Ini adalah siri terakhir bagi perkataan yang bermula dengan huruf B. Tak sampai lima puluh perkataan pun. Tapi nak siap kat setahun... cisss. Pelau deq ni... |
1. BULOG@tak Bulog@keBULOG
= tak mahu / tak hendak / enggan = bulur/kebulur
contoh ayat:
1. 'Tak bulog pi tengok ahh, dok kalah manjang.'.. kata Azman Taha,
menolak ajakan adiknya Ijat untuk menonton skuad bola Kedah menentang
pasukan Tadika Den Rat Paya Mat Insun dipadang kampung Baloh.
2.'Mana Miki, kata nak join karaoke? Tanya Kazim pada Nuek.
'Dia tak kebulog nak mai, tidog lagi baguih', jawab Nuek.
3. 'Ih budak ni awat bulog sangat tau!' ... marah Mak Cik Yontawatey
melihat anaknya, Ucop yang cuba memakan kulit durian setelah isinya telah 'selesai'.
2. BELUNGGOK @ Belungguk hak
= banyak / ada banyak contoh ayat:
'Hang pi cari kayu sebelah sana Din,ada belunggok.' ... kata emaknya.
'Lauk kat kantin belungguk hak... cuma sambal belacan dah habis'.
3. BELAH
= disebelah / dilanggar / sungguh contoh ayat:
1. 'Aku ada dua kenduri harini. Satu belah Kodiang, lagi satu belah Pendang.'
...beritahu Anuar kepada Epul.
2. 'Laa anak lembu ni patah kaki, kena belah kereta gamaknya.'..
kata Pak Abu dalam hati sambil menyeranah pemandu berkenaan.
3. 'Budak Osama ni cakap tak boleh pakai. Muhong belah dua.'.. marah Pak Lah
sambil menghentak meja diwarung mamak cyber.
4. BELAKANG SUT
= belakang sekali / corotcontoh ayat:
'Lawan lari dok belakang sut mana nak dapat hadiah.'... bebel Apis pada anaknya.
5. BUANG
= (dah le @ cukup le...(susah nak explain ni ayat ni...) contoh ayat:
Bagi ikan tamban ni buang sekilo. @ Timbang buah langsat ni buang lima kilo.
'Hang boh penampaq buang sedas Muaad, loyar buruk betul budak Abon ni.'...
kata Enon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...