Selasa, 31, Mei, 2011.
Rasa nak sarapan merangkap makan tengah hari kat luar harini.
Selaku driver, aku pun taktau nak menghala kemana.
Tiba disimpang tiga Jenaris, mobil dikona kekanan.
Kedai makan kat Tesco masih dalam pengubasuaian... so... menghampiri Saujana Impian,
Bangi menjadi pilihan.
Comfirm... makan kat kompleks PKNS Bandar Baru Bangi.
Satu perkara yang aku sekeluarga suka kat kompleks ni ialah kedai buku ditingkat paling atas iaitu sama tingkat dengan food court tempat nak pi makan.
Pelbagai buku dengan ribuan judul yang menarik ada disini.
Pendekata sekali kami singgah, lama juga masa yang diambil membelek dari satu rak ke rak yang lain.
Lima puluh hingga seratus ringgit memang diperuntukkan setiap kali membeli buku-buku disini.
Banyak dah buku aku sefamily beli kat sini dari dulu.
Lima kurang lima belas minit drive dari Kajang sampai le B.B.Bangi.
Terus celapak naik atas. Makan.
Habis makan, aku melangkah ke kedai buku yang dimaksudkan yang hanya cuma -+ lima belas langkah dua hun dari food court yang boleh tahan masakannya.
Didalam kedai buku.... menjamu mata pada buku-buku yang berada di saf hadapan dulu.
Sampai teliang kepala dok perati judul demi judul.
Apabila mahu melangkah kelorong-lorong dirak yang berbaris-baris itu tiba-tiba anak aku bersuara.
'Ayah... 'Haram Baca Utusan'
Mata aku tetiba terpaku pada salinan fotokopi yang ditampal pada sebelah tepi rak tersebut.
Keratan berita sebuah akhbar tabloid milik sebuah parti politik dan gambar Prof. Dr. Datuk Harun Din jelas terpampang sama. Cantik punya dok lekat. Memang niat sipenampal nak bagi orang tengok.
Setahu aku Datuk Harun Din menafikan membuat kenyataan seumpama itu.
'Saya pun baca Utusan' kata ulama tersohor itu.
Apa pasai berita penafian Dr. Harun Din, dia tak tempek sekali?
Menyirap darah aku tengok.
Mood nak meninjau dan membeli merudum. Seperti merudumnya Dollar Obama dan merudum 'mere dum' hati-hati lelaki melihat Salleh Yaakup berbini ompek.
'Jom pi kedai lain'. Anak aku terpinga-pinga.
Sejumlah sumpah seranah tahap hijau (sederhana) bersimpang-siur dalam hati.
Tak tau la sapa yang tampal. Tokeh kedai ka staff dia.
Tapi aku rasa itu satu tindakan yang 'kureng asam dan kureng cerdik'.
Apasal kureng cerdik?
Mu pikir le sore-sore.
Taukey kedai yang BIJAK tidak akan menampal apa-apa notis yang boleh menghilangkan
selera membeli pelanggannya kecuali notis 'Dilarang Berhutang'.
Tapii...setakat aku takpi sorang, kedai tu tak terjejas pun. ('Tau tak apa' mungkin gitu kata taukey buku.)
Lepas ni, kalau nak beli buku... kat tompek lain le nampok gayonye. Alfa Angle, Wangsa Maju pun cantik gak. Tompek lamo den tu.
Hmmm...alahai... macam tu le Melayu berniaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...