Budak-budak dahulu tidak kisah dengan duit raya yang diperolehinya. Dapat lima sen pun syukur. Sedekah standard adalah antara sepuluh sen dan dua puluh sen yang diperolehi hasil kunjungan rumah ke rumah. Sedikit demi sedikit, lama-lama membukit... Dapat modal beli pistol air atau pistol yang pelurunya kertas merah bergulung pun jadilaaa... Mercun papan pun murah dahulu. Antara 40 sen dan 80 sen sebungkus. Rancangan TV pun bebudak tak kisah sangat. Kecuali rancangan SARKIS yang menjadi rancangan wajib RTM pagi-pagi raya dulu. Kekadang disebelah tengahari, ada ditayangkan cerita purba Melayu terbitan Cathay Keris atau Shaw Brother seperti Panglima Harimau Berantai. Ni wajib ditonton. Selebihnya, bebudak kampung betul-betul beraya samada dirumah orang atau berperang dengan kawan-kawan sepermainan dengan mercun sambil memegang kayu api yang masih berbara... Cehhh... memang best dulu. BEST BANGET. BACA bahagian 1 - DISINI BACA bahagian 2 - DISINI BACA bahagian 3 - DISINI SALAM AIDILFITRI SEMUA |
Jumaat, 17 Ogos 2012
AIDILFITRI... memori silamku - siri 4
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
pak su, nk tanya ni betul ker majalah KAWAN dh dihentikan terbitannya???
BalasPadampaksu nk tanya,majalah KAWAN dh diberhentikan terbitannya ker???
BalasPadamYA... tiga empat tahun dahhhh.... pasaran komik sekarang tidak seperti dulu.
BalasPadam