Sabtu, 16 Julai 2011

Loghat KEDAH klasik - B-3


B-3

1. Buah Kayu
= Buah-buahan bermusim (durian, cempedak, langsat dll)

Contoh ayat:
- Bila musim buah kayu tiba, Azman Taha kerap sekali pulang kekampungnya diGemenceh.
- 'Masa hutan tebal kat dusun tak rasa nak balik menebas, buah kayu dah start menjadi, baru nampak muka kamu' leter Pakcik Salleh pada anaknya Nazri yang baru sampai dari German.

2. Bekaih pinang
= Tepak sireh

Contoh ayat:
- Bekaih pinang nenek mengandungi sireh, kapur, gambir, kacip, gobek dan pinang.

3. Bom
= Bohong / suka berbohong

Contoh ayat:
- 'Hang jangan dok bom aku Nuek, mana German pernah jajah Tanah Melayu' kata Rosli Usin sewaktu menonton retro siri Combat diTV.
- Obamarika digelar kaki bom kerana suka berbohong bila bercakap.

4. Bauk
= Sideburn @ jambang 

Contoh ayat:
- Apis Razali kelihatan macho jika menyimpan bauk.
- Dizaman kegemilangan rock kapak dahulu, menyimpan bauk menjadi satu kemestian.


5. Bog Kaey
= Joran pancing

Contoh ayat:
- Meor Arep tak lekang dengan bog kaeynya sejak bersara wajib beberapa tahun lalu.
- Tuah bog kaey buluh peninggalan datuknya, Asemudin berjaya menaikkan ikan toman sebesar
anak kambing di Sungai Pahang minggu lepas.


Jumaat, 15 Julai 2011

Loghat KEDAH klasik - (B2)





.... Laporpoo... Patakungsi... Landing Timeee ...
 

B-2

1. Badek
=  Menggunakan kaki mengambil bola yang berada dibelakang kita. 
 
Contoh ayat:
- Bola takraw yang terlepas kebelakang itu berjaya dibadek oleh Jabar Isnin dan masuk dalam kawasan Brazil sekaligus menghasilkan mata kemenangan.

2. Berkelun
=  Berkepul-kepul

Contoh ayat:
Abdon Din menghisap rokok sambil menghembuskan asap yang naik berkelun-kelun. 
- 'Tudia asap naik 'berkelun' tegur Cikgu Muaad pada tukang kebun sekolah Paya Mat Insun.

3. Boya
=  Buaya

Contoh ayat:
Roshihanuar amat marah bila Norkamaro memanggilnya boya darat.
- 'Hati-hati Acai, Boya ada sungai ni' kata Yusof Nawi sewaktu mereka menangkap udang.

4. Belahak 
=  Sendawa

Contoh ayat:
'Belahak dah tiga kali, makan tak berhenti lagi' sound Mat Rock pada Hasbulah yang melahap tiga keping roti nan bersama ayam tandorri. 
- Pojis asyik belahak sewaktu diurut oleh Wak Kasby.  


5. Boh @ Bubuh
= meletak/memasukkan sesuatu @ bagi

Contoh ayat:
- 'Boh nasi banyak sikit' pinta Zafran sambil menghulurkan pinggan kepada Kazem yang sedang menceduk nasi dirumah kenduri itu.
'Hang bubuh lima ringgit dah la'. Kata Pak Lah pada Bangla distesen minyak itu sambil membuka penutup tangki minyak motosikalnya.
- 'Aku boh dua tiga jurus meraung Mat Rempit tu.' Sarjan Chuatian memberitahu Kopral Mat Busa insiden dia dilanggar disatu sekatan jalanraya.
  Klik sini (siri B-1)

GUNA STRATEGI DURIAN - wak rudin


WAK RUDIN... (depan sekali) di Pekan Takbai, Thailand
hampir sebelas tahun yang lampau. Beberapa lelaki tempatan disyakki
SB Siam (kecuali brader yang berketayap putih) memerhati gerak-geri
 dan mengekori beliau sejak mula sampai dari Pengkalan Kubur.
Beliau kesana membeli rempah-cabai, bukan bom.


MUNGKIN bengang atau nak berjenaka dek kekalahan Skuad Harimau Malaya 4-0 malam kelmarin dikaki Mat Saleh from Arsenal, sahabat gua Wak Rudin mengutarakan pandangan berikut:

"Kasik le dio orang makan durian, peh tu baru ajak lawan. Baru bole menang bro..."

Keh keh kehh...

Cadangan beliau merujuk kepada entri dalam blog gua mengenai kedatangan kelab Liga Perdana Inggeris
atau lebih dikenali 'The Gunners' ke Malaysia.  Klik Sini

Bernas jugak cadangan kawan serumah gua maso bujang dulu yang berasal dari Kampung Semarang, Dengkil dan kini bermastautin dinegeri Blogger Penanggah ini.

Tapi dah terlambat. Dah kena ompek.

Tapi gua dahpun menjangka keputusannya.
BUKAN tak suka Harimau Malaya menang atau seri atau kalah 1-0.

Cuma kita punya persembahan masih jauuuuuuuuh lagi untuk menjinakkan anak-anak buah
Arsene Wenger dan sekapal dengannya.

K. Rajagobal pun bunyinya macam tak pueh ati dengan segelintir pemain yang bermain dibawah kemampuan sebenar. Apa tarif 'bermain dibawah kemampuan sebenar' pun gua taktau.
Sepak tak kena ka. Sepak dengan lutut ka atau apa-apalah... entah.

Lagi satu...nak main camno, kalau dah orang tempatan pun sokong kelab luar. Cheh.

Bila kita tengok orang main, terlintas dalam hati. Apa pasai kita tak boleh main macam depa?
Depa pun guna kaki. Hantaran depa tepat. Depan gol relek. Tak makan sorang. Berani tembak dari jauh.

Hmmm...bola... bukan sekadar kaki dan kepala. Yang ada dalam kepala pun kena guna jugak.
Berbalik pada cadangan Wak Rudin penyokong tegar MU (Merab United) ini, gua mengesyorkan digunakan 'Strategi Durian' pada satu lagi kelab tersohor Liga Perdana Inggeris yang baru sampai tadi di KLIA iaitu Liverpool.

Ini pulak jawapan beliau...

"Geng liverpool kita bagi tempoyak cecah budu ... kasi baik punya menu .... bila ada fenin2 .. baru leh berentap dengan itu harimau malaya ... kasi gegar...perghhhh... "

Pun bernas walaupun agak sukar.

Dibimbangi mereka menuduh ada 'cobaan' meracun team depa, payah gak.

Sebab aroma sang budu dan si tempoyak jika bercampur boleh menghasilkan gas uranium lcdplasma yang boleh menyebabkan lemah dan sengal otot.

Takut FIFA ban kita dan menghasut diadakan 'Clean version 3.0' pulak.

Almaklumlah... Malaysia yang aman dan damai ini ramai yang jaki.

Dalam dok cerita  pasal Arsenal dan Liverpool, rupanya ada satu lagi kelab Inggeris nak 'mai tembak' kita punya Harimau Malaya.

Chelsea bakal bertandang ke Stadium Bukit jalil 21 Julai ni. Kena lagi.
Tapi takpa.

Mungkin coach Harimau Malaya dan anak didiknya memperolehi banyak pengalaman berguna selepas bertemu dengan tiga gergasi Liga Inggeris ini dan dapat diaplikasikan dalam game yang mendatang.

Sekurang-kurangnya menterjemahkan skill dalam saingan Liga Malaysia.

Pada sahabat gua, Wak Rudin yang handal bermain gitar bass ni...(de best basis)...sama-samalah kita menghalusi 'Formula Durian' dalam bentuk yang lebih praktikal agar ianya memberi manfaat kepada skuad bolasepak kita dari dihujani lagi peluru-peluru made in England.


Semasa sesi bertukar cenderamata, Raja buah itu mungkin boleh digunakan.

Selasa, 12 Julai 2011

ARSENAL... mengimbau kenangan silam



'Khabar dari Stadium Bukit Jalil'

Arsenal kalahkan Malaysia 4-0

13/07/2011 10:53pm

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal dalam perlawanan persahabatan pra-musim kelab Liga Perdana England itu selepas memperolehi gol melalui sepakan penalti Aaron Ramsey, sebelum Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky melengkapkan kemenangan bergaya kelab London itu di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Utusan

Isnin, 11 Julai 2011

BERSIH kah labu?


Kalau enam black maria kat depan dan simerah kat belakang tu
boleh bertukar ala transformer sabtu lalu kan best...
Mau mencicit lari geng yelo.... agaknya le.
Buat plak depa bertukar jadi ultraman atau geng power rangers...
lagi kacau...


Hari Sabtu lepas, 9 Julai 2011...

1. Anda perlu mengambil saudara anda diHentian Pudu Raya.
Tapi hentian itu ditutup dan dipindahkan sementara ke Jalan Duta.
Anda pula dari Kajang Pak Malau. 

2. Perniagaan anda, iaitu satu-satunya mata pencarian anda yang terletak
diJalan Tunku Abdul Rahman terpaksa ditutup. Anda hilang punca pendapatan
pada hari itu. Hati sakit tuhan yang tau.

3. Bas Ekspress yang anda naiki dari Selatan terkandas beberapa jam dilebuhraya
menuju ke Kuala Lumpur kerana kesesakkan yang amat teruk.

4. Jiran anda berada di ICU diHospital Besar Kuala Lumpur. Anda pula dari Bangsar.
Perjalanan anda kesana tergendala dan terhalang.

5. Majlis kenduri kahwin anak anda di Dewan Tasik Titiwangsa suram kerana tetamu
tidak ramai yang datang kerana banyak jalan ditutup.

6. Banyak urusan anda di Ibu kota pada hari itu tergendala kerana banyak
premis perniagaan dan pejabat 'bimbang' untuk beroperasi pada hari itu.


Semuanya kerana sebuah perhimpunan...

B = berarak penuh emosi
E = ekonomi setempat dikhianati
R = ramai 'bumi' dari 'in-ci'
S = seronok dikejar pak polisi
I  = ishk...ugama suruh ke camni?
H = haiya...gua luluk lumah tengok tv,
      biar itu olang gusti sama sendili...

Siapa yang jadi KUDA?
Siapa yang di KUDA-KUDA?
Siapa yang naik BLACK MARIA?
Siapa yang DICUCUK HIDUNG?
Siapa yang MERAUNG?
Siapa yang UNTUNG?
Siapa yang ke GAUNG?
Siapa yang kena MUHONG?
Siapa yang minta TOLONG?
Siapa yang kena KELENTONG?
Siapa yang TANGGUNG?
Siapa yang SOKONG?
Siapa yang dok TANJUNG?
Siapa yang hilang KAMPUNG?
Siapa yang BERKABUNG?
Siapa yang sorok TEPUNG?
Siapa yang MELOPONG?
Siapa yang kena SORONG?
Siapa yang menyorok balik TONG?

ontahlah labuuuu

Makanpun dapat, bawah khemah kendorey lagi...
Lain kali jangan buat lagi noo...
Kena asap... skru lutut bumblebee pun bleh cabut...

Bayangkan satu isi kereta menyumpah seranah sorang
sepikul kat geng yelo dan kapla yelo.
Kalau semua kereta? Tu belum yang dok dirumah...