KUALA LUMPUR, 13 Julai - Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal dalam perlawanan persahabatan pra-musim kelab Liga Perdana England itu selepas memperolehi gol melalui sepakan penalti Aaron Ramsey, sebelum Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky melengkapkan kemenangan bergaya kelab London itu di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Utusan
'Khabar dari Stadium Bukit Jalil'
Arsenal kalahkan Malaysia 4-0
13/07/2011 10:53pm
KUALA LUMPUR, 13 Julai - Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal dalam perlawanan persahabatan pra-musim kelab Liga Perdana England itu selepas memperolehi gol melalui sepakan penalti Aaron Ramsey, sebelum Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky melengkapkan kemenangan bergaya kelab London itu di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Utusan
Mat Salleh ni kata dia taktau hapa-hapa mengenai skuad kita. Tanda prestasi bola kita masih jauh lagi kalau hendak dibandingkan jiran diAsia seperti KO-PUN @ Korea dan Jepun. |
ARSENAL DAN IPSWICH
Dalam banyak-banyak kelab bolasepak Inggeris,
hanya dua yang begitu familiar dalam ingatan aku.
Arsenal dan Ipswich.
Mengapa hanya dua kelab berkenaan?
Begini ceriternye. Ceciterrr...(65x)
Sewaktu aku bersekolah rendah sekitar tahun 70-an, kedua-dua 'kalabul malami' ini
sering mara keperlawanan akhir piala FA.
Betulke fakta ini? Maaf jika tersalah.
Tapi yang pasti kedua-duanya sering meniti bibir peminat bolasepak termasuk aku dan
kengkawan disekolah dan dikampung.
Pengaruhnya sampai ketahap jika kami berlawan bola sewaktu rehat atau dimusim
cuti, masing-masing berebut nama kumpulan ini.
cuti, masing-masing berebut nama kumpulan ini.
"Kami pasukan Arsenal, hampa @korang Ipswich"
"Tarakk, tarakk... kami cop dulu Arsenal"
"Tarakk, tarakk... kami cop dulu Arsenal"
Begitu antara ayat yang sering terpacul dari mulut kedua-dua pasukan.
Tapi takle sampai bertumbuk walaupun biji mata macam nak tercabut dan air liur bersembur.
Tapi takle sampai bertumbuk walaupun biji mata macam nak tercabut dan air liur bersembur.
Pun begitu, nama-nama pemain dari kedua-dua kelab berkenaan kurang aku
ingati diwaktu itu. Yang penting nama kelab sahaja.
ingati diwaktu itu. Yang penting nama kelab sahaja.
Arsenal... Ipswich... Sedap disebut. Maklumle nama orang putih. Cheh.
Aku lebih mengenali nama-nama pemain kebangsaan kita yang top diwaktu itu seperti
Mokhtar Dahari, Isa Bakar, Shukur Salleh, Arumugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh
dan ramai lagi.
Mokhtar Dahari, Isa Bakar, Shukur Salleh, Arumugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh
dan ramai lagi.
Juga beberapa pemain Singapura seperti Samad Alipichay, Md. Noh dan Eric pin.
ROAD TO WEMBLY
Dahulu cuma ada RTM.
TV1 dan TV2. Suka tak suka itu je. Tapi sukaaaa.
Siapa ada TV time ni, memang orang kaya le.
Apa yang disajikan itulah yang ditonton termasuk rancangan sukan.
Kalau aku tak silap, sebuah rancangan sukan yang memaparkan perlawanan liga
Inggeris disiarkan saban malam iaitu Road to Wembly menerusi TV1.
Siarannya pun tengah malam.
Nak kata pengikut setia rancangan itu tak jugak. Tapi adala tengok sekali-sekala.
Aku amat tertarik pada penyokong setiap pasukan yang bernyanyi tanpa henti
Aku amat tertarik pada penyokong setiap pasukan yang bernyanyi tanpa henti
disepanjang perlawanan. Bergema diseluruh stadium.
Tengokpun bukan kat rumah.
Aku tinggal disebuah estet diwaktu ini yang rata-rata penduduknya kais pagi makan
cucoq, kais tengah hari makan nasi, kais petang cicah garam belacan dan kais malam
makan nasi sekali lagi.
makan nasi sekali lagi.
Alhamdulillah dapat makan. Tapiii... nak beli TV, memang tak mampule.
TV hitam putih berjenama Toshiba dibeli hasil dana sumbangan semua penduduk.
Ditempatkan ditingkap sebuah rumah kosong antara rumah Pak Man dan Bang Mi.
Jarak TV dari permukaan lantai agak tinggi, membuatkan kami semua perlu mendongak untuk menonton.
Macam masuk panggung wayang dengan tiket kelas tiga zaman dulu.
Yang duduk atas basikal agak selesa.
Menggunakan generator ihsan pemilik estet, tv hanya beroperasi pada jam 6 petang.
Biasanya Pak Man atau Bang Mi akan menghidupkan generator pada setiap petang.
Kekadang sesiapa saja yang rajin akan meng'engko'nya.
Pernah jugak aku try. Peh sakit juga bahu.
Mau tak sakit, bosar kau enjin dieselnya.
Pernah jugak aku try. Peh sakit juga bahu.
Mau tak sakit, bosar kau enjin dieselnya.
Generator yang sama digunakan pada sebelah paginya untuk proses memesin getah
bagi dijadikan getah keping selain untuk menghidupkan lampu rumah taukeh pada
malamnya.
Rumah kuli? Hehehe... pakai pelita minyak tanah le atau lampu goslin.
Cheh... melalut sikit. Nostalgia beb.
SIARAN LANGSUNG
Bila RTM menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir piala FA antara Arsenal
melawan Ipswich suasana disekitar lokasi TV terletak ditempat aku memang meriah.
Kaki-kaki bola tak sabar menunggu. Ada juga peminat dari kampung-kampung
berdekatan turut sama bertandang.
berdekatan turut sama bertandang.
Sama seperti bila RTM menayangkan filem-filem Melayu pada hari Jumaat.
Meriah habis.
Meriah habis.
Dan keesokkannya cerita pasal bola malam tadi dipanjangkan kesekolah.
Tu le sampai la ni, nama Arsenal dan Ipswich terus melekat diingatan.
ARSENAL LAWAN MALAYSIA
Pasukan Arsenal yang bertandang kenegara kita semalam adalah generasi baru yang
langsung aku tak kenal.
Minat untuk mengikuti perkembangan semasa bola sepak England pun suam-suam kuku.
Baca dan tengok gitu-gitu aje.
Semuga pasukan Malaysia dapat menujukkan satu persembahan yang memukau bila menentang Arsenal nanti. Menang susah, seri payah, kalah... hmmm......
Arsenal... mengimbau dan menggamit kenangan silam yang takkan dilupakan.
ARSENAL - 1974 (aku darjah tiga) |
IPSWICH 70 an |
ARSENAL hari ini |
Penjaga gol Arsenal era 70 an... PAT JENNINGS |
lain kali ajak itu geng arsenal makan durian la sebelum main ...
BalasPadambetul la lu cakap... kita punya coach perlu berfikir diluar kotak baru bleh menang...
BalasPadamkasi makan deroyan pun satu strategi tu...
takpe... liverpool ada laiee,,,
geng liverpool kita bagi tempoyak cecah budu ... kasi baik punya menu .... bila ada fenin2 .. baru leh berentap dengan itu harimau malaya ... kasi gegar...perghhhh...
BalasPadam