Ahad, 5 Ogos 2012

zakatFITRAH... dah bayor ko?

...jangan dok tunggu lasmenet...


Rasa nak menulis mengenai zakat fitrah, selepas membayarnya
disurau Jenaris tengah hari kelmarin sebaik selesai solat jumaat.

Dan terus teringat lagu Rukun Islam ciptaan seniman agung kita,
allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Lagu yang dicipta pada tahun 1963 (aku tak lahir lagi nih)
ini, ditulis liriknya oleh S. Sudarmaji.

Lagu dakwah klasik ini tidak akan hilang ditelan zaman.
Ianya cukup lengkap dan menarik menceritakan perihal Rukun Islam dalam
bentuk hiburan.

..........................

 Rukun Islam

Rukun Islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya

Pertama mengucap dua kalimah sahadat
kepada Allah kita beribadat
supaya hidup kita tak sesat
dari dunia sampai akhirat
 
Kedua sembahyang lima waktu
sujud ke hadrat Allah yang satu
mengenal ia supaya tentu
dengan putih bersih di kalbu

Ketiga Ramadan hendaklah puasa
lapar dahaga harus dirasa
supaya kasih sama manusia
tauhid kepada yang maha Esa

Keempat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda Islam semua bersahabat
 Allah akan memberi berkat

Kelima fardu haji ke Baitullah
rukun Islam sudah terjumlah
lima perkara tunailah sudah
itulah semua perintah Allah

Rukun Islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya

..................................................


Membayar zakat fitrah dibulan Ramadan dikampung dan dibandar
ada bezanya.

Dibandar, bayaran dibuat kepada amil-amil yang dilantik oleh pihak
berkuasa agama negeri.

Dikampung-kampung, pemberian zakat fitrah dalam bentuk beras
masih berlangsung.

Sekarang, beras fitrah sudah tersedia yang dibungkus khas oleh pengilang.

Dahulu beras disukat dan dimasukkan kedalam bungkusan kertas.
Kertas pembungkus boleh didapati dikedai-kedai runcit.

Kemudian beras-beras ini akan dibahagikan kepada sesiapa yang difikirkan
layak. Biasanya pada guru-guru agama atau warga tua dikampung.

Aku pernah melalui pengalaman membawa beras fitrah ini sewaktu
dikampung dahulu.

Melihat proses pembayaran fitrah yang sudah pupus kini.
Antaranya berlaku surung dan tarik bungkusan beras antara pembayar
dan penerima.

Antara penerima beras fitrah yang sering aku kunjungi ialah Allahyarham Tok Ismail.

Kini semuanya tinggal kenangan.

Yang penting, rukun Islam keempat ini perlu ditunaikan segera.
Cara bagaimana terpulang. Ala kampung atau ala bandar.

Bak kata P. Ramlee dalam lagu tersebut...
'Keempat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda Islam semua bersahabat
Allah akan memberi berkat'


Ya. Semuga Allah memberi kita 'berkat'.


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...