Sabtu, 16 Julai 2011

Loghat KEDAH klasik - B-3


B-3

1. Buah Kayu
= Buah-buahan bermusim (durian, cempedak, langsat dll)

Contoh ayat:
- Bila musim buah kayu tiba, Azman Taha kerap sekali pulang kekampungnya diGemenceh.
- 'Masa hutan tebal kat dusun tak rasa nak balik menebas, buah kayu dah start menjadi, baru nampak muka kamu' leter Pakcik Salleh pada anaknya Nazri yang baru sampai dari German.

2. Bekaih pinang
= Tepak sireh

Contoh ayat:
- Bekaih pinang nenek mengandungi sireh, kapur, gambir, kacip, gobek dan pinang.

3. Bom
= Bohong / suka berbohong

Contoh ayat:
- 'Hang jangan dok bom aku Nuek, mana German pernah jajah Tanah Melayu' kata Rosli Usin sewaktu menonton retro siri Combat diTV.
- Obamarika digelar kaki bom kerana suka berbohong bila bercakap.

4. Bauk
= Sideburn @ jambang 

Contoh ayat:
- Apis Razali kelihatan macho jika menyimpan bauk.
- Dizaman kegemilangan rock kapak dahulu, menyimpan bauk menjadi satu kemestian.


5. Bog Kaey
= Joran pancing

Contoh ayat:
- Meor Arep tak lekang dengan bog kaeynya sejak bersara wajib beberapa tahun lalu.
- Tuah bog kaey buluh peninggalan datuknya, Asemudin berjaya menaikkan ikan toman sebesar
anak kambing di Sungai Pahang minggu lepas.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...