Sabtu, 29 November 2014

KONSERT HATI EMAS KEMBARA...4

27 lagu-lagu didendangkan tanpa henti... Apa lagi mau. - Gambar UTUSAN.

STALLS W39 Panggung Sari menjadi saksi kehadiran.
Tepat 8.45 malam hadirin berdiri menyanyikan lagu Negaraku.

Personaliti TV Al-Hijrah, A.I. mengumumkan Konsert Hati Emas Kembara
bermula. Riuh rendah dengan tepuk sorak hadirin yang tidak sabar-sabar ingin
menikmati persembahan lagu-lagu rakyat.

Pentas 'bawah tanah' dinaikkan.
Diatasnya kumpulan Kembara dan pemuzik undangan termasuk penyanyi latar.

Maka bergemalah irama nusantara.
Kaki dan kepala bergoyang mengikut rentak.
Lebih kurang tiga jam Panggung Sari menjadi pelepas rindu 'hantu-hantu Kembara'.

Lagu pertama pembuka tirai ialah Ekspress Rakyat.
Diikuti Impian Anak Jalanan dan seterusnya Siapa Orang Kita.

Pehhh... baru tiga lagu tu.

Kemudian disambung dengan Sesat DiKuala Lumpur.
Semuanya dinyanyikan Datuk Dr. M Nasir.

A. Ali kemudian meneruskan persembahan dengan lagu Ada Sepasang Mata.



A. Ali masih steady...
Aksi sewaktu lagu Kolar Biru 
 
- Gambar UTUSAN.

Itu sahaja lagu yang menurut turutan yang aku ingat.
Lepas tu takdan catit dah. Gelap beb.

Lagu-lagu dari tujuh album Kembara dialunkan sambil ketiga-tiga
anggota asalnya bercerita mengenai perjalanan hidup kumpulan berkenaan.

Semuanya mempunyai cerita tersendiri.
Yang menariknya, setiap lagu yang disampaikan diterjemahkan diatas
layar dibelakang dengan visual yang menarik dan unik.

'Kita cipta lagu bas. Dah ada bas, mesti ada perhentian bas' kata A.Ali
merujuk lagu Bas No 13 dan Diperhentian Pudu Raya.

Lagu-lagu juga disampaikan bergilir-gilir antara Sifu, S.Sahlan dan A.Ali termasuk gitaris yang juga adik kepada M Nasir, Zul.

Begitu juga lagu bertemakan bunga yang dinyanyikan selepas sedikit 'pencerahan'.
Bunga Bakawali dinyanyikan Zul. Kemudian A.Ali dengan Sekuntum Bunga Plastik.

Menurut A. Ali, idea lagu tersebut muncul bila terbayangkan penjagaannya yang mudah. Yakni tidak perlu disiram. Lagu Kiambang ciptaan A.Ali kemudian
bergema penuh syahdu dendangan M.Nasir.



Zul (kiri)... menyanyikan beberapalagu malam itu...  - Gambar UTUSAN.

 Apa yang melegakan ialah tiada kelibat penari-penari IB yang berkeliaran
diatas pentas sewaktu persembahan berlangsung. Kalau tidak...

Antara karya  yang paling aku tunggu-tunggu dan berkumandang
ialah Impian Anak Jalanan, Siapa Orang Kita dan Rupa Tanpa Wajah.

Lagu Hati Emas dan Keroncong Untuk Ana meriuh-rendahkan suasana 
bila audien diajak menyanyi bersama.

Selepas dicongak-congak, lagu-lagu dari album kedua Kembara 'Perjuangan',
paling banyak dinyanyikan malam itu iaitu tujuh (7) lagu.

Paling sedikit dari album Hijrah dan Duit. Masing-masing satu lagu.

Barisan pemuzik yang mengiringi persembahan mempamerkan skill yang mantap.

Paling mencuri perhatian ialah Ujang yang bermain drum.
'Ujang main drum... takde dia susah kita' kata M.Nasir sewaktu memperkenalkan
barisan pemuzik pengiringnya dipertengahan persembahan.

Raffi bertindak sebagai pengarah muzik sambil bermain gitar akustik.
Aku perhatikan antara dia dan Ujang saling 'berkomunikasi melalui tangan'
untuk menamatkan sesebuah lagu dan melayan 'penyanyi' didepan.

Masa berjalan tanpa disedari dengan puluhan lagu sambung-menyambung.
Menghampiri pukul 11.15 malam, ketua kumpulan Kembara mengumumkan
konsert menuju penghujungnya.

'Kami nak balik berehat. Esok nak nyanyi lagi', kata Sifu.

Lagu Gerhana dinyanyikan beramai-ramai.
Persembahan yang sepatutnya berakhir disambung gara-gara
penonton yang menjerit meminta 'extra song'.

M.Nasir yang berkemeja putih berkata 'pemuzik saya dah kehabisan lagu',
sambil memerhati barisan pemuziknya disambut deraian ketawa penonton.

Kemudian dia menghampiri A.Ali dan bertanya 'Ada lagu lagi ke?'.
A.Ali berkata ada lagu. 'Kafilah'.

Maka berkumandanglah Kafilah sebagai lagu penutup persembahan 
malam itu dengan jam ditangan menunjukkan pukul 11.30 malam.



A.Ali menyampaikan lagu
'Ada Sepasang Mata'
 
- Gambar UTUSAN.

KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 1
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 2
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 3
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...