Sabtu, 17 Mei 2014

TERIMA KASIH CIKGU - SMGC -1


Dari SKBG aku ke SMGC pulak.
Terima kasih pada bapa dan emak kerana memberi peluang meneruskan persekolahan.

Sekolah Menengah Guar Cempedak terletak hampir 15 kilometer dari rumah aku.
Lokasinya dipinggir bandar Guar Cempedak.

Pekan Guar Cempedak berhampiran dengan pekan Gurun dan Yan.

Bas yang aku naik dulu
warna kuning
.
Pengangkutan utamanya, bas le.
Samada bas sekolah, atau menggunakan bas UTC 
(United Transport Company) 
Bas henti-henti yang dah pupus ditelan zaman. 

La ni, bila aku dengar lagu UTC di TV, lantas aku teringat bas yang menyimpan banyak nostalgia dan nostalgila zaman persekolahan ini.

Kerana bas ni jugak la, aku pernah dirotan dua kali oleh Syerif Lobo SMGC. Ustaz Razak menjadi saksi aku kena 'piap'. Pelajar-pelajar lama tentu kenai sapa tu Syerif Lobo. Lohh... apa pasai lu kena sebat bro?  Lu bakar kusyen bas ke? Ke.. lu conteng dinding bas ke?
Cehh... malas nak cerita laa.  

Berbalik pada rutin aku ke SMGC lima kali seminggu.

Aku perlu berbasikal dari rumah di Kongsi Lima Su Poh Estate ke Kilang Besar, sebuah
penempatan kecil yang menjadi penghubung utama jalan raya dari kawasan sekitar 
Pendang menghala ke Gurun, Yan, Sungai Petani dan sebaliknya.

Tak jauh... lebih kurang empat kilometer je.
Sesi petang sewaktu tingkatan satu dan dua.
Jadi seawal sebelas pagi mesti sampai di Kilang Besar menunggu bas.

Bila melangkah ke tingkatan 3,4 dan 5, sesi sekolah diwaktu pagi.
Keluarga aku pulak telah berpindah ke Kampung Baloh. (1980)
Jadi jarak perjalanan bertambah 2 kilo' lebih lagi.

So, seawal 6.30 pagi kena mulakan kayuhan.
Sejuk yang menggigit tulang. Melalui ditengah kebun-kebun getah yang 'cikgu'nya belum
sampai. Bayangkan pula bila hujan. Becak. Lecah. Selut melekat dicelah 'makgat'. 
Dinamo tidak berpusing dek tayar basah. Lampu malu-malu nak menyala.

Story no use. Shooting out target.

Satu pilihan lain bila hujan ialah melalui perkampungan Siam. Jauh sikit.
Pernah sekali aku kena ambush  dek segerombolan anjing Siam.
Time tu pulak, pedal tersangkut dipeti penutup rantai. Boleh kayu separuh pusingan je.
Pehh. Ngeri betul. Nasib baik tak di 'rekah'nya kaki aku. Kurang ajaq betoi.
Sampai dikawasan selamat, aku cabut penutup rantai tu dan 'hawin' dalam semak.

Tobat.Terus tak lalu dahhh.
La ni.. jalan tu dah jadi laluan utama yang sentiasa sibuk.

Habis tu gerek@basikal letak kat mana.

Basikal pula diparking disebuah kedai minuman kepunyaan lelaki India yang kami
panggil 'kedai Menelom.' Disuatu sudut kedainya, penuh basikal-basikal pelajar
yang beliau tumpangkan disitu generasi demi generasi pelajar SMGC. 

Sekarang kedai Menelom sudah jadi sejarah.
SMGC tidak lagi menjadi pilihan.

Banyak sekolah baharu dibangunkan bagi menampung jumlah pelajar yang kian bertambah. Antaranya Sekolah Menengah Bukit Jenun dan di Padang Pusing.

Best ke sekolah kat SMGC?


Sekolah Menengah Guar Cempedak, Kedah. Dah banyak berubah wajah.
Bangunan baru tu... time aku dulu belum ada lagi. Pokok getah yang mengelilingi sekolah
dah 'tumbuh' sekolah baru, kedai dan rumah.
Gunung Jerai dibelakang menambah keindahan landskapnya.

KREDIT GAMBAR: 
( Himpunan Alumni SMK Guar Chempedak
https://ms-my.facebook.com/HimpunanAlumniSMKGC )




1 ulasan:

  1. wah paksu,,,best baca..ayah slalu cerita jugak,,,hehee nnt cerita lagi yang lain2 kisah dlu2,,hehe

    BalasPadam

...angin barat gambar solo...