Hari hameh (khamis,5 ogos lepas) cuaca agak mendung sewaktu aku nak gerak kepejabat.
Lebih kurang 1.40 petang selepas menghantar
anak ke rumah ustazah Roz tempat transit yang bersebelahan sekolah Agama dimana anak aku belajar, aku menghala kelebuhraya Cheras-Kajang.
Melepasi stesen Petronas kira-kira 800 meter dari Tesco Kajang, kelihatan titisan-titisan halus hujan mula hinggap dicermin depan.
"Akhirnya payung kuning diraja dapat digunakan pada hari ini" bisik hatiku sambil menekan pedal
minyak sehingga jarum meter tepat diatas nombor 90.Payung made in China ini aku beli di Giant awal Julai lalu sebagai persiapan hari hujan memandangkan keadaan 'yang amat kritikal tahap vuvuzela' untuk meletak kereta dikawasan pejabat.
Bermula 12 Julai, 2010 masalah parking bermula. Siapa cepat dia dekat. Sapa lambat, dia terkulat-kulat.
Kira-kira 6 minit masa yang diambil untuk menapak kepejabat dari tempat 'parking'.
So time tengah dok jalan tu, kalau hujan mai tetiba... tak ke basah lincon. Bak kata rang tua 'sediakan payung sebelum hujan'
Tapiiii.... sejak 12 Julai sehingga 4 Ogos, hujan tak pula turun-turun sewaktu aku sampai keopis.
Jadi, inilah harinya payung kuning berharga RM7.90 akan dirasmikan. Agaknya.
Rintik hujan makin mengganas selepas RnR Bukit Dukong, pandangan sedikit terhalang.
Viper di on. Halamak!
Awat ni? Apa pasai? Chiss... time ni le dia nak buat hal.
Bilah viper disebelah drebar nampak bermasalah.
Yang dikiri steady je. Tapi disebelah kanan, pergerakkannya tak berapa smooth.
Ada bunyi plak tu. Bunyipun satu macam jer. Tak sedap langsung.
'Ai kete ni dah start nak minta duit apa... minggu lepas
dah ganti bateri baru, terbang duo ratos lebeh... ' Maklumle dah nak masuk ompek kali rayo dah usianya.
Hujan yang sederhana lebatnya, ditambah dengan viper yang meragam membuatku sedikit tidak selesa.
Sat pasang laju, sat pasang slow sambil dalam hati agak musykil apa masalahnya viper tu.
Dalam keserabutan memandu, akhirnya setelah melepasi area Salak Selatan arah utara aku kena membuat pusingan U untuk menuju
kepejabat yakni keSalak Selatan arah selatan pulak.
Grdaggklekukdtrqs..... masyallahhhh.... laaa ini ropenya...
Pusingan U yang betul-betul U bersebelahan jalan tiga lorong merungkai permasalahan dan kemusyiklan yang maha berat.
Rupanya 'MANGGA' atau 'PEDAI AYAM' (bahasa Kedah) ada disitu.
Patutlah kelancaran viper terhalang. Ishk...ishk...ishkkkk....
tingkap dan menghanggau (mendepangkan tangan) cuba untuk mengambil mangga yang bermastautin selama 30 minit sambil mandi air hujan disitu. Agak payah, namun dapat jugak akhirnya.
Nasib baik mangga. Kalau ketul emas takke naya... |
Dalam kepala aku, hanya ada dua orang yang punya kerja ni. Kalau tak bini aku... aku.
Kalau tak aku... bini aku. Takkan jiran aku pulak punya kerja. Cheh.Biasanya isteri aku yang membuka mangga pintu pagar sebab dia keluar dulu. Kekadang. Diulangi kekadang aku yang membukanya.
Duo-duo samo.
Pernah jugak aku terbawa mangga. Nasib baik ternampak sewaktu masih dalam kawasan Taman. Berenti le jawabnya. Harap-harap tak terbawa bakul baju dah le...
Hujan masih belum reda sewaktu aku meletakkan kereta 'nun disana'.
Payung kuning diraja, akhirnya menjadi pelindung hamba dari hujan diatas sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...