Sabtu, 11 Jun 2011

MAT ROCK... berani hang nikah 2 no... ishk...ishk

Isnin lepas gua ado kek Pudu Raya.
Menunggu bas dari utara.
Bas yang membawa isteri gua.
Lama dok tunggu, bas tak kunjung tiba.
Gua naik tingkat atas cari food court daa.

Kena kopi 'mai secawan'.
sambil cari idea persembahan.
Persembahan untuk minggu depan.
Opis gua punya family day first one.
Di PD Ancasa Resort not angkasawan.

Tengah menulis beberapa rangkap.
Handphone berbunyi tergagap-gagap.
Maklumle handphone dah masuk ayaq.
Satu suara telinga menangkap.


Macam pernah dengar suara ini.
Serak basah bercampur kerin'.
otak berpusing semacam gasin'.
Sipemanggil kenalkan diri.


Akula... Mat Rock.
Ceh.. terkajuit berok.
Aku ingat sapa kok.
Rupanya lu mangkuk.


Mat Rock teman serumah.
Di Wangsa Maju kami berkhemah.
Sama Pakya, Ali , Bahaman dan Hasbulah.
Samo sonang sendiri-sendiri susah.


Lamo bonar Mat Rock Menghilang.
Ingat hilang ditelan gelombang.
Kerna Mat Rock suka berenang.
Ombak besar dia 'surf' sorang.
Teluk Intan dia berkubang.


Mat Rock memang peramah.
Kalau bersembang takde lampu merah.
Idea banyak melimpah ruah.
Kena pula regunya Mior dan Asbulah.
Aku disebelah naik mengah.


Orangnya tidaklah hemsem sangat.
Dengan SA...YA... jauh banget.
Tapi bila dia mengayat.
Miss World pun also cayaq.


Malam itu kami berjumpa.
Setelah belasan tahun tak sua.
Restoren mamak Prima Saujana.
Aku, Asbulah, Lan dan dia.


Makan dan minum silih berganti,
Sambil berceriter old timer story,
Zaman jahilliah  mengusik hati.
Ketawa pada diri sendiri.... theheeehiii


Sembang punya sembang.
Terkeluar cerita sorang-sorang.
Cerita Mat Rock yang paling garang.
Bini aku ada dua orang.


Aku dan Hasbulah terlopong  tak sudah.
Mendengar Mat Rock ampunya kisah.
Kami satu pun dah cukup dah.
Tapi Mat Rock dua selambalah.


Masa bujang selalu sengkek.
Pada kengkawan Mat Rock bertenggek.
Ado maso kami pun elek.
Makan megi seminggu direct.


Dulu lain sekarang lain.
Dulu bujang sekarang dah kawen.
Mat Rock pun dah mantain.
Kerja baguih lagi stabil.


Asal usul nama Mat Rock.
Sebab rambut sampai kepungkoq.
Zaman Search, Lefthanded ngetop.
Mat Rock tumpang semangkuk.


Mungkin semua orang taktahu.
Lagu Mat Rock dendangan Search dulu.
Dicipta khusus oleh M.Nasir  the Sifu.
Untuk Mat Rock kawan kami itu.


Mat Rock kamceng dengan M.Nasir.
Sama semeja minum teh tarik.
Cuma bukan adik beradik.
Sorang tinggi sorang pendek.


Malam itu berborak panjang.
Sampai tak sedar tempat bersarang.
Celapae Stesen komuter Kajang.
Kami menghantar Mat Rock pulang.


Apa kejadah ke Stesen Komuter.
Pukul 12 tengah malam be.
Ketapi takde dah tutup kaunter.
Ke Pudu Raya le kami jawabnye.


Di Pudu Raya kami tinggalkan.
Adik dia datang jemputkan.
Ke Damansara tempat tujuan.
Rumah adik dia bermalam.


Dalam kereta aku dan hasbulah.
Bertanya betulkah Mat Rock ada dua rumah.
Macam tak percaya tapi memang sah.
Apo ilmu ekau pakai ontah.


Berani hang kahwin dua,
Kena adil dan saksama.
Kerja kuek ada dua keluarga.
Rezeki lebih cukupkan tiga.
Macam Cik Jamil dan honeynya.
Jangan sampai pegang bendeler.


(ado illustrasi... coming soon)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...