Sabtu, 17 Mei 2014

TERIMA KASIH CIKGU - SMGC -1


Dari SKBG aku ke SMGC pulak.
Terima kasih pada bapa dan emak kerana memberi peluang meneruskan persekolahan.

Sekolah Menengah Guar Cempedak terletak hampir 15 kilometer dari rumah aku.
Lokasinya dipinggir bandar Guar Cempedak.

Pekan Guar Cempedak berhampiran dengan pekan Gurun dan Yan.

Bas yang aku naik dulu
warna kuning
.
Pengangkutan utamanya, bas le.
Samada bas sekolah, atau menggunakan bas UTC 
(United Transport Company) 
Bas henti-henti yang dah pupus ditelan zaman. 

La ni, bila aku dengar lagu UTC di TV, lantas aku teringat bas yang menyimpan banyak nostalgia dan nostalgila zaman persekolahan ini.

Kerana bas ni jugak la, aku pernah dirotan dua kali oleh Syerif Lobo SMGC. Ustaz Razak menjadi saksi aku kena 'piap'. Pelajar-pelajar lama tentu kenai sapa tu Syerif Lobo. Lohh... apa pasai lu kena sebat bro?  Lu bakar kusyen bas ke? Ke.. lu conteng dinding bas ke?
Cehh... malas nak cerita laa.  

Berbalik pada rutin aku ke SMGC lima kali seminggu.

Aku perlu berbasikal dari rumah di Kongsi Lima Su Poh Estate ke Kilang Besar, sebuah
penempatan kecil yang menjadi penghubung utama jalan raya dari kawasan sekitar 
Pendang menghala ke Gurun, Yan, Sungai Petani dan sebaliknya.

Tak jauh... lebih kurang empat kilometer je.
Sesi petang sewaktu tingkatan satu dan dua.
Jadi seawal sebelas pagi mesti sampai di Kilang Besar menunggu bas.

Bila melangkah ke tingkatan 3,4 dan 5, sesi sekolah diwaktu pagi.
Keluarga aku pulak telah berpindah ke Kampung Baloh. (1980)
Jadi jarak perjalanan bertambah 2 kilo' lebih lagi.

So, seawal 6.30 pagi kena mulakan kayuhan.
Sejuk yang menggigit tulang. Melalui ditengah kebun-kebun getah yang 'cikgu'nya belum
sampai. Bayangkan pula bila hujan. Becak. Lecah. Selut melekat dicelah 'makgat'. 
Dinamo tidak berpusing dek tayar basah. Lampu malu-malu nak menyala.

Story no use. Shooting out target.

Satu pilihan lain bila hujan ialah melalui perkampungan Siam. Jauh sikit.
Pernah sekali aku kena ambush  dek segerombolan anjing Siam.
Time tu pulak, pedal tersangkut dipeti penutup rantai. Boleh kayu separuh pusingan je.
Pehh. Ngeri betul. Nasib baik tak di 'rekah'nya kaki aku. Kurang ajaq betoi.
Sampai dikawasan selamat, aku cabut penutup rantai tu dan 'hawin' dalam semak.

Tobat.Terus tak lalu dahhh.
La ni.. jalan tu dah jadi laluan utama yang sentiasa sibuk.

Habis tu gerek@basikal letak kat mana.

Basikal pula diparking disebuah kedai minuman kepunyaan lelaki India yang kami
panggil 'kedai Menelom.' Disuatu sudut kedainya, penuh basikal-basikal pelajar
yang beliau tumpangkan disitu generasi demi generasi pelajar SMGC. 

Sekarang kedai Menelom sudah jadi sejarah.
SMGC tidak lagi menjadi pilihan.

Banyak sekolah baharu dibangunkan bagi menampung jumlah pelajar yang kian bertambah. Antaranya Sekolah Menengah Bukit Jenun dan di Padang Pusing.

Best ke sekolah kat SMGC?


Sekolah Menengah Guar Cempedak, Kedah. Dah banyak berubah wajah.
Bangunan baru tu... time aku dulu belum ada lagi. Pokok getah yang mengelilingi sekolah
dah 'tumbuh' sekolah baru, kedai dan rumah.
Gunung Jerai dibelakang menambah keindahan landskapnya.

KREDIT GAMBAR: 
( Himpunan Alumni SMK Guar Chempedak
https://ms-my.facebook.com/HimpunanAlumniSMKGC )




Khamis, 15 Mei 2014

SELAMAT HARI GURU

Bagaimanakan ku mula,
Dan apakah kata-kata,
Yang indah untuk ku abadikan...
(Ni petikan dari lagu Suatu Masa (Datuk M. Nasir)

ASSALAMUALAIKUM untuk semua para pendidik diseluruh Malaya.
Salam terutamanya yang pernah mengasuh dan mendidik aku sehingga menjadi
manusia dari tahun 1972 hingga 1982.

Walaupun tak sepandai cendekiawan dan sebijak sasterawan, namun masih
tetap makan dipinggan dan minum dicawan.
(Ni dialog filem Tiga Abdul)

Sehingga saat ini setelah 32 tahun meninggalkan bangku sekolah,
raut wajah semua guru-guru di SK dan SM masih jelas dimata.

Lebih-lebih lagi, guru-guru favourite yang 'bijak' mengajar.
Dan tersangat tidak lupa, 'tangan-tangan kematu' yang pernah singgah
makan angin dimuka aku.



1972-1977

  • Sekolah: SK Bukit Genting, Gurun, Kedah.
  • Guru Besar: Salleh Ishak
  • Jumlah murid: 200 orang (Melayu dan Siam)
  • Jumlah guru: -+12 orang
  • Guru: Mohd Kassim Othman, Manaf Ahmad, Mohd Yusoff Mahmud, Ustazah Khalijah Md Noor, Yunus, Othman Ariffin, Kassim Taha (@ Kassim curut), Salleh Ishak, Azizan Abdul Hamid, Bahadon, Zaharah Osman, Mazni Mat Desa, Murad & Mokhtar (Merah=Guru yg pernah mengajar)
  • Tukang kebun: Pak Cha, Own. Kemudian Pak Su.
  • Taukeh kantin: Pak Cha dan anaknya Bang Daq.
  • Kerani: Govindan (member kamceng ni)
 
Ada antara mereka sudah menemui Allah.
Semuga roh mereka ditempatkan dikalangan hamba yang soleh. Amin.
 
Selepas keluar dari SKBG, pernah juga berjumpa dengan cikgu Yusoff.
Dia membantu perniagaan buah-buahan ayahnya dipekan Guar Cempedak.
Selepas berhijrah ke KL, kekadang aku pergi menemuinya disitu. Dulu la.
 
Apa khabar dia sekarang?
Aku cukup suka bila dia mengajar sejarah. Boleh masuk. Boleh score.
 
Sayang. Tiada gambar untuk ditunjukkan. 
Zaman dulu yang serba kekurangan. Nak beli nasi ke kamera?
Ada juga gambar rombongan ke KL pada tahun 1976.
 
Sekeping 50 sen. Cuma mampu tengok.
Nak beli meehun goreng ke nak beli gambar.
Dah le bawa sehari sekupang.
Jadi takde le apa-apa kenangan bergambar sewaktu bersekolah
disini yang boleh ditayang dalam blog ini.
 
Kawan-kawan sekelas aku seramai 36 orang.
Hanya dua sahaja yang menjadi cikgu.
Cikgu Muaad @ Haji Muaad. Beliau mengajar di SK Paya Mat Insun.
Sorang lagi Zakaria Salleh @ Pak Ya. Lost contact. Taktau sekolah mana.
 
Kengakawan yang lain tu membawa haluan masing-masing.

GURU-GURU di SKBG, bakti anda hanya Allah mampu membalasnya.
SKBG. Hanya kenangan yang mampu dicoretkan diatas kertas.

Klik disini - SKETSA DENDA DISEKOLAH
 
Bila terkenang masa lalu rasa terharu,
Segalanya masih tetap dalam kenangan,
Tiba dipersimpangan jalan berpisah jauh,
Sekian lama dirantau bersendiri....
(Ni pula petikan dari lagu Dalam Kenangan (Wheel).

SELAMAT HARI GURU.
SELAMAT HARI GURU.
SELAMAT HARI GURU.



Zaman aku dulu bukan lagu ni.... Dulu pagarnya tinggi.
Kuku ibu jari tangan aku pernah tersepit sekali. Adoiiiii.


(Gambar di ambil dari: kamaruls210194.blogspot.com) TQ Cikgu.
NOTA KAKI:
(Guru besar SKBG la ni, Encik Mohd Salleh Man tu sepupu aku. Dia pun bekas murid SKBG).