru ini dijangka siap sepenuhnya pada 2013.


Wajah bangunan baru mengikut gambaran artis.


La ni baru 2010. Hmm... makan dua tiga taon jugak tu..
Penutupan 'parking' ini, merupakan satu beban tambahan walaupun bersifat sementara namun cukup mengganggu fikiran.
Fikiran aku le. Orang lain taktauuu.

Gangguan fikiran tidaklah sampai ketahap hendak terjun dari Menara KL, atau
melanggar polis trafik yang membuat road-block, atau menyelinap ke koc wanita dalam komuter... atau pun keperingkat mencuri pasir dan menggondolkan bukit di Cameron Higland. 

Tidak. Bukan gitu.

---------------------------------------------

Cuma... bermula dari rumah, kepala hotak mula mencongak-congak dan berharap
ado tompek kosong untuk aku tarik hand brake.

Jangan harap ada vacancy depan opis. Kena pulak yang shift petang macam aku.
Kalau masuk pagi... ok sikit la.

Kalau ada mungkin boleh diumpamakan kena loteri 3rd prize. Kemungkinannya, satu dalam ompek juto. ..

Ada yang berani dan mungkin terpaksa kut membuat double parking.

Nota yang tertulis nama dan no handphone diletakkan didepan dasboard setiap kereta
yang diparking double ini oleh pemilik masing-masing. Maknanya... aku block keta hang. Hang nak keluar sila telefon aku.

Letih.

--------------------------------------------

Risiko?
Risiko memang ada.

Lori simen atau dipanggil lori siput yang lalu lalang setiap hari menunggu masa untuk menyagat mana-mana kereta yang tidak bernasib baik.

Bukan lori siput je, lori treler, lori sampah... semua ada. Ini kawasan kilang beb.
Memang dah adapun kes lori menyagat kereta... setakat ni belum serius kut. Atau mengikut bahasa orang politik,'ini kes terpencil'.

Mudah-mudahan 'kes terpencil'. Kalau tak 'terkucil' nanti.

--------------------------------------------

Aku yang masuk petang terpaksa menghilir kehulu.

Pusat latihan pejabat yang terletak kira-kira 200 meter dari ibu pejabat menjadi pilihan. Itu je yang ada.

Disini, rasanya hampir 30 atau lebih ada kekosongan.
Didalam (berbumbung) boleh parking. Diluar pun ada. Tapi jika tidak bernasib baik,
full house jugak.

Tempat parking kat pusat latihan ini asalnya adalah unit majalah dan tempat percetakkan dulunya.

Merasa jugak aku bersesak-sesak disini dua tahun lebih.
Banyak kenangan manis kat sini tau.
Kini ianya sebuah gudang.  

Setakat ini nasib aku masih baik.
Kalau penuh mau aku balik parking kat Kajang.
Isi borang kemudian. Keh keh keh.

----------------------------------------------

Pada hari pertama parking disini, aku dah mula mengira-ngira masa yang diambil
untuk sampai kepejabat dan berapa banyak langkah yang diperlukan untuk sampai ketempat duduk aku yang bersebelahan dengan gerai Jai.

Cuma peluh yang meleleh dan debu serta asap yang dihidu agak sukar untuk dihitung.

Jika kita berjalan biasa, lenggang kangkung...relek sambil bernyanyi, masa yang diambil lebih kurang 5 atau 6 minit. Seminit lebih kut jika ada hanjing yang banyak berkeliaran disitu mengajak kita test power.


Seorang lelaki misteri turut menyaksikan
upacara pecah tanah dari jauh.
 

Manakala langkahan yang kita buat berdasarkan kiraan aku bermula dari pintu masuk
disini hingga pintu masuk disana ialah hampir 500 langkah.
Wow! 500 langkah sehala.
Bermakna pergi dan balik setiap hari aku mengatur 1000 langkah.
Darablah. Kalilah. Kiralah berapa langkah yang telah dibuat dalam seminggu, sebulan dan setahun.


Kalau setiap langkah itu kita berselawat atas nabi banyak pahalanya tu. Kena pulak dibulan Ramadan ni.

Ataupun bertasbih, bertahmid dan berzikir.

Besar faedahnya untuk diri sendiri dan boleh disedekahkan sedikit untuk syarikat. Mudah-mudahan mendapat keuntungan yang berlipat-lipat-lipat-lipat-lipat kali ganda.

Paling koman atau jahilpun, nyanyilah lagu nasyid. Bukan lagu Wali band.

Tapi kalau nak menyanyi lagu pop, lagu Hati Emas atau Perjuangan ataupun Apokalips ciptaan brader M.Nasir memang sesuai banget.

Senikata lagu itu memang 'masuk' dan 'sesuai'....

Berjalan ditanah gersang,
Mentari mencengkam dada,
Debu-debu dijalanan,
Menjadi teman setia..."
------------------------------------------(hati emas)

Satu demi satu,
Ku atur langkahku,
Meskipun perlahan tapi tegas...
------------------------------------------(perjuangan)

Ada masanya aku suka berteman,
Ada masanya aku suka bersendiri,
Ada masanya aku suka berjalan,
Ada masanya aku suka berehat..."
------------------------------------------(apokalips)


Gitulah panjang tak lebar kisah
'Sehari seribu langkah, lama-lama sampai Mekah'

Isnin, 9 Ogos 2010

Cheh! ... Gua ingat Viper rosak...

Hari hameh (khamis,5 ogos lepas) cuaca agak mendung sewaktu aku nak gerak kepejabat.


Lebih kurang 1.40 petang selepas menghantar
anak ke rumah ustazah Roz tempat transit yang bersebelahan sekolah Agama dimana anak aku belajar, aku menghala kelebuhraya Cheras-Kajang.

Melepasi stesen Petronas kira-kira 800 meter dari Tesco Kajang, kelihatan titisan-titisan halus hujan mula hinggap dicermin depan.

"Akhirnya payung kuning diraja dapat digunakan pada hari ini" bisik hatiku sambil menekan pedal
minyak sehingga jarum meter tepat diatas nombor 90.

Payung made in China ini aku beli di Giant awal Julai lalu sebagai persiapan hari hujan memandangkan keadaan 'yang amat kritikal tahap vuvuzela' untuk meletak kereta dikawasan pejabat.


Bermula 12 Julai, 2010 masalah parking bermula. Siapa cepat dia dekat. Sapa lambat, dia terkulat-kulat.


Kira-kira 6 minit masa yang diambil untuk menapak kepejabat dari tempat 'parking'.


So time tengah dok jalan tu, kalau hujan mai tetiba... tak ke basah lincon. Bak kata rang tua 'sediakan payung sebelum hujan'


Tapiiii.... sejak 12 Julai sehingga 4 Ogos, hujan tak pula turun-turun sewaktu aku sampai keopis.

Jadi, inilah harinya payung kuning berharga RM7.90 akan dirasmikan. Agaknya.


Rintik hujan makin mengganas selepas RnR Bukit Dukong, pandangan sedikit terhalang.


Viper di on. Halamak!


Awat ni? Apa pasai? Chiss... time ni le dia nak buat hal.


Bilah viper disebelah drebar nampak bermasalah.
Yang dikiri steady je. Tapi disebelah kanan, pergerakkannya tak berapa smooth.


Ada bunyi plak tu. Bunyipun satu macam jer. Tak sedap langsung.


'Ai kete ni dah start nak minta duit apa... minggu lepas
dah ganti bateri baru, terbang duo ratos lebeh... ' Maklumle dah nak masuk ompek kali rayo dah usianya.


Hujan yang sederhana lebatnya, ditambah dengan viper yang meragam membuatku sedikit tidak selesa.

Nak pasang laju takut tercabut plak viper. Pasang slow, 'mata aku pulak ketinggalan' bak kata P. Ramlee sewaktu membaca surat dalam filem Pendekar Bujang Lapuk.


Sat pasang laju, sat pasang slow sambil dalam hati agak musykil apa masalahnya viper tu.


Dalam keserabutan memandu, akhirnya setelah melepasi area Salak Selatan arah utara aku kena membuat pusingan U untuk menuju
kepejabat yakni keSalak Selatan arah selatan pulak.


Grdaggklekukdtrqs..... masyallahhhh.... laaa ini ropenya...


Pusingan U yang betul-betul U bersebelahan jalan tiga lorong merungkai permasalahan dan kemusyiklan yang maha berat.


Rupanya 'MANGGA' atau 'PEDAI AYAM' (bahasa Kedah) ada disitu.


Patutlah kelancaran viper terhalang. Ishk...ishk...ishkkkk....

Menyusuri jalan belakang yang dipenuhi kedai besi buruk dikiri kanannya dan jalannya yang ala-ala Camel Throphy aku menurunkan cermin
tingkap dan menghanggau (mendepangkan tangan) cuba untuk mengambil mangga yang bermastautin selama 30 minit sambil mandi air hujan disitu. Agak payah, namun dapat jugak akhirnya.


Nasib baik mangga. Kalau ketul emas takke naya...
Dalam kepala aku, hanya ada dua orang yang punya kerja ni. Kalau tak bini aku... aku.
Kalau tak aku... bini aku. Takkan jiran aku pulak punya kerja. Cheh.


Biasanya isteri aku yang membuka mangga pintu pagar sebab dia keluar dulu. Kekadang. Diulangi kekadang aku yang membukanya.
Duo-duo samo.


Pernah jugak aku terbawa mangga. Nasib baik ternampak sewaktu masih dalam kawasan Taman. Berenti le jawabnya. Harap-harap tak terbawa bakul baju dah le...


Hujan masih belum reda sewaktu aku meletakkan kereta 'nun disana'.


Payung kuning diraja, akhirnya menjadi pelindung hamba dari hujan diatas sana.