(KONSERT... SUKSESSSSS) |
NOTA KEPALA:
ARTIKEL INI DITAIP PETANGJUMAAT,
(21 NOVEMBER 2014)
HARI KONSERT PERTAMA.
TAK DAN NAK 'POST' SEBAB KELAM-KABUT NAK KE I.B.
KES NAK ELAK JEM DAN PARKING...CEH.
Cehh... dah sampai kedestinasi akhir rupanya bicara
album-album Kembara.
1986...
Sempena dengan pembikinan filem Kembara.....Seniman Jalanan (KSJ),
album ketujuh dilancarkan.
Entah boleh dipanggil album ketujuh atau terakhir Kembara atau tidak.
Ini kerana album ini hanya memuatkan empat lagu baru
khusus untuk filem berkenaan.
Selebihnya adalah lagu-lagu dari album terdahulu dan satu lagu dari kumpulan Search yang juga ada kena mengena dengan filem KSJ.
Kulit album pun hanya gambar sifu seorang.
Seolah-olah menggambarkan 'kelangsungan hayat' kumpulan
yang memperjuangkan lagu-lagu rakyat tersebut selepas itu.
Bagi aku album terakhir Kembara ialah album 'duit'.
Album KSJ yang mengandungi cuma empat lagu baru itu boleh
dianggap salah satu dari album-album koleksi Kembara yang
'galak' dipasarkan selepas itu.
Boleh dikatakan aku membeli semua album penuh dan
kompilasi Kembara dari zaman kaset ke CD.
Tapi selepas Kembara melepasi era kegemilangan satu demi satu
semua koleksi dalam simpanan susut satu demi satu.
Ada yang diberi kepada kawan.
Ada kawan pinjam terus ghuyup.
Ada yang hilang sewaktu zaman 'nomad'.
La ni adala dua tiga CD yang dibeli semula.
Berikut sepuluh lagu dari album KSJ...(B=lagu baru)
1. Rupa Tanpa Wajah (B)
2. Siapa Orang Kita (B)
3. Balada Pemuzik Jalanan
4. Duit
5. Sesat Di Kuala Lumpur (B)
6. Di Manakah Dikau
7. Cetak Rompak
8. Balada Osman Tikus (B)
9. Harapan Terakhir
10. Rupa Tanpa Wajah (Instrumental)
SOLO... |
Dua lagu ini, Rupa Tanpa Wajah dan Sesat Di Kuala Lumpur
memang layan jika dimainkan secara solo dengan gitar akustik.
Apalagi jika dimainkan dikonsert. Pehh...
1986...
Aku dah bekerja ditempat baru.
Jawatan yang sama.
Line pun sama,'publishing'.
Masih dizaman cowgum, teknikal pen dan lain-lain sahabat karib.
Amir Enterprise nama majikan yang ketiga selepas
empat tahun berhijrah dari kampung.
Sebuah syarikat penerbitan bumiputera yang kukuh pada waktu itu.
Terkenal dengan beberapa produknya yang terlajak laris seperti
akhbar Mingguan Wanita, Keluarga, Kisah Cinta dan lain-lain.
Allahyarham Pak Harun Hassan, pemilik syarikat kemudian
mengembangkan bisnes dengan menceburi bidang perfileman dan
menerbitkan banyak filem.
Ali Setan antara filem paling popular.
Bermula dari filem Suara Kekasih, kelibat 'sifu' kelihatan mundar-mandir dipejabat.
Beliau diberi 'kerja' menggubah muzik untuk beberapa filem keluaran Amir Enterprise dibawah kendalian anak syarikat, Amircomm.
Bermula dengan filem Suara Kekasih.
Selepas itu filem Rozana Cinta87, Balik Kampung dan Kepala Angin
sifu mencurahkan kreativitinya.
Gitulah serba-sedikit imbauan silam yang ditaip secara langsung.
Kalau nak detail payahle sikit... dengan masa yang ada.
Berbalik pada konsert malam ni (21 nov),
harap-harap berjalan lancar.
Yang tak lancar jalan nak menuju ke IB je.
Tiada lain tujuanku,
Hati emas yang ku cari,
Kisahnya dihujung dunia,
Mengapa tak ku temui...
Gubahan baru dibawah.
Tiada lain tujuanku,
Konsert Hati emas yang ku cari,
Kisahnya diIstana Budaya,
Jalan jem-jem-jem menantiii...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...