B5
1. BANGSAT
= Bermastautin
Contoh ayat:
- 'Aku bangsat lama jugak di Taiping tu, dekat sepuluh tahun' kata Pak Ya sewaktu berbual dikedai kopi Pakcik Meor bersama Pak Ali dan Haji Hasbullah.
2. BOMO
= Bomoh / Dukun / Pawang
Contoh ayat:
- 'Ini bomo first class boss. Dulu nenek dia nak kahwin dok pakai bomo ni la boss.' -
- 'Yang sebenarnya, saya ni bomo temberang.' (Sedutan dialog dari filem Nasib Do Re Mi)
3. BUNGA TAIK
= Punca-punca pergaduhan / cari fasal
Contoh ayat:
- 'Ha..hhaa tu nak jadi bunga taik la tuu! Farizul meninggikan suara sambil menjegilkan biji mata kepada adiknya Faiza dan Norzie yang mula tolak menolak sesama sendiri.
-
4. BELINCUT
= Benjolan dikepala / dahi
Contoh ayat:
- 'Nazri Mat Salleh menyekeh kepala Soekardy hingga belincut hanya berpunca beliau
dikalahkan oleh anak jiranya itu dalam pertandingan karaoke anjuran Tesco Kalimantan.
5. BROZA
= Bulldozer / Jengkaut / Jentolak
Contoh ayat:
- 'Cita-cita saya hendak menjadi pemandu broza bila tamat sekolah nanti.' kata Jabar Isnin didalam kelasnya sewaktu ditanya Cikgu Muaad yang menyebabkan kelas riuh rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...