Sabtu lepas 'memotor' pi surau kat rumah.
Surau Ar-Rahman Taman Taming Impian.
Terletak ditingkat bawah Flat empat tingkat.
Kalau azan subuh dilaungkan, tak mangkit... bukan setan kencing kat telinga lagi, dah diberak sekali.
Nak menunjukkan betapa dekatnya dengan kediaman aku.
Biasa menapak je. Tapi kalau rasa macam ada agenda nak kekedai selepas solat, bawa le motor.
Mana tau, motor nanti jadi saksi 'kehadiran' di Padang Masyar nanti. Wallahualam.
Kata ustaz, berjalan kaki lagi bayak pahala.
Bukan le termasuk dalam 'ahli surau' pun. Biasa berjemaah kat rumah. Kekadang lone ranger.
Belum dapat hidayah kut atau lepas pencen baru nak sain jadi ahli. Ceh...alasan.
Cuti sekolah, anak bini balik kampung... so 'arbaei' le teman ompek, limo hari.
Lepas maghrib, pi tangkap satey 15 cucuk.
Balik pekena dua tiga cucuk dengan nasi impit, timun dan bawang sambil melayan berita TV3.
Isyak, start motor pulak.
Kalau nak berjalan dengan rentak Keroncong Untuk Ana mungkin 2, 3 minit.
Kalau fast beat ala Hati Emas mungkin seminit lebih.
Tak ramai jemaah maghrib dan isyak harini. Ada kut 15 orang.
Cuti sekolah, orang balik kampung. Agaknya.
Lepas salam, imam berdoa macam biasa.
Lepas berdoa, imam tak bangun. Membetulkan duduk mengadap makmum dan...
'Assalamualaikum warahmatullah.....' imam meberi salam.
Pantas melintas dalam kepala aku 'kalau bagi salam lepas isyak ni, selalunya ada jemputan
makan kenduri'. Begitulah selalunya. Cantik. Akupun tak makan lagi ni, kecuali satey Kak Mai.
Namun meleset jangkaanku.
Imam menambah... 'Insyallah lepas ni kita buat solat hajat, memohon kehadrat Allah SWT agar
orang yang MEMECAH TABUNG SURAU kita diberi balasan yang setimpal.'
Pehhh... tabung surau pun kena.
Kejadian berlaku diawal pagi menurut satu brader bila aku bertanya.
Aku pun segan nak bertanya lebih, lagu mana penyangak hampeh tu masuk.
Takut kena sound 'Awat! hang polis ka?'
Tapi memang aku nampak mangga @ pedai ayam (utara slang) dipotong cantik punya.
Dunia...dunia.
Kalau duit surau pun kena cilok, apalagi yang lain.
Motor dibawah flat tu dah banyak lesap. Tuan dok atas. Motor dok bawah. Cunnn.
Motor dan kereta didalam pagar pun boleh lesap. Apalagi diluar pagar. Berlaku dua tiga kes.
Sebelum ini Persatuan Penduduk memang mengadakan mesyuarat bagi menangani masalah kecurian
yang bermaharajalela di sekitar Taman.
Solat hajat Perdana juga diadakan tidak lama selepas itu.
Dalam dok solat hajat, dua kereta kena cilok malam MU lawan Barcelona.
Ini mungkin dugaan dari Allah.
Harta benda kita semua milikNYA yang dipinjamkan kepada kita.
Dulu. Dulu la.... masa setahun lebih mendiami taman ini, adala kami semua berjaga malam.
Mula-mula semua ghairah. Seghairah orang politik merebut kerusi.
12 tengah malam sampai empat pagi saban malam. Mengikut shift.
Siap walkie-talkie dan lampu. Bawak kayu.
Jalan pun macam Stallone. Mata liar macam Arnold.
Setiap lorong dijengah. Setiap kereta yang keluar masuk diperiksa. Sekali...macam Polis daa.
Bangga jugak aku. Ya la... orang dok baguih tarik selimut. Enak dibuai mimpi, kita berjaga.
Aku pun taktau sapa la yang mencipta perumpamaan 'Hangat-hangat taik ayam'.
Itulah yang berlaku.
Makin hari makin kurang. Makin kurang dan tinggal beberapa orang at last.
Dari menjaga taman beralih kepada menjaga lorong dan jalan masing-masing.
Balik-balik muka tu... balik-balik muka aku... ahhh... terus baliklah. Tido.
Apa yang berlaku selepas itu adalah sejarah.
Inilah penyakit dikebanyakkan taman perumahan.
Panas hanya sekejap. Itu yang nak join.
Yang tak join langsung pun ramai. 'Aku pedulik hapa'. katanya.
Entahlah labuuuu.
(psstt... masa meting tu aku tak pi... ahad keje de... chehh!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...