Rabu, 20 Julai 2011

MALANG tidak BERBAU... 'macam durian'




... Bukan iklan kamera ...
 


Siapa penciptanya?

Malang tidak berbau.
Memang tidak berbau langsung.

Siapale agaknya yang mencipta perumpamaan ini?

Tun Sri Lanang? Munshi Abdullah? Hang Tuah? Damanhuri Ajis? Puteri Hang Li Po?
 Puteri UMNO? Raja Mandeliar? Parameswara? Ambagero?

Entah...

Apa musibah agaknya yang menimpa diri mereka, sehingga tercipta
frasa klasik ini?

Bagaimana dengan Lebai Malang?
Jawapannya... sekali lagi ialah... entah.

Dan tetaplah... 'Malang terus tidak berbau.


Sukan tahunan SKP 2010

Kronologila tragedi malang ini bermula mac tahun lepas.
La ni dah Julai 2011. Dah setahun lebih berlalu.

Tapi ianya tetap menjadi kenangan dan pengajaran.

Sabtu, 17 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Kantan Permai,
Kajang  mengadakan sukan tahunan.

Anak aku cuma terlibat dalam perbarisan rumah sukan saja.

So macam biasa, jurugambar semipro ini mengambil beberapa
shot-shot dalam mode avi dan still termasuk gambar Nazri ms and Co.
Hampir sejam lebih berjalan, berdiri dan duduk
ditengah hiruk-pikuk sepanjang acara berlangsung.

Menjelang 12 tengah hari...
kami dua beranak angkat kaki.


Terserempak dengan Nazri MS and Co.
Asal aku mimpi je ko datang...


Nurul Sofiya dan Qistina Aimy.

 
 Ke Sungai Lui

Balik rumah, bersiap.
Berangkat pulak ke Sungai Lui.

Apo ado disano? Kenduri ke? Pesta Muda Mudi ke?

Sekolah Menengah Sains Selangor (tompek bini den mengajar)
ada membuat kerja amal disana.

Sebahagian murid-murid dan guru-guru terlibat bergotong-royong membersihkan persekitaran kawasan sungai dengan kerjasama penduduk kampung berdekatan.

Makanan tengah hari disediakan oleh penduduk kampung. Manakala Megi dan Milo turut serta
menghulurkan sumbangan produk mereka.

Masa aku sampai, kerja hampir beres dan ada yang tengah menjamu selera.

Peh. Langkah kanan.

Dengan muka yang tak berapa malu (lapar punya fasal) nasi disenduk, lauk diceduk, sirap
disauk dan dengan beralaskan surat khabar lama, aku pun duduk.

Bersebelahan tempat aku melabuhkan punggung, ada rumput dan lalang kering setinggi anak busut yang dikumpulkan untuk dibakar. Asap nipis kelihatan keluar dicelah-celahnya. Macam baru bako kut.

Sebelum itu, aku sempat snap dua tiga shot gambar beberapa pelajar
yang sedang mengecat papan gelungsur yang agak usang.

Selesai makan. Alhamdulillah. Sodap makan tepi sungai oii.
Suratkhabar dilipat. Cantik punya lipat.

Lepas lipat, diperonyok dan dimasukkan dalam unggun yang berasap tapi tak nampak apinya.
Macam api dalam sekam. Makan dalam.

Dengan irama gendang gendut tali kecapi, kaki dihala kearah anak sungai. Anak aku tengah
syok berendam didalamnya. Ramai bebudak lain turut serta. Macam itik jumpa air. Gamat.

Ni boleh amik gambar ni.


Amal jariah pelajar SMSS.
Gambar terakhir dirakam Olympus.


Bagus. Tapi lutut tu jangan kasi x'pose. 
Gambar separuh terakhir dirakam Olympus.

 
 
Mana kamera?

Aku kemudian memulakan pertanyaan yang menyebabkan jantung berdegup kencang.

'Err... Mana kamera?'

'Takde, bukan ada kat tempat makan tadi ke? Jawab isteri gua ringkas.
'Laa ingat ada kat sini'. Muka aku dah mula berpeluh seperti kembung terserempak paus.

Dalam hati aku..'Jangan-jangan.... alamak'.

Aku berpatah balik tempat makan tadi dengan langkahan ala 'Malay Mail bigwalk contest'.

Sah. Kamera memang takde disitu.
 
Pandangan kemudian dialihkan kepada surat khabar yang dibuang didalam unggun api.
Kelihatannya api kecil dengan sedikit asap tebal memamah kertas yang menjadi alas duduk sewaktu makan tadi.

Debaran makin kencang.
Sekencang peserta Bersih 2 yang berlumba lari dengan FRU sebelum diangkut ke Pulapol dan membelasah makanan Polis.


Anak panah kuning menunjukkan
tempat kejadian dimana makhluk halus...
Cheh... macam caption majalah MASTIKA je.
Longgokkan sampah dimana
 'tragedi' Olympus ku dipanggang...

Terbako...

Ranting kayu yang berdekatan unggun diambil. Saspen.
Kemudian aku menguis akhbar yang kehitaman dimakan api ketepi.
Kuis-menguis bak ayam mencakar tanah.

'Ya Allah... Ya Allah....'

Apa yang dibimbangi menjadi kenyataan.
Kamera aku ada didalam bungkusan akhbar tadi.
Diulangi... kamero den ado kek dalam api tu ha...

Dah rentung sedikit....persis ikan keli panggang.
ICU pun tak terima.
You See I adala ... nangis... waaaaaaaaaaa!

Comfirm KO. Tak dapek diselamatkan.
Nasib baik tak meletup bateri kat dalam tu. Panas waktu aku pegang.

Perasaan aku waktu itu hanya Allah yang tahu.

Memorycardnya tidak terjejas. Bahang panas belum sampai kesitu.
Gambar yang di amik sebelumnya dapat ditransfer tanpa masalah.

Disepanjang perjalanan balik keKajang peristiwa itu melayang-layang dengan
penuh persoalan dan pengajaran.

Persoalannya.
Camno aku boleh tak sedar kamera digulung sekali dengan akhbar.
Logiknya... kamera tu berat dan bila digulung mesti terjatuh atau mengelungsur sedikit.

Namun akhirnya, persoalan itu ditutup dengan ungkapan
 'Segala kepunyaan kita adalah milek Allah?. Reda ajelah.
Dia yang memberi, dan Dia yang mengambil semula.
Bila-bila masa dan dimana sahaja.

Lahaulawallaquataillabilla....

Ada macam ikan bako?

Terbakar kampung nampak asap, terbakar
kamera beli le lain...


Memory Card selamat. Kamera selamat jalan.


Di mana aku dapat kamera ini?

Kamera ni aku beli kat Tesco Kajang.
Reganya lima ratus lebih je. Tambah itu ini, cecah nam ratus jugak.
Banyak le jugak jasanya. Dah beratus keping foto disnapnya.
Semua lagu-lagu ciptaan aku yang ada dalam youtube semua dirakam menggunakannya.

Mana aku dapat fulus beli kamera ini?

Bukan jumpa sekarung duit ditengah jalan.
Atau kena loteri atau ekor halal atau halam.

Kartun aku memenangi hadiah saguhati Anugerah Media Pengguna tahun 2007
anjuran Kementerian Hal Ehwal Pengguna. Majlis penyampaian hadiahnya diadakan
di Menara KL pada Jumaat, 7 Disember. Kat laman bawah je, bukan atas.

Dapat le RM500. Hadiah disampaikan Menterinya ketika itu, Datuk Shafie Afdal.

Lepas cek clear terus aku sambar kamera, takut habis kelain.
Kamera ini mengingatkan aku pada anugerah itu dan memori lainnya.
Sebab tu tragedi 'membakar kamera sendiri' ini agak memeritkan bila diingati dan
sukar dilupakan dan macam tak percaya boleh berlaku sedemikian rupa.

Memanggg... 'Malang selamanya tidak berbau'.

 
Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 8 Disember 2007.
 Para pemenang Anugerah Media Pengguna 2007.
Kartunis Maro berbaju putih, berseluar yenkey
memenangi tempat pertama, kartunis Kazim, gua dan
kartunis Nuek dapat 'saguhati' jer. Jadiler...
Reporter Majalah Wanita (kiri)
dan reporter Kosmo (kanan)

Semua bebudak Utusan daa...



Patah tumbuh...
 
Setahun takde kamera.
Nak beli tak mampu. Blogger miskin. Kaya utang.

Blog ni tahun lepas pun tak berapa nak jalan. Mood tak berapa ado, dek takdo kamero.

Alhamdulillah. Genap setahun dari tragedi di Sungai Lui, dengan rezeki pemberian Illahi. 
Maka... yang patah tumbuh, yang terbako' pun berganti.

Setahun menunggu,
baru dapat sambar yang ni.
Tiga latus lebe jer...


Sukan tahunan SKP 2011

Sabtu lepas, 16 Julai berlangsung Sukan tahunan
Sekolah Kebangsaan Kantan Permai edisi 2011.

Seperti biasa jurugambar semipro bikin sibuk dengan kamera baru.

Tahun ini anak aku pun ambik dua tiga acara, tak macam tahun lepas.
Kehulu-kehilir le apalagi. 

Terserempak lagi dengan Nazri ms. Cheh.
Habis sukan terus balik.

Nasib baik kali ini takde pergi mana-mana Sungai lagi.
Ayoyo Sungai Lui. Wa tarak manyak luii ooo...



Sukan Tahunan SKKP minggu lepas.
Anak aku dan geng TKDOnya mempersembahkan
'Jurus Menghambat Jerebu'.

Chehh... terserempak lagi dengan
Nazri MS dan anaknya, Apis.













3 ulasan:

  1. bukan main pnjang lg memoir lu kali ni.. dah bleh buat buku ni..

    BalasPadam
  2. theee heeheeee...

    ORANG MENTAKAB,
    LANYAK PERLIS,
    KURANG CAKAP,
    BANYAK TULIS....

    kehhkehhhh...

    BalasPadam
  3. ... terkenang kisah lalu la nie... dulu kini dan selamanyer yer...

    BalasPadam

...angin barat gambar solo...