MUNGKIN bengang atau nak berjenaka dek kekalahan Skuad Harimau Malaya 4-0 malam kelmarin dikaki Mat Saleh from Arsenal, sahabat gua Wak Rudin mengutarakan pandangan berikut:
"Kasik le dio orang makan durian, peh tu baru ajak lawan. Baru bole menang bro..."
Keh keh kehh...
Cadangan beliau merujuk kepada entri dalam blog gua mengenai kedatangan kelab Liga Perdana Inggeris
atau lebih dikenali 'The Gunners' ke Malaysia. Klik Sini
Bernas jugak cadangan kawan serumah gua maso bujang dulu yang berasal dari Kampung Semarang, Dengkil dan kini bermastautin dinegeri Blogger Penanggah ini.
Tapi dah terlambat. Dah kena ompek.
Tapi gua dahpun menjangka keputusannya.
BUKAN tak suka Harimau Malaya menang atau seri atau kalah 1-0.
Cuma kita punya persembahan masih jauuuuuuuuh lagi untuk menjinakkan anak-anak buah
Arsene Wenger dan sekapal dengannya.
K. Rajagobal pun bunyinya macam tak pueh ati dengan segelintir pemain yang bermain dibawah kemampuan sebenar. Apa tarif 'bermain dibawah kemampuan sebenar' pun gua taktau.
Sepak tak kena ka. Sepak dengan lutut ka atau apa-apalah... entah.
Lagi satu...nak main camno, kalau dah orang tempatan pun sokong kelab luar. Cheh.
Bila kita tengok orang main, terlintas dalam hati. Apa pasai kita tak boleh main macam depa?
Depa pun guna kaki. Hantaran depa tepat. Depan gol relek. Tak makan sorang. Berani tembak dari jauh.
Hmmm...bola... bukan sekadar kaki dan kepala. Yang ada dalam kepala pun kena guna jugak.
Berbalik pada cadangan Wak Rudin penyokong tegar MU (Merab United) ini, gua mengesyorkan digunakan 'Strategi Durian' pada satu lagi kelab tersohor Liga Perdana Inggeris yang baru sampai tadi di KLIA iaitu Liverpool.
Ini pulak jawapan beliau...
"Geng liverpool kita bagi tempoyak cecah budu ... kasi baik punya menu .... bila ada fenin2 .. baru leh berentap dengan itu harimau malaya ... kasi gegar...perghhhh... "
Pun bernas walaupun agak sukar.
Dibimbangi mereka menuduh ada 'cobaan' meracun team depa, payah gak.
Sebab aroma sang budu dan si tempoyak jika bercampur boleh menghasilkan gas uranium lcdplasma yang boleh menyebabkan lemah dan sengal otot.
Takut FIFA ban kita dan menghasut diadakan 'Clean version 3.0' pulak.
Almaklumlah... Malaysia yang aman dan damai ini ramai yang jaki.
Dalam dok cerita pasal Arsenal dan Liverpool, rupanya ada satu lagi kelab Inggeris nak 'mai tembak' kita punya Harimau Malaya.
Chelsea bakal bertandang ke Stadium Bukit jalil 21 Julai ni. Kena lagi.
Tapi takpa.
Mungkin coach Harimau Malaya dan anak didiknya memperolehi banyak pengalaman berguna selepas bertemu dengan tiga gergasi Liga Inggeris ini dan dapat diaplikasikan dalam game yang mendatang.
Sekurang-kurangnya menterjemahkan skill dalam saingan Liga Malaysia.
Pada sahabat gua, Wak Rudin yang handal bermain gitar bass ni...(de best basis)...sama-samalah kita menghalusi 'Formula Durian' dalam bentuk yang lebih praktikal agar ianya memberi manfaat kepada skuad bolasepak kita dari dihujani lagi peluru-peluru made in England.
Semasa sesi bertukar cenderamata, Raja buah itu mungkin boleh digunakan. |
hahahahaha.... ini ala2 strategi manja2 Harimau Malaya jer.... nasib baik tak suh Harimau Malaya kita makan petai aka jering sebelum main.... conpem leh pengsan Mat2 Salleh nie bila dokat.... ala2 minyak wangi calvin Klien tu....huhuhu....hehehe...
BalasPadamTak salah mengikut undang2 FIFA. Coz dia bukan dadah terlarang. Kehkehkeh...
BalasPadammakan tempe banyak sangat rimau malaya.. lagik satu hari2 makan lemak... nasik lemak, lomak cili api, lemak tepu... banyakkk lemakkk kauuuu!! kahkahkah
BalasPadam