DISEBALIK TABIR LAGU INI
Lagu ini dicipta khusus untuk menyertai pertandingan mencipta lagu dakwah anjuran DBKL dan JPM. Ini bukanlah lagu yang pertama aku cipta atau yang aku buat untuk menyertai mana-mana pertandingan. Ini lagu yang keberapa entah...
Oleh kerana 'audio' lagu ini masih berkeadaan elok, talian hayat kaset ini masih panjang, maka aku 'amik' untuk dijadikan 'azimat' bagi aku memulakan blog aku ni yang dah tertangguh sekian lama. Bak rumah tanpa perabut le kiranya blog aku nih.
Nasib lagu ini dipertandingan berkenaan kureng baik. Kandas dan gagal keperingkat akhir. Saingan dari komposer lain yang mempunyai latarbelakang dalam bidang muzik dan dipersembahkan secara profesional memang tak tercapai akal dan kudratku.
Lagu ini dicipta khusus untuk menyertai pertandingan mencipta lagu dakwah anjuran DBKL dan JPM. Ini bukanlah lagu yang pertama aku cipta atau yang aku buat untuk menyertai mana-mana pertandingan. Ini lagu yang keberapa entah...
Oleh kerana 'audio' lagu ini masih berkeadaan elok, talian hayat kaset ini masih panjang, maka aku 'amik' untuk dijadikan 'azimat' bagi aku memulakan blog aku ni yang dah tertangguh sekian lama. Bak rumah tanpa perabut le kiranya blog aku nih.
Nasib lagu ini dipertandingan berkenaan kureng baik. Kandas dan gagal keperingkat akhir. Saingan dari komposer lain yang mempunyai latarbelakang dalam bidang muzik dan dipersembahkan secara profesional memang tak tercapai akal dan kudratku.
Depa buat kat studio, bunyi clean. Masuk CD lagi. Lagu depa, sure menangkap punya. Aku plak bikin kat studio ayam. Pakai kaset. Time aku nak rekording, time tu la anak jiran menangis nak susu, time tu jugak mat rempit nak test power... prenggggggg... sayup-sayup masuk menjadi background muzik. Tu belum bunyi soundtrack.., tilam-tilam... tilam lama tukat balu... dan sulat khabat/ beteli lama...
Tension betoi. Tapi tu bukan sebabnya lagu aku kantoi, dah takde rezeki... dan memang melodi lagu aku tak berapa mantap.... cheh!.. merendah diri pulak.
Aku akan upload kan beberapa lagu lagi untuk tatapan diri sendiri dan kengkawan yang berkunjung kesini. Insyallah kalau ada rezeki, kualiti audio dan video akan dibuat dengan baikkkkk punya.
Buat permulaan ni, itu aje hasilnya. Sound tidak berapa clean...tapi... bulihla setakat nak dengar dan nak kutuk...kehkehkeh...
Aku amat-amat berterima kasih kepada sahabat aku, kartunis Miki yang sanggup menyanyi kebanyakkan lagu aku tanpa sebarang kontrak dan bayaran.
Mee Racun Wangsa Maju
-------------------------------
Almaklumlah... bayaran bergantung kepada keberhasilan dalam pertandingan.Tapi setakat belanja makan mee racun dan teh tarik kat Wangsa Maju tu adala lima nam kali.
MIKI... sahabat yang banyak membantu menyanyikan lagu-lagu tak sodap aku... |
Habis bab Miki. Lama aku tak merapu dan merepek dengan menulis ni... inilah masanya.
Idea lagu ini tercetus sewaktu aku berjalan kaki dari Ibu pejabat Utusan ke perhentian bas diJalan Lima, Chan Sow Lin selepas usai menghadiri perjumpaan ahli-ahli kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu sekitar 1996 yang lalu.
Dalam kegelapan malam menapak itulah, sambil pulak mata melilau memerhati anjing-anjing jalanan, melodi itu muncul... apalagi... sepanjang perjalanan didalam bas Foo Hup menuju ke Kota Raya, kemudian menapak ke Bangkok Bank menaikki bas Len Seng menghala ke Wangsa Maju... not demi not bermain dibibir dan dirakamkan dikepala.
Selepas beberapa minggu, muzik dan senikata lagu ini disiapkan. Aku memberi demo tape kepada penyanyi harapanku untuk menghafalnya. Dan aku amat menaruh harapan yang tinggi agar beliau dapat merealisasikan melodi aku tu tanpa cacat cela.
Apabila Miki sudah bersedia ianya dirakamkan dengan tiga kali 'take' pada suatu malam.
Turut menyaksikan proses rakaman ini ialah saudara Rosmi Awang yang turut menumpang kereta Miki bersama aku dari pejabat.
Walaupun tidak seratus-peratus hasilnya tapi aku amat berpuas hati dengan lenggok yang beliau persembahkan dengan mengambil kira keletihan melukis, menchatin', melayan lawak kawan-kawan seperti Dee, Apis, Nuek, Maro, Ujang dan Rosli Usin seharian dipejabat ditambah dengan meredah jem memandu ke studio.
Memanjat Bukit Putra
-----------------------------
Proses seterusnya ialah menulis nota muzik. Kalau tak bernota alamat ke tong sampah le lagu ini dicampak oleh pihak penganjur.
Lagu pendek aku berani buat. Tapi lagu panjang... ee.. banyak takut la saya!
Aku tinggalkan kaset pada mereka. Biasanya beberapa hari kemudian baru aku pergi mengambilnya. Bukan percuma. Adala sedikit saguhati aku hulog.
Tapi... ada masanya mereka terlalu sibuk dan tidak dapat membantu.
Pehhh.... terasa nak menangis pun ada. Apo tidaknya....
Nak pi RTM pun satu hal oii. Aku takde transport.
Naik teksi menanah le poket.
Naik bas lagi bagus... dah tentu penat.
Biasanya aku turun diJalan Pantai Baru dan menapak ke Angkasapuri.
Ponek memang ponek, tapi apo nak buek.
Bukan takde bas yang lalu depan tempat yang dituju itu, tapi nak amik bas Sri Jaya
leceh sikit. (sebenornya aku pun tak berapa xpert pasal bas ni)
Dalam banyak kes, selepas mengambil nota di RTM,aku bergegas pulak bangunan DBKL.
Apa pasal bergegas?
Sebab... hari itu adalah hari terakhir menghantar penyertaan kepada pihak penganjur. Hampeh.
Biasanya dalam tempoh tiga atau empat minggu dari tarikh tutup pertandingan
surat dari pihak penganjur akan menyusul.
Tak payah bukak pun takpa, dah tau dah isinya.
"Selepas mengadakan sesi pemilihan oleh juri-juri yang dilantik, DUKACITA dimaklumkan
lagu saudara yang bertajuk........ gagal untuk keringkat akhir."
Selepas menikmati ayat diatas, sehari dua jugak mood nak buat apa-apa pun hilang atau kurang bersemangat.
Tapi selepas lima enam kali menerima surat ala-ala diatas, hati dah boleh menerima kenyataan. Kadang-kadang aku turun jugak ke auditorium DBKL untuk menyaksikan lagu-lagu yang layak ke final.
Memang aku mengimpikan pentas final tu. Bukan pasal hadiah lima ribu tu. Tapi pasal lagu yang kita cipta di'orkestera'kan. Bayangkan konduktor muzik sehebat Ishak Ali Muda atau Datuk Johari Salleh memimpinnya dan dengan sebarisan pemuzik yang memainkan lagu ciptaan kita. O tak bulih tahan.
Apa pun ternyata 10 lagu yang terpilih ke peringakat akhir itu memang best. Depa memang layak.
Lagu aku? Malas mau cerItalah kawan. Tu la pasal aku masukkan kat sini.
Wasalam.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
MENCARI CAHAYA INDAH
Mana dan dimana,
Kan ku cari cahaya indah,
Menerangi kamar hatiku,
Yang gelita entah mengapa,
Dari dulu hingga kini,
Mungkin selamanya,
Tak pasti...
Mungkin dan mungkinkah,
Sinaran yang kuimpi-impi,
Ada dalam diriku ini,
Diliputi lumpur dan bara,
Dosa dulu, noda kini,
Mungkin selamanya,
Begini...
Hijrah kujejaki,
Kilauan dari syurga,
Mungkin ku temui,
Cahaya yang aku cari-cari...
Oh Tuhan berikan aku kekuatan, (ketenangan)
Menempuh dugaan dengan keyakinan, (kesabaran)
Teguhkan imanku dari kesesatan, (kehancuran)
Hindarkan hambamu dari kefasikan... (kemalasan)
Akhir dan akhirnya,
Kutemui sinaran indah,
Menerangi usia hidupku,
Yang gelita kembali ceria,
Ku bersyukur rahmat ini,
Biar selamanya,
Illahi....
Wangsa Maju
1996
Yamaha PSR Keyboard
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...