Jumaat, 16 November 2012

PALESTIN... kau diganyang lagiiiiiii!



Berarak ke Kedutaan Amerika adalah acara wajib
bagi menunjukkan bantahan terhadap Israel. 




Viva Palestin rayu bantuan segera 
untuk penduduk Gaza

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Viva Palestina Malaysia (VPM) merayu sumbangan bekalan dan kewangan daripada rakyat Malaysia bagi membantu penduduk Palestin yang menghadapi tindakan ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza.

Pengerusinya Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata pihaknya akan segera menghantar RM50,000 sebagai dana kecemasan ke Gaza dan lebih banyak dana diperlukan.
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata bekalan amat diperlukan termasuk makanan, air, ubat-ubatan, pakaian dan selimut musim sejuk.

Dr Musa berkata mereka yang ingin menderma boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Azra di talian 016-2094500, Azian (012-2115749) dan Hamidah di nombor telefon 012-2170918.

Manakala sumbangan wang tunai boleh dibuat melalui akaun Maybank bernombor 5643-2460-1324 atau menyerahkan sendiri kepada Pertubuhan Viva Palestina Malaysia di alamat Block C, Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur.
Aktiviti ketenteraan dan serangan udara Israel di Gaza sejak dua hari lepas telah mengorbankan 12 penduduk Palestin termasuk enam kanak-kanak dan seorang wanita hamil.
....................................................................................................................
(Sumbangan wang tunai boleh dibuat melalui akaun 
Maybank bernombor 5643-2460-1324)
.....................................................................................................................

Dipetik dari PORTAL UTUSAN ONLINE




Serangan terbaharu regim zionis laknatullah merosakkan
sebuah masjid di Palestin.


Buah tangan sempena Maal Hijrah 1434 dari
negara pengganas Israel. 
Apa negara Islam diseluruh dunia boleh bikin?
Tengok ajelahh.... Oooo iiiii  seeee.....



UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN 
UMPAMA BUIH DI LAUTAN

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., 
bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. 
Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." 

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" 

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, 
iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: 
'Cintakan dunia dan takut akan kematian'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...