Isnin, 6 Ogos 2012

SYAWAL menggamit kenangan lalu - 2

Biasanya bila bulan Ramadan memasuki
minggu kedua, mood hari Raya mula menyelinap
dalam sanubari pada setiap budak kampung.

Pantang jumpa, mesti topik pasal 'Raya' yang
dibualkan. Sapa gatal mulut bawa topik selain itu
alamat bernanah telinga la kena kutuk.

Bukan setakat dirumah. Kat sekolah pun sama.
Cikgu pun sekali sekala tumpang menghangatkan suasana.

Pada waktu dahulu, kuih-muih raya banyak  yang dibuat sendiri.
Antara kuih yang wajib dibuat ialah kuih BAHULU.

Lain-lain kuih ialah kuih LOYANG (ada yang memanggil kuih rose atau kuih goyang),
PUTU KACANG dan beberapa jenis kuih tradisional lagi.

Membuat kuih tradisional juga  menggunakan cara tradisional untuk
memasaknya iaitu dengan api kayu atau sabut.

Dan itulah dapurnya yang digunakan seharian dikampung.

Tugas aku pula ialah mencari ranting-ranting kayu, kulit biji getah dan
sabut kelapa kering untuk dijadikan bahan pembakar.

Memandangkan tempat tinggal aku dikelilingi ladang getah,
mencari bahan-bahan bakar tersebut amatlah mudah.

Kekadang aku turut membantu
menyediakan bahan asas membuat kuih Bahulu
iaitu 'menimbuk' tepung yang sudah diadunkan
dengan telur dan gula didalam bekas yang dipanggil pasu.

Lenguh juga tangan dibuatnya.




Semakin hampir dengan hari Raya, makin meriah
suasana dikampung.

Malam paling dinantikan.

Time ni le budak-budak kampung aktif semacam atau dua macam.

Bunyi meriam kabat (karbaid) batang besi dan mercun silih berganti.

Malam Raya paling best.

Segala bahan letupan berkuasa rendah dihabiskan.

Esok dapat duit raya, beli lain.

Bersambung EPISOD 3



BACA SYAWAL 1 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 4 - KLIK sini da...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...