Jumaat, 12 Februari 2010

Jemming



Lagu ni saja-saja slamba jemming dengan kengkawan yang kini semua membawak haluan sendiri.
Paling jauh ke Alabama, paling dekat, kat selama... aku? jalan 5. ..je.. cheh!


AKU  DAN SANG BAYU

Suara siapakah itu,
Yang mengetuk pintu hatiku,
Dan mengusirku dari lamunan,
Keindahan mimpi semalam...

Oh rupanya sang bayu,
Dendangkan puisimu untukku,
Puisi tentang khabar dunia,
Penuh hayal padat pura-pura...

Keindahan kini tak terasa,
Kedamaian pun telah lama ternoda,
Nyawa insan persis debu disahara,
Tiada nilai tiada berharga,

Dosa juga pahala.
Tiada dalam kamus mereka...

Kupohonkan restuMU oh tuhan,
Sinarilah cahaya kedamaian,
Pada insan lemas didaratan,
Sesat ditengah kebendaan,

Syurga juga neraka,
Tiada erti buat mereka...

Kepadamu oh sang bayu,
Marilah bersama dengan ku,
Hapusbinasakan kemungkaran,
Jadilah umat yang beriman (2x)

Sertailah aku dan sang bayu...

Lagu & senikata: MANHASSAN
Wangsa Maju, 1988



Geng 6 Jahanam bergambar dengan salah seorang artis jemputan
sebelum beraksi diatas pentas. Lagi 2 ahli belum sampai.
Camno band tak lingkup labu.




SHOW pertama' dinner' untuk staff yang tak pergi ke hotel.
Lega oii... bila dah habis.




LATIHAN diluar studio kunun. Anjing pun celapak mai tengok kami
practise... kehkehkeh.

BIOGRAFI ringkas
----------------------------------------------------------------------------------------------

KANAN SEKALI...
RUDINAS @ Din bermain gitar bass. Budak Kg. Semarang, Dengkil. Dia banyak 

pengalaman main kat hotel-hotel dan bawah khemah orang kawen. 
Apa tidaknya, dia adik-beradik ada band sendiri kat kampung. Pernah menjadi
sessionist album kedua Jackie Chan berjudul 'Sireh nan sejunjung'. Jugak pakar IT. Pernah
beberapa kali menceroboh sistem keselamatan White Horse, CIAK, FEB-I dan pernah menggodam
laman web guru penolong kanan yang pernah menggodamnya disekolah dulu.
Pernah bertugas sebagai Jurutera bunyi Sonar di Siberia, Russia dan kini kembali ke tanahair
mengusahakan pembuatan Jet ski yang menggunakan air laut sebagai tenaga penggerak
diperairan PD dan Melaka.
Berbaju putih dan berseluar yenkie disebelah Din ialah Abemaro. Berasal
dari belakang Blok M, Wakaf Mek Jenab Kota Bharu Kelate.
Bukan sahaja mahir dari aspek teknikal bunyi, malah berbakat melukis kartun. Pernah jugak
menunjukkan bakatnya sebagai penyanyi lagu-lagu daerah dalam satu majlis makan malam.
Lagu yang dinyanyikan secara duet dengan teman senegeri, Din Jubaker berjudul 'Ubi Stelo'.
Menurut Abemaro, lagu ini memang popular diKelantan iaitu nombor dua dibelakang lagu 'U be my
friend'
dendangan Rosmy Awe, tukang karut terkenal. 
Berhasrat mengembangkan lagi kariernya dibidang muzik dan senilukis, Abemaro
pernah berhijrah ke Sydney, Australia. Walaupun bisnesnya berjaya, beliau dengan
berat hati akhirnya kembali ke Malaysia. "Sano takdok budu, kawe takleh nak pikir"
ujar beliau ketika ditemui dipremis perniagaannya yang menjual pelbagai alat muzik, lukisan,
ulam-ulaman dan rempah cabai dipekan Takbai.

Brader dibelakang yang mengangkat tangan ialah kaki pukul kami, ALIM. Beliau mahir
bermain deram dan pernah menganggotai band Memo-memo dan pernah menghasilkan 
sebuah album. Genre muzik yang beliau minati ialah rock n heavy scrap metal.
Dek kerana tebal rockmetalnya itu, masalah timbul bila kami bermain irama 60'an dan
lagu-lagu pop. 
Ada suatu tragedi berlaku semasa kami membuat show hariraya anjuran pejabat
pada suatu tahun. Segalanya bermula dengan baik bila kami mempersembahkan
lagu nyanyian Sudirman 'Dari jauh kupohon maaf' yang dinyanyikan oleh Miki.
Kemudian muzik solo iaitu petikkan gitar oleh Dolazizi mengambil tempat sebelum
Miki menyambung nyanyian. Tahu apa jadi selepas itu?
Alim dengan penuh confident membuat fill in dan kemudian mengetuk cymbal tanda
penamat lagu sedangkan Miki baru nak membuka mulut hendak menyambung
lirik ini... "Hanya ku sampaikan....". Jadila lagu tu... 'sekali jalan.'
Nasib baik kami semua pro, jadi bila Alim ketuk cymbal tanda habis, kami pun ikut dia.
Akhirnya... dia tengok aku, aku tengok dia... malu beb. Ramai mata yang menonton haritu
termasuk para seniman.
Taktau Alim kat mana sekarang. Lost contact. 
 Last aku jumpa dia main muzik kat rumah kenduri di Taman Melati lama dahulu. 

Yang berambut afro berbaju biru membongkok sikit tu penyanyi kita orang. MIKI.
Cheh! sapa tak kenal dia. Kartunis popular. Suara dia kata depa ala-ala Jamal Abdillah
gitu. Yela...satu negeri. Boleh jugak mengetuk deram, kalau Alim takde.
Apa lagu, apa key, apa genre.... semua no problem. 
Beliau jugak berpengalaman menyanyi dipentas, rumah kenduri dan pernah dua tiga kali 
muncul dikaca TV membuat persembahan dalam rancangan Seiring Jalan terbitan RTM 
yang ditayangkan pada Hari  Raya Puasa.
Band jual ubat kat CM pun dia masuk sekaki menyanyi. Kata dia orang la...
Karaoke jangan ceritala. Hampir nak bertumbuk kerana berebut 'mic' dengan kengkawan.
Dipejabat kalau ada dinner, family day... hadiah tempat pertama tu dah dicatit nama dia.
Sampaikan ada yang merajuk. Kalau mamat ni masuk, dia tak mau join the party. Gitu penangan
Miki yang berasal dari Kg. Pak Darus, Taiping ini.
Sekarang dia dah sibuk dengan bisnes sendiri. Bidang seni suarapun ada very slow sikit.
Sekali sekala nak melepaskan gian, beliau akan ke 'medan' untuk menyanyi-nyanyi kecil
sementara orang rumahnya membeli barangan dapur. Begitulah beliau yang aku selalu nampak
 dimedan letak kereta diPasar Tani Saujana Prima. Cheh!!!

Yang memegang gitar karan kebawah tu brader DOLAZIZI. Kalau dia takdak, band tak jalan.
Bakatnya bermain lead gitar memang aku respek. Maklumlah budak Johor, memang pakar.
Anak kelahiran Segamat ini jugak banyak menimba pengalaman bermain dimajlis-majlis kenduri
kahwin dan lain-lain.
Seperti Abemaro dan Miki, beliau jugak berbakat melukis... terutamanya illustrasi.
Yang paling aku tak boleh lupa bila kami memainkan lagu Musafir DiAidil Fitri pada
satu show Hari Raya.
Petikkan gitar beliau ...  peh...begitu memukau, perfect.
 Bila band kami berterabur, Dolazizi jugak seperti yang lain membawa haluan sendiri.
Sehingga kini beliau dan kengkawan lain terputus hubungan.
Sikapnya yang cool akan sentiasa dikenang.

Jejaka hemsem yang duduk paling kanan sebelah Din tu pemain gitar karan keduo kami.
Ujang namo ey. Namo ponuh dio, den tak beghapo ingat. Dah tuo den ni ha. Out of memory.
Asalnya dari Kg Batang Rokan, Gomencheh.
Dio ni menurut kato Miki,  ado suaro juga. Kalau sosak bonar, dio pun bulih nyanyi. Ado iras-iras
suora kumpulan vokalis Dlloyd. Ontah yo ontah tidok den taktau. 
Si Ujang ni samo macam siDin dan siDolazizi jugak berbakat dalam bidang muzik yang membabitkan
gitar. "Tak makan nasik pun takpo janji dapek main gitar." kato beliau sowaktu den
poe rumah dio diPandan Indah dulu sambil beliau menyedok nasi didalam periuk yang hanya tinggal
kerak. "Cilako botul, bebudak ni. Ngabihkan nasik" katanya lagi.
Ujang, Din dan Dolazizi tinggal serumah. Lamo jugak. Dari Cheras ko flat Pandan Indah ko rumah teres
Pandan Indah pun samo-samo.
Pernah mendapek tawaran mengiringi Shahrul Khan sebagai pemain muzik dikonsert yang berlansung 
diChennai tapi beliau menolak dengan baik tapi tegas.
"Humang aii... den main gitar bolehlah. Suruh main tabla. Boleh belah!"  katanya kepada wakil penyanyi
berkenaan diMalaysia, Roshihannuekkhan.
Ujang yang jugok pakar komputer dan  it pernah ditahan interpol kerana disyakki menceroboh beberapa
sistem keselamatan beberapa negara diTimur Tengah termasuk Israel. Tapi dibebaskan kerana kekurangan bukti.
"Bukan apo, den cukop goram dongan Pak-Pak Arab yang takdo tolo takut dongan amarika tu. Nak tolong
Palastin pun tak berdayo. Sajo jo den acah tu. Yahudi laknat tu kito jangan bori muko. Lawan!" beliau
dipetik sebagai berkato pada satu sidang akhbar sebaik dibebaskan diCairo.
Kini Ujang mengusahakan penternakkan ikan air tawar dari jarak jauh selain terus terlibat didalam bidang
rekabentuk grafik disebuah syarikat multinasional di Bangi. Layari blog ini untuk mengetahui perkembangannya
"PENANGGAH BLOGSPOT.COM"

Ditengah bermisai tu manager kita orang. Abang Rahman. Orangnya serius. Dia antara pelopor
band ini yang dulunya dikenali dengan nama Newsprint.
Menurut cerita brader Rahman yang berasal dari Melaka, beliau bersama ahli kumpulan ini pernah 
muncul dikaca TV pada sekitar tahun 70'an. Oooo... kami semua sekolah lagi tu. Ada yang baru merangkak.
Kebanyakkan pemuzik sezaman dengan beliau sudah pencen sewaktu kami mengenali beliau, kecuali
abang Azman Ghani yang bertugas di unit Backdrop. Beliau bermain keyboard dulu.
Sebaik tahu mengenai kami diunit kreatif berminat dan mempunyai korum yang cukup untuk bermain muzik,
beliau pada suatu malam mengajak kami kesebuah bangunan usang seperti gudang dikawasan pejabat.
Disitu kami melihat semua alat-alat muzik diselimuti plastik tebal dan berhabuk diatasnya.
Entah berapa tahun semua instumen ini tidak berusik.
Dan malam itu jugak kami membuat operasi membersihkan alat-alat muzik dan kawasan pesekitaran.
Setelah dibersihkan, kami memasangnya dan ternyata semua masih berkeadaan baik.
Dan bermula dari malam itu jugak kami terus 'jemming', 'jemming', 'jemming', 'jemming' dan akhirnya
terus jem. Takleh nak repair lagi. 

Disebelah brader Rahman ialah APIS. Jejaka tinggi lampai ini senegeri dengan Abemaro.
Aku pernah tengok dia menyanyi sekali. Masa itu dia bersama kumpulan Kuntum yang turut dianggotai
oleh Miki, Abemaro dan kengkawan yang lain menyanyikan lagu nasyid Raihan berjudul Iman Mutiara.
Show sempena hari kreatif yang berlangsung di Tasik Permaisuri, Cheras lama dahulu.
Boleh tahan suaranya sebagai penyanyi utama namun minat beliau lebih terarah kepada bidang teknikal.
Sebagai soundman, tugas beliau memastikan kualiti bunyi ditahap yang maksimum walaupun pemuzik
bermain ditahap paksimum.
Amat berbakat dibidang lukisan Komik dan illustrasi.

Bak kata orang 'kemana tumpahnya kuah kalau tak ke Pulau Langkawi'.  Begitulah Apis.
Bakat seninya yang hebat itu diwarisi dari ayahnya Pakcik Rizalman, seorang pelukis komik tersohor.
Bapanya antara pelopor kepada kehebatan komik-komik dipasaran domestik tahun 70'an dulu yang mana
beliau bertindak sebagai pelukis dan penerbit majalah seperti SARINA dan BUJAL.
Apis kini meneruskan kesinambunagn perjuangan itu. 
Karya Apis boleh dinikmati dimedia cetak dan diruang maya. Layari  comixside.blogspot.com

Ehem... yang bermain keyboard  dihujung sekali tu.... err... no komen.











<><> 





Rabu, 10 Februari 2010

Mencari Cahaya Indah





DISEBALIK TABIR LAGU INI
Lagu ini dicipta khusus untuk menyertai pertandingan mencipta lagu dakwah anjuran DBKL dan JPM. Ini bukanlah lagu yang pertama aku cipta atau yang aku buat untuk menyertai mana-mana pertandingan. Ini lagu yang keberapa entah...

Oleh kerana 'audio' lagu ini masih berkeadaan elok, talian hayat kaset ini masih panjang, maka aku 'amik' untuk dijadikan 'azimat' bagi aku memulakan blog aku ni yang dah tertangguh sekian lama. Bak rumah tanpa perabut le kiranya blog aku nih.


Nasib lagu ini dipertandingan berkenaan kureng baik. Kandas dan gagal keperingkat akhir. Saingan dari komposer lain yang mempunyai latarbelakang dalam bidang muzik dan dipersembahkan secara profesional memang tak tercapai akal dan kudratku.

Depa buat kat studio, bunyi clean. Masuk CD lagi. Lagu depa, sure menangkap punya. Aku plak bikin kat studio ayam. Pakai kaset. Time aku nak rekording, time tu la anak jiran menangis nak susu, time tu jugak mat rempit nak test power... prenggggggg... sayup-sayup masuk menjadi background muzik. Tu belum bunyi soundtrack.., tilam-tilam... tilam lama tukat balu... dan sulat khabat/ beteli lama...

Tension betoi. Tapi tu bukan sebabnya lagu aku kantoi, dah takde rezeki... dan memang melodi lagu aku tak berapa mantap.... cheh!.. merendah diri pulak.

Aku akan upload kan beberapa lagu lagi untuk tatapan diri sendiri dan kengkawan yang berkunjung kesini. Insyallah kalau ada rezeki, kualiti audio dan video akan dibuat  dengan baikkkkk punya.

Buat permulaan ni, itu aje hasilnya. Sound tidak berapa clean...tapi... bulihla setakat nak dengar dan nak kutuk...kehkehkeh...

Aku amat-amat berterima kasih kepada sahabat aku, kartunis Miki yang sanggup menyanyi kebanyakkan lagu aku tanpa sebarang kontrak dan bayaran.

Mee Racun Wangsa Maju
-------------------------------
Almaklumlah... bayaran bergantung kepada keberhasilan dalam pertandingan.
Tapi setakat belanja makan mee racun dan teh tarik kat Wangsa Maju tu adala lima nam kali. 

MIKI... sahabat yang
banyak membantu
menyanyikan lagu-lagu
tak sodap aku...
Minyak kereta dia berulang semasa dok di Subang Jaya dan semasa di Ampang ke studio ayam diWangsa Maju pun dia tak berkira... May God blessin' you BRO.

Habis bab Miki. Lama aku tak merapu dan merepek dengan menulis ni... inilah masanya.

Idea lagu ini tercetus sewaktu aku berjalan kaki dari Ibu pejabat Utusan ke perhentian bas diJalan Lima, Chan Sow Lin selepas usai menghadiri perjumpaan ahli-ahli kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu sekitar 1996 yang lalu.

Dalam kegelapan malam menapak itulah, sambil pulak mata melilau memerhati anjing-anjing jalanan, melodi itu muncul... apalagi... sepanjang perjalanan didalam bas Foo Hup menuju ke Kota Raya, kemudian menapak ke Bangkok Bank menaikki bas Len Seng menghala ke Wangsa Maju... not demi not bermain dibibir dan dirakamkan dikepala.

Selepas beberapa minggu, muzik dan senikata lagu ini disiapkan. Aku memberi demo tape kepada penyanyi harapanku untuk menghafalnya. Dan aku amat menaruh harapan yang tinggi agar beliau dapat merealisasikan melodi aku tu tanpa cacat cela.

Apabila Miki sudah bersedia ianya dirakamkan dengan tiga kali 'take'  pada suatu malam.
Turut menyaksikan proses rakaman ini ialah saudara Rosmi Awang yang turut menumpang kereta Miki bersama aku dari pejabat.

Walaupun tidak seratus-peratus hasilnya tapi aku amat berpuas hati dengan lenggok yang beliau persembahkan dengan mengambil kira keletihan melukis, menchatin', melayan lawak kawan-kawan seperti Dee, Apis, Nuek, Maro, Ujang dan Rosli Usin seharian dipejabat ditambah dengan meredah jem memandu ke studio.

Memanjat Bukit Putra
----------------------------- 
Proses seterusnya ialah menulis nota muzik. Kalau tak bernota alamat ke tong sampah le lagu ini dicampak oleh pihak penganjur.

Lagu pendek aku berani buat. Tapi lagu panjang... ee.. banyak takut la saya!

Untuk tujuan ini, aku biasanya pergi ke RTM untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Biasanya brader-brader yang bertugas sebagai music copywriter dibahagian muzik, unit hiburan radio sedia membantu. Antaranya yang banyak menolong ialah arwah Abang Hamzah, komposer Jamal Abdullah dan seorang lagi yang aku terlupa namanya. (Pemain gitar orkestra RTM). 

Aku tinggalkan kaset pada mereka. Biasanya beberapa hari kemudian baru aku pergi mengambilnya. Bukan percuma. Adala sedikit saguhati aku hulog.
Tapi... ada masanya mereka terlalu sibuk dan tidak dapat membantu.

Pehhh.... terasa nak menangis pun ada. Apo tidaknya....

Nak pi RTM pun satu hal oii. Aku takde transport.
Naik teksi menanah le poket.
Naik bas lagi bagus... dah tentu penat.
Biasanya aku turun diJalan Pantai Baru dan menapak ke Angkasapuri.

Ponek memang ponek, tapi apo nak  buek.
Bukan takde bas yang lalu depan tempat yang dituju itu, tapi nak amik bas Sri Jaya
leceh sikit. (sebenornya aku pun tak berapa xpert  pasal bas ni)
Dalam banyak kes, selepas mengambil nota di RTM,aku bergegas pulak bangunan DBKL.


Apa pasal bergegas?

Sebab... hari itu adalah hari terakhir menghantar penyertaan kepada pihak penganjur. Hampeh.

Begitulah selalunya aku dan Miki. Minit-minit terakhir baru terhegeh-hegeh nak menyiapkan kerja, baik memasuki apa-apa pertandinganpun. Tapi seronok ooo... buat kerja last minute ni. Cabaran dan tekanan pada masa itu memang mencabar mental dan fizikal. Bila sudah selesai kerja... nikmatnyaaaaaa.

Biasanya dalam tempoh tiga atau empat minggu dari tarikh tutup pertandingan
surat dari pihak penganjur akan menyusul.

Tak payah bukak pun takpa, dah tau dah isinya.

"Selepas mengadakan sesi pemilihan oleh juri-juri yang dilantik, DUKACITA dimaklumkan
lagu saudara yang bertajuk........ gagal untuk keringkat akhir."

Selepas menikmati ayat diatas, sehari dua jugak mood nak buat apa-apa pun hilang atau kurang bersemangat.

Tapi selepas lima enam kali  menerima surat ala-ala diatas, hati dah boleh menerima kenyataan. Kadang-kadang aku turun jugak ke auditorium DBKL untuk menyaksikan lagu-lagu yang layak ke final.

Memang aku mengimpikan pentas final tu. Bukan pasal hadiah lima ribu tu. Tapi pasal lagu yang kita cipta di'orkestera'kan. Bayangkan konduktor muzik  sehebat Ishak Ali Muda atau Datuk Johari Salleh memimpinnya dan dengan sebarisan pemuzik yang memainkan lagu ciptaan kita. O tak bulih tahan.

Apa pun ternyata 10 lagu yang terpilih ke peringakat akhir itu memang best. Depa memang layak.

Lagu aku?  Malas mau cerItalah kawan. Tu la pasal aku masukkan kat sini.


Wasalam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
MENCARI CAHAYA INDAH


Mana dan dimana,
Kan ku cari cahaya indah,
Menerangi kamar hatiku,
Yang gelita entah mengapa,
Dari dulu hingga kini,
Mungkin selamanya,
Tak pasti...


Mungkin dan mungkinkah,
Sinaran yang kuimpi-impi,
Ada dalam diriku ini,
Diliputi lumpur dan bara,
Dosa dulu, noda kini,
Mungkin selamanya,
Begini...


Hijrah kujejaki,
Kilauan dari syurga,
Mungkin ku temui,
Cahaya yang aku cari-cari...


Oh Tuhan berikan aku kekuatan, (ketenangan)
Menempuh dugaan dengan keyakinan, (kesabaran)
Teguhkan imanku dari kesesatan, (kehancuran)
Hindarkan hambamu dari kefasikan... (kemalasan)


Akhir dan akhirnya,
Kutemui sinaran indah,
Menerangi usia hidupku,
Yang gelita kembali ceria,
Ku bersyukur rahmat ini,
Biar selamanya,
Illahi....

Wangsa Maju
1996
Yamaha PSR Keyboard