Rabu, 20 Julai 2011

DENDA... kartun dulu-dulu

Kartun yang mengisahkan bentuk  'DENDA' yang dikenakan oleh guru atau pihak sekolah kepada murid-murid
yang tak makan saman atau tidak berdisiplin sekitar tahun 70-an dulu.

Sekarang tak boleh lagi. Silap mendenda, cikgu yang kena.
Patut le sekarang ramai bebudak sekolah yang jadi 'pelesit' atau paling koman pun jadi mat rempit.

Kena botak kepala pun nak masuk surat khabar.
Kena hantar motivasi kat penjara pun nak kecoh satu Malaya.

Hmm... generasi apa taktau le....




Cover dilukis oleh Miki.
Bilangan 27. November, 1996.

Ada sekali tu Cikgu Kassim menyuruh kami membawa
tanah liat untuk pelajaran 'kerja tangan'.
Aku antara yang tak bawa. Dok ralit main. Terlupa.
Apalagi kena denda 'cium dinding tandas' le jawabnya.

Cikgu Othman Ariffin atau Cikgu Man memang ditakuti murid-murid.
Beliau mengajar matematik atau dulu dipanggil Ilmu Hisab.
Beliau amat pantang jika murid-murid tidak membuat kerja sekolah
atau tidak membawa alatan mengira seperti biji getah atau batang kayu
seperti yang disuruhnya.
Sebagai hukuman, murid-murid ini akan disuruh berdiri diatas kerusi.
Dia akan menyepak sorang demi sorang dipipi hinggakan ada yang jatuh.
Denda ini dipanggil oleh kami sebagai 'naik roket'.
Sekali kena gerenti serik.
Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Genting, Gurun, Kedah
 tahun 70-an pasti teringat denda klasik ni.

Akupun pernah kena sekali. Masa darjah tiga.

La ni... cikgu berani buat ke?

 Bebudak dahulu kalau kena denda dengan cikgu tak berani
mengadu kepada ibu-bapa. Nak kena tambah lagi bolehle.
Bukan cikgu suka hati nak belasah anak orang. Mestile bersebab.
Budak-budak sekarang... manja lebih.

Zaman dah berubah. Dah haru biru.
Buat perhimpunan harampun kena tangkap sat.
Lepas balik. Siap dapat makan lagi.

Dok bagi amaran sana-sini.
Kita akan kaji. Kita akan pantau.

Kembalikan DENDA yang dulu,
nescaya kita dapat generasi yang bermutu.
 

MALANG tidak BERBAU... 'macam durian'




... Bukan iklan kamera ...
 


Siapa penciptanya?

Malang tidak berbau.
Memang tidak berbau langsung.

Siapale agaknya yang mencipta perumpamaan ini?

Tun Sri Lanang? Munshi Abdullah? Hang Tuah? Damanhuri Ajis? Puteri Hang Li Po?
 Puteri UMNO? Raja Mandeliar? Parameswara? Ambagero?

Entah...

Apa musibah agaknya yang menimpa diri mereka, sehingga tercipta
frasa klasik ini?

Bagaimana dengan Lebai Malang?
Jawapannya... sekali lagi ialah... entah.

Dan tetaplah... 'Malang terus tidak berbau.


Sukan tahunan SKP 2010

Kronologila tragedi malang ini bermula mac tahun lepas.
La ni dah Julai 2011. Dah setahun lebih berlalu.

Tapi ianya tetap menjadi kenangan dan pengajaran.

Sabtu, 17 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Kantan Permai,
Kajang  mengadakan sukan tahunan.

Anak aku cuma terlibat dalam perbarisan rumah sukan saja.

So macam biasa, jurugambar semipro ini mengambil beberapa
shot-shot dalam mode avi dan still termasuk gambar Nazri ms and Co.
Hampir sejam lebih berjalan, berdiri dan duduk
ditengah hiruk-pikuk sepanjang acara berlangsung.

Menjelang 12 tengah hari...
kami dua beranak angkat kaki.


Terserempak dengan Nazri MS and Co.
Asal aku mimpi je ko datang...


Nurul Sofiya dan Qistina Aimy.

 
 Ke Sungai Lui

Balik rumah, bersiap.
Berangkat pulak ke Sungai Lui.

Apo ado disano? Kenduri ke? Pesta Muda Mudi ke?

Sekolah Menengah Sains Selangor (tompek bini den mengajar)
ada membuat kerja amal disana.

Sebahagian murid-murid dan guru-guru terlibat bergotong-royong membersihkan persekitaran kawasan sungai dengan kerjasama penduduk kampung berdekatan.

Makanan tengah hari disediakan oleh penduduk kampung. Manakala Megi dan Milo turut serta
menghulurkan sumbangan produk mereka.

Masa aku sampai, kerja hampir beres dan ada yang tengah menjamu selera.

Peh. Langkah kanan.

Dengan muka yang tak berapa malu (lapar punya fasal) nasi disenduk, lauk diceduk, sirap
disauk dan dengan beralaskan surat khabar lama, aku pun duduk.

Bersebelahan tempat aku melabuhkan punggung, ada rumput dan lalang kering setinggi anak busut yang dikumpulkan untuk dibakar. Asap nipis kelihatan keluar dicelah-celahnya. Macam baru bako kut.

Sebelum itu, aku sempat snap dua tiga shot gambar beberapa pelajar
yang sedang mengecat papan gelungsur yang agak usang.

Selesai makan. Alhamdulillah. Sodap makan tepi sungai oii.
Suratkhabar dilipat. Cantik punya lipat.

Lepas lipat, diperonyok dan dimasukkan dalam unggun yang berasap tapi tak nampak apinya.
Macam api dalam sekam. Makan dalam.

Dengan irama gendang gendut tali kecapi, kaki dihala kearah anak sungai. Anak aku tengah
syok berendam didalamnya. Ramai bebudak lain turut serta. Macam itik jumpa air. Gamat.

Ni boleh amik gambar ni.


Amal jariah pelajar SMSS.
Gambar terakhir dirakam Olympus.


Bagus. Tapi lutut tu jangan kasi x'pose. 
Gambar separuh terakhir dirakam Olympus.

 
 
Mana kamera?

Aku kemudian memulakan pertanyaan yang menyebabkan jantung berdegup kencang.

'Err... Mana kamera?'

'Takde, bukan ada kat tempat makan tadi ke? Jawab isteri gua ringkas.
'Laa ingat ada kat sini'. Muka aku dah mula berpeluh seperti kembung terserempak paus.

Dalam hati aku..'Jangan-jangan.... alamak'.

Aku berpatah balik tempat makan tadi dengan langkahan ala 'Malay Mail bigwalk contest'.

Sah. Kamera memang takde disitu.
 
Pandangan kemudian dialihkan kepada surat khabar yang dibuang didalam unggun api.
Kelihatannya api kecil dengan sedikit asap tebal memamah kertas yang menjadi alas duduk sewaktu makan tadi.

Debaran makin kencang.
Sekencang peserta Bersih 2 yang berlumba lari dengan FRU sebelum diangkut ke Pulapol dan membelasah makanan Polis.


Anak panah kuning menunjukkan
tempat kejadian dimana makhluk halus...
Cheh... macam caption majalah MASTIKA je.
Longgokkan sampah dimana
 'tragedi' Olympus ku dipanggang...

Terbako...

Ranting kayu yang berdekatan unggun diambil. Saspen.
Kemudian aku menguis akhbar yang kehitaman dimakan api ketepi.
Kuis-menguis bak ayam mencakar tanah.

'Ya Allah... Ya Allah....'

Apa yang dibimbangi menjadi kenyataan.
Kamera aku ada didalam bungkusan akhbar tadi.
Diulangi... kamero den ado kek dalam api tu ha...

Dah rentung sedikit....persis ikan keli panggang.
ICU pun tak terima.
You See I adala ... nangis... waaaaaaaaaaa!

Comfirm KO. Tak dapek diselamatkan.
Nasib baik tak meletup bateri kat dalam tu. Panas waktu aku pegang.

Perasaan aku waktu itu hanya Allah yang tahu.

Memorycardnya tidak terjejas. Bahang panas belum sampai kesitu.
Gambar yang di amik sebelumnya dapat ditransfer tanpa masalah.

Disepanjang perjalanan balik keKajang peristiwa itu melayang-layang dengan
penuh persoalan dan pengajaran.

Persoalannya.
Camno aku boleh tak sedar kamera digulung sekali dengan akhbar.
Logiknya... kamera tu berat dan bila digulung mesti terjatuh atau mengelungsur sedikit.

Namun akhirnya, persoalan itu ditutup dengan ungkapan
 'Segala kepunyaan kita adalah milek Allah?. Reda ajelah.
Dia yang memberi, dan Dia yang mengambil semula.
Bila-bila masa dan dimana sahaja.

Lahaulawallaquataillabilla....

Ada macam ikan bako?

Terbakar kampung nampak asap, terbakar
kamera beli le lain...


Memory Card selamat. Kamera selamat jalan.


Di mana aku dapat kamera ini?

Kamera ni aku beli kat Tesco Kajang.
Reganya lima ratus lebih je. Tambah itu ini, cecah nam ratus jugak.
Banyak le jugak jasanya. Dah beratus keping foto disnapnya.
Semua lagu-lagu ciptaan aku yang ada dalam youtube semua dirakam menggunakannya.

Mana aku dapat fulus beli kamera ini?

Bukan jumpa sekarung duit ditengah jalan.
Atau kena loteri atau ekor halal atau halam.

Kartun aku memenangi hadiah saguhati Anugerah Media Pengguna tahun 2007
anjuran Kementerian Hal Ehwal Pengguna. Majlis penyampaian hadiahnya diadakan
di Menara KL pada Jumaat, 7 Disember. Kat laman bawah je, bukan atas.

Dapat le RM500. Hadiah disampaikan Menterinya ketika itu, Datuk Shafie Afdal.

Lepas cek clear terus aku sambar kamera, takut habis kelain.
Kamera ini mengingatkan aku pada anugerah itu dan memori lainnya.
Sebab tu tragedi 'membakar kamera sendiri' ini agak memeritkan bila diingati dan
sukar dilupakan dan macam tak percaya boleh berlaku sedemikian rupa.

Memanggg... 'Malang selamanya tidak berbau'.

 
Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 8 Disember 2007.
 Para pemenang Anugerah Media Pengguna 2007.
Kartunis Maro berbaju putih, berseluar yenkey
memenangi tempat pertama, kartunis Kazim, gua dan
kartunis Nuek dapat 'saguhati' jer. Jadiler...
Reporter Majalah Wanita (kiri)
dan reporter Kosmo (kanan)

Semua bebudak Utusan daa...



Patah tumbuh...
 
Setahun takde kamera.
Nak beli tak mampu. Blogger miskin. Kaya utang.

Blog ni tahun lepas pun tak berapa nak jalan. Mood tak berapa ado, dek takdo kamero.

Alhamdulillah. Genap setahun dari tragedi di Sungai Lui, dengan rezeki pemberian Illahi. 
Maka... yang patah tumbuh, yang terbako' pun berganti.

Setahun menunggu,
baru dapat sambar yang ni.
Tiga latus lebe jer...


Sukan tahunan SKP 2011

Sabtu lepas, 16 Julai berlangsung Sukan tahunan
Sekolah Kebangsaan Kantan Permai edisi 2011.

Seperti biasa jurugambar semipro bikin sibuk dengan kamera baru.

Tahun ini anak aku pun ambik dua tiga acara, tak macam tahun lepas.
Kehulu-kehilir le apalagi. 

Terserempak lagi dengan Nazri ms. Cheh.
Habis sukan terus balik.

Nasib baik kali ini takde pergi mana-mana Sungai lagi.
Ayoyo Sungai Lui. Wa tarak manyak luii ooo...



Sukan Tahunan SKKP minggu lepas.
Anak aku dan geng TKDOnya mempersembahkan
'Jurus Menghambat Jerebu'.

Chehh... terserempak lagi dengan
Nazri MS dan anaknya, Apis.













Isnin, 18 Julai 2011

Loghat KEDAH klasik - siri B-5


Contoh:
Bangsat betul syarikat telco ni. Baki ada lima plo hinggit lagi,
tapi airtime dah abis... korang memang bangsattt !!!
Kalo aku jadi PM, smuo telco aku bangshutdown!!!

(Perkataan 'bangsat' seperti contoh diatas membawa maksud
lain dari 'bangsat' versi Kedah)

B5

1. BANGSAT
= Bermastautin

Contoh ayat:
- 'Aku bangsat lama jugak di Taiping tu, dekat sepuluh tahun' kata Pak Ya sewaktu berbual dikedai kopi Pakcik Meor bersama Pak Ali dan Haji Hasbullah.

2. BOMO
= Bomoh / Dukun / Pawang

Contoh ayat:
- 'Ini bomo first class boss. Dulu nenek dia nak kahwin  dok pakai bomo ni la boss.'
- 'Yang sebenarnya, saya ni bomo temberang.'  (Sedutan dialog dari filem Nasib Do Re Mi)

3. BUNGA TAIK
= Punca-punca pergaduhan / cari fasal

Contoh ayat:
- 'Ha..hhaa tu nak jadi bunga taik la tuu! Farizul meninggikan suara sambil menjegilkan biji mata kepada adiknya Faiza dan Norzie yang mula tolak menolak sesama sendiri.
 
4. BELINCUT
= Benjolan dikepala / dahi

Contoh ayat:
- 'Nazri Mat Salleh menyekeh kepala Soekardy hingga belincut hanya berpunca beliau
dikalahkan oleh anak jiranya itu dalam pertandingan karaoke anjuran Tesco Kalimantan.

5. BROZA
= Bulldozer / Jengkaut / Jentolak

Contoh ayat:
- 'Cita-cita saya hendak menjadi pemandu broza bila tamat sekolah nanti.' kata Jabar Isnin didalam kelasnya sewaktu ditanya Cikgu Muaad yang menyebabkan kelas riuh rendah. 

loghat KEDAH klasik - siri B4


POSA lagi dua minggu... itu rambut busar ada,
anuar ada... ucop ada.... takmau cakapla kawannn....


B4

1. BELEMOIH
= Comot / kotor berselut

Contoh ayat:
- 'Mana hang pi berkubang ni Abdon... belemoih habis?' jerit Mak Piah bila melihat wajah cucu kesayangannya itu yang berlumuran dengan lumpur.
- Baru sejam tiba dikampung dari Macau, anak-anak Norkamaro habis berlemoih bermain
disekeliling rumah datuk mereka di Wakaf Che Yeh.

2. BELAGA ANGIN
=  sehaluan / sependapat


Contoh ayat:
- Hubungan Nazri MS dan W.Kasby tidak berapa mesra kerana kedua-duanya tidak berlaga
angin ekoran perbezaan idelogi politik.
- 'Aku dengan Presiden Amerika la ni, tak berapa nak belaga angin... jumpa rasa nak
seligi je'. Kata Pak Maun semasa berborak diwarung bersama pengikutnya. 

3. BANG
= Azan

Contoh ayat:
- Di Singapura, bang menggunakan pembesar suara adalah satu kesalahan.
- 'Bang subuh dah lama dah bang..., bangun sembahyang bang!' Makcik Rosmah mengejutkan suaminya Pakcik Chot yang agak liat bangun pagi.


4. BANG DENGAQ
= Dengar secara sulit/rahsia

Contoh ayat:
- Hang pi bang dengaq tengok Sarep, depa dok kata kat aku ke apa.' Pak Ramly mengarahkan anaknya mendengar perbualan Tok Ketua dan Pak Imam didepan surau itu.


5. BALOG LIAT
= Malas

Contoh ayat:
- 'Balog liat betul budak Ucop ni. Suruh jaga kambing pun tak nak!'  Marah Pak Mail dalam hati terhadap anak terunanya yang asyik bermain batu Seremban.

6. BALOG
= bekas dirotan

Contoh ayat:
- Belakang Zaidee balog ditibai bapaknya yang marah kerana mandi disungai.


Dilema sorang kartunis sambilan.