LAT menyambut ketibaan tetamu yang hadir... |
PROLOG: SEDIKIT NOSTALGIA LALU
Kali terakhir aku menghadiri majlis bersama rakan-rakan kartunis ialah 17 tahun yang lalu.
Agak lama. Itu pun kerana menghadiri majlis penyampaian hadiah Pertandingan Karya Seni Kreatif Kartun Kebangsaan anjuran PNB.
Majlis berlangsung pada 13 Ogos 1998.
Budak Utusan, hanya aku dan Miki yang masuk. (Memang muka pertandingan...ceh)
Seperti biasa, artwork dihantar byhand pada hari terakhir penerimaan.
Beberapa minggu kemudian, berita baik diterima dari pihak penganjur.
Alhamdulilah, karya kami berdua terpilih dan kami diminta menghadiri raptai sehari sebelum majlis sebenar berlangsung.
Oleh kerana majlis berkenaan diadakan pada hari bekerja, 'permit keluar' terpaksa di minta pada boss selama dua hari. Tiada masalah.
Menumpang kereta Miki, dari pejabat diTaman Shamelin Perkasa kami berdua meredah
kesesakan ke Menara TNB.
Hadiah wang tunai bukanlah igauan, tetapi dapat berjumpa rakan-rakan seangkatan
memang mengujakan. Bukan senang dapat bertemu lantaran kesibukan berkarya.
Sayang, tiada gambar dapat dirakamkan.
Kamera tikam pun tak mampu beli. HP pun takde lagi.
Otai-otai kartun yang hadir pada majlis yang diadakan di Theatrette, tingkat 2, Menara PNB Jalan Tun Razak antaranya Lat, Zainal Buang Hussein, Jaafar Taib, Zunar dan Pak Jab (Allahyarham).
Selepas majlis di Menara PNB itu, ada beberapa pertemuan atau perjumpaan
anjuran persatuan kartunis samada bersekala kecil dan besar.
Namun aku 'gagal' menghadiri satupun.
Banyak faktor antaranya pertembungan masa dengan 'kerja'. Ye la tu...
ANUGERAH KAMPUNG BOY 2015
Bila kartunis Maro, suatu petang bertanya samada aku hendak join majlis
diatas lantas aku mengiayakannya.
Katanya, meja untuk 'budak-budak katon' dari Utusan seramai 9 orang sudah ada.
Dalam kepala sudah membayangkan beberapa rakan yang sudah lama tidak
mendengar khabar berita. Dan ada yang tidak pernah bertemu muka, walaupun
sama-sama bersilat dalam gelanggang yang sama.
Namron dan Bor, dua kartunis lama yang ingin sangat aku jumpa.
Kali terakhir aku berjumpa Namron, sewaktu 'persinggahan singkat'ku di Karangkraf.
Sekitar 1990... ceh lama bonar tu.
Manakala Bor, jumpa tak pernah. Tapi kami sama-sama mengasah bakat dalam
ruangan Mekar diGG dalam majalah Gila-Gila zaman persekolahan dulu. Sama sezaman
dengan Acai@Yusna dan Armus yang kemudiannya menyertai Utusan.
'Utusan Katonboy.' Jurufoto Utusan, Zaki mencadangkan kami naik kepentas bergambar sebaik majlis berakhir. Apa lagiiii... (Dari kiri: Pak Ya, Shah, Gue, Acai, Maro, Piza, Miki dan Armus.) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...