Jumaat, 15 Julai 2011

Loghat KEDAH klasik - (B2)





.... Laporpoo... Patakungsi... Landing Timeee ...
 

B-2

1. Badek
=  Menggunakan kaki mengambil bola yang berada dibelakang kita. 
 
Contoh ayat:
- Bola takraw yang terlepas kebelakang itu berjaya dibadek oleh Jabar Isnin dan masuk dalam kawasan Brazil sekaligus menghasilkan mata kemenangan.

2. Berkelun
=  Berkepul-kepul

Contoh ayat:
Abdon Din menghisap rokok sambil menghembuskan asap yang naik berkelun-kelun. 
- 'Tudia asap naik 'berkelun' tegur Cikgu Muaad pada tukang kebun sekolah Paya Mat Insun.

3. Boya
=  Buaya

Contoh ayat:
Roshihanuar amat marah bila Norkamaro memanggilnya boya darat.
- 'Hati-hati Acai, Boya ada sungai ni' kata Yusof Nawi sewaktu mereka menangkap udang.

4. Belahak 
=  Sendawa

Contoh ayat:
'Belahak dah tiga kali, makan tak berhenti lagi' sound Mat Rock pada Hasbulah yang melahap tiga keping roti nan bersama ayam tandorri. 
- Pojis asyik belahak sewaktu diurut oleh Wak Kasby.  


5. Boh @ Bubuh
= meletak/memasukkan sesuatu @ bagi

Contoh ayat:
- 'Boh nasi banyak sikit' pinta Zafran sambil menghulurkan pinggan kepada Kazem yang sedang menceduk nasi dirumah kenduri itu.
'Hang bubuh lima ringgit dah la'. Kata Pak Lah pada Bangla distesen minyak itu sambil membuka penutup tangki minyak motosikalnya.
- 'Aku boh dua tiga jurus meraung Mat Rempit tu.' Sarjan Chuatian memberitahu Kopral Mat Busa insiden dia dilanggar disatu sekatan jalanraya.
  Klik sini (siri B-1)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...