Video tanpa visual diatas adalah lagu ciptaan aku untuk
satu pertandingan. Miki bermurah hati menyumbangkan suaranya.
(Hikayat disebalik lagu ini - Klik sini)
Kahkahkah.... kehkehkeh.... tahtahtah....
Catatan kali ini dimulakan dengan gelak ketawa dulu.
Itu sahabat gua, kartunis Miki sekarang tarak senang duduk.
Berdiri lagi tak senang. Apalagi menyangkung.
Semuanya gara-gara kartunnya yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 16 Jun lalu.
Kartun yang dilukis secara sinikal itu disalah ertikan oleh segerombolan mereka yang tidak
memahami 'APA YANG CUBA@HENDAK DISAMPAIKAN' oleh kartunis senegeri Datuk Lat itu.
Faham atau buat-buat tak faham.
'Gua sekarang makan asyik tersedak je' kata Miki sewaktu minum di warung tikus besar bersebelahan pejabat bersama gua, Maro dan Acai malam kelmarin.
Mana tak tersedak.
Namanya kini menjadi sebutan dan sebatan dari KL hingga ke Kelantan.
Dari dalam blog hingga ke bunting ditepi jalan kartun yang dilukis dalam masa setengah jam itu
diperkatakan.
Pro dan kontra bersilih ganti.
Tapi dalam tersedak itupun, sepinggan mee hailam selesai ditibai sehingga ternampak bekas cucuhan rokok dipermukaan pinggan bewarna oren itu.
'Gitulah nasib kartunis Mikiiii'... sampuk Maro sambil menguis seeekor bapak tikus sebesar lengan Mike Tyson yang selamba lalu dibawah meja dengan hujung kasut kulitnya.
'Tapi.... saing kawe kat Klate royak dio dapak banyak order buat bunting kartun mu Miki'
tambah kartunis Acai sebelum tergesa-gesa masuk kepejabat Kosmo kerana dijerit dari jauh oleh Encik Baharum. Ada page Kosmo yang belum siap agaknya.
Tempias kontroversi kartun Miki itu sebenarnya ada kebaikkannya jugak pada blog ini.
Ramai pelayar diluar dan dalam negara mencari nama MIKI atau KARTUNIS MIKI dalam Google Search. Oleh kerana nama Miki ada dalam blog ini, maka blog ini turut tersenarai dalam senarai pencarian. Dan dengan tidak sengaja depa pun masuk blog aku. Cheh.
Pada petang hari kartun itu disiarkan, Miki ada SMS aku mengatakan kartunnya itu telah menjadi
isu dalam portal Malaysia Kini.
Aku memberitahu Miki 'Bagusle... bukan senang nak masuk portal tu, kecuali ada benda yang boleh dijadikan peluru hidup'.
Membaca kartun Miki secara waras, kita akan dapati ianya bukan dibuat secara semberono.
Kartun itu di hasilkan sang kartunis berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh seseorang.
Tapi yang marah tu tak nak faham.
Biasanya seseorang kartunis menghasilkan karyanya dalam dua kategori.
Pertama dalam bentuk jenaka kosong. Orang baca. Ketawa atau senyum. Tak perlu fikir dan faham macam menonton siri Maharaja Lawak diAstro.
Kedua dalam bentuk sinis. Orang baca. Ketawa atau senyum atau serius. Perlu berfikir dan faham isi kandungan kartun tersebut.
Hanya orang yang bijak 'laksana dan laksamna' sahaja yang faham mengenai kartun itu.
Membaca secara emosional hingga berasap telinga tidak mendatangkan faedah kepada sesiapapun.
Bagi sesiapa yang pernah membaca kartun yang dihasilkan oleh kartunis Zunar tentunya berasa seronok bila kartunis senegeri dan sedaerah dengan aku tu 'membelasah' orang-orang tertentu dalam karyanya.
Kartunis Zunar pun kawan gua jugak. Nak membandingkan dengan beliau, karya Miki lebih lembut you... |
Membelasah tanpa sempadan bak 'ini Wilayah Zunar'.
Zunar bebas berkarya sebebas-bebasnya. Tiada siapa yang akan mengganggunya apalagi
mengangkat sepanduk dan meminta dia bertaubat atau meminta maaf.
Sebabnya? Lu pikiag la sendiri.
Berlainan dengan Miki. Kartun Miki sebelum disiarkan akan melalui tapisan yang ketat.
Bukan sekali air hidung beliau meleleh bilamana karyanya direject oleh boss.
Kena buat balik.
Bukan main jampi, bulih siap.
Pada sesiapa yang marah dengan kartun Miki itu, marahlah dan malulah dengan diri
sendiri kerana tidak faham apa yang tersirat dan tersurat disebalik kartun itu.
Kartunis di Malaysia tidaklah sebodoh yang difikirkan.
Mereka berkarya didalam keadaan sedar dan waras.
Walaupun tidak berketayap dan berserban, hukum agama tidak akan dipermainkan.
Berapa ramai pasangan yang bercerai-berai? Berapa banyak kes sembahyang dua imam?
Berapa banyak perpecahan ummah dikampung-kampung? Berapa punya berapa punya berapa?
Ini kerja kartunis ke?
Bukan.
Kerana kartunis masih dapat membezakan yang mana satu kayu dan yang mana satu besi.
Kerana mereka tahu yang mana satu PS1 dan yang mana PS3.
Teraju-teraju utama majalah KAWAN keluaran Feb, 1996. Karikatur dilukis oleh kartunis MARO. Yang mana satu MIKI? |
caya lalu kembara.. gambau miki gua x perasan tapi gambau pak su gua tengok ado terselit kat situ... huhuhuuu
BalasPadam...itu rambut busar ada.. anuar ada...
BalasPadammanyak terkonal la lopeh nie kawan bro... macam main mercun C4 laks ... Daudsu pun tak seglamor nie ... leh la pakai bodyguard lopeh nie ....
BalasPadam