Bergambar sebelum sukaneka. |
Minggu lepas iaitu dari 17hb hingga 19 haribulan Jun, keluarga besar MEGA berkampung di Ancasa Allsuites Resort and Spa, Port Dickson.
Resort yang terletak sepelaung dari Pantai Teluk Kemang itu menjadi pilihan daripada beberapa tempat yang dicadangkan kerana kemudahan yang ditawarkan dan yang paling penting, dekat.
Dekat KL. Boleh memandu sambil menguap tiga ompek kali. Sampai.
Walaupun dirancangkan dalam masa yang boleh dikatakan singkat, alhamdulillah berkat kerjasama
semua petugas MEGA, ianya menjadi kenyataan.
Pengarang MEGA, Encik Aznan selaku mastermind dengan bantuan ketua-ketua meja hiburan, keluarga, agama, sains dan anak-anak buah depa berjaya mendapatkan banyak tajaan sekaligus merealisasikan hari keluarga sulong ini.
Banyak pihak bermurah hati menjadi penaja dari sekecil serbuk pencuci hingga sebesar hadiah utama iaitu 'Pakej Umrah'. Peh... sapa dapat tu?
Pendekata kami semua kesana cuma membawa diri, kereta dan pakaian saja daa.
Terima kasih daun keladi dan bermacam-macam daun lagi.
Sewaktu aku di Unit Majalah diTaman Shamelin Perkasa sekitar 1996 hingga 2002 dulu, Unit Grafik
pernah mengadakan dua kali Hari Kreatif. Ada persamaan antara keduanya.
Persamaan antara kedua 'Hari' ini ialah 'keperitan' untuk membuat persiapannya.
Mencari masa terluang memang sukar. Kerja mesti didahulukan.
Dateline @deadline penerbitan akhbar dan majalah mesti dipatuhi.
Tugasan kerja yang diberi boss perlu dibereskan. Tugas sebagai AJK Hari Keluarga perlu dijalankan.
Jadi, pandai-pandai le meng'adjust'nya. Yang penting siap.
Gitulah cabarannya.
Last meeting bersama Che Nan bagi memastikan semuanya okay. |
SELASA/RABU/ KHAMIS: 14/15/16.06.11
Dimarkas MEGA. Timbunan hadiah-hadiah pelbagai saiz sumbangan penaja yang menyempitkan ruang laluan mula disusun, dibungkus dan diagih-agihkan dalam pelbagai kategori.
Hingga kesaat-saat akhir, sumbangan hadiah masih diterima dari penaja. Meriah wa cakap lu.
Senarai acara sukaneka dan peserta pertandingan karaoke telah dimuktamadkan.
Yang terlibat dengan persembahan penutup mula menjalani latihan dengan jadual kerja yang ketat.
Kami perlu menyiapkan dua keluaran MEGA untuk hari isnin dan selasa bagi membolehkan bercuti pada Ahad. Sambil siapkan page sambil training menyanyi. Cheh.
2 plus 1. Sambil buat page sambil menyanyi. Masa kian suntuk beb. |
'Itu gitar kasi tune dulu...' kata aku. Boss sound ... 'Itu kerja kasi beres dulu'. |
Uzeir sedang menggoreng solo lagu 'Pasir Roboh di Wakaf Che Yeh' in C minor ... walhal lagu ni tak masuk senarai persembahan. |
Ini bukan Ana Rafalli. Ini Ana Geelisstika. |
Muka-muka tension. Kerja tak siap lagi. Nak prektis tak cukup kaki. |
AJK hadiah sedang menyusun atur hadiah untuk dibawa ke PD. |
Hadiah-hadiah dibawa ke PD menggunakan lori pada pukul 10 pagi.
Kebanyakkan hadiah-hadiah berskala besar seperti Peti ais, mesin basuh,air cond dan bbeberapa bijik TV LCD tidak dibawa. Hadiah disediakan dalam bentuk mock-up.
Ada juga hadiah yang perlu dituntut sendiri pemenang kepada pihak penaja.
Kakitangan yang tidak bertugas dan telah menyiapkan kerja mula bergerak.
Tinggal sebilangan kecil petugas yang masih ada dipejabat untuk memastikan sisipan MEGA siap untuk proses cetakkan diBangi.
Duit minyak pula disponsor oleh BHP dengan voucer 50 hinggit. Nak masuk Petronas tanggung sendiri.
Menjelang tengah malam, semua petugas sampai di Ancasa, PD.
Sebaik sampai disana, pendaftaran dilakukan.
Kemudian peserta diminta mencabut tiga kali 'lucky draw'.
SABTU : 18.06.11
Selepas sarapan semua turun kepadang untuk acara pertama Hari Keluarga, sukaneka.
Tua, muda, kecik, besaq, jantan, pompuan semua ambil bahagian.
Biasala sukaneka. Acara pun biasa-biasa saja. Berbagai adegan dan tragedi dapat dilihat.
Dibahagikan kepada empat kumpulan. Masing-masing pulon habis.
Kumpulan A menang.
Aku sampai la ni sakit kaki kiri gara-gara acara terompah gergasi. Kes silap kona. Kalah pulak tu.
Menjelang 12.30 tengahari sukaneka berakhir.
Makan tengahari menyusul dan acara bebasssssssssss pun bermula.
Bebas untuk tidur, berendam dalam kolam dan mengambil angin dipantai.
Bawa bola pimpong sambil menari jaipong. |
Berebut kerusi dengan irama cha-cha. |
Empat sekawan berendam dalam kolam. |
Kontrol.... macam takde apo-apo... walhal tengah menahan kesakitan gara-gara 'terompah gergasi' bersamo Udin n company. |
Lari dalam guni. Dalam guni patut diletak lipas, baru laju sikit. Adik berbaju putih tu le yang juara karaoke, anak ustaz Razi. |
MALAM KEMUNCAK - SABTU - 8.OO MALAM - 12.30 MALAM
Majlis bermula sejurus ketibaan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak.
Diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Razi dan makan malam bermula.
Oleh kerana mempunyai urusan di Melaka, Datuk Aziz tidak dapat 'berlama' dengan majlis MEGA.
Namun sebelum meninggalkan majlis, beliau diberi penghormatan memotong kek sempena Hari Bapa sumbangan Ancasa Resort. Beliau sempat juga mencabut dan menyampaikan hadiah kepada lima pemenang pertama 'lucky draw' dan pemenang utama sukaneka.
Majlis kemudian diteruskan dengan pertandingan karaoke dan diselang seli dengan cabutan bertuah.
Semua orang dapat hadiah. Paling cikaipun, dapat empat hadiah termasuk tiga hadiah sewaktu pendaftaran.
Seramai ompek belas peserta karaoke mengambil bahagian terdiri dari staff MEGA dan ahli keluarga mereka.
Mula-mula aku rasa nak amik bahagian jugak. Tapi setelah melihat senarai lagu-lagu yang depa pilih... terus tak jadi. Ngeri ooo. Tumpuan aku pada persembahan akhir sahaja.
Ada yang OK ada yang KO. Ada yang off key, ada yang keylaut. Macam-macam.
Janji keluar suara. Janji berani naik pentas.
Hadiah pertama lumayan jugak. RM300.00. Boleh dapat sebijik bateri kereta tu.
Kedua RM200 dan ketiga RM1OO. Okayle tu.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan pentas bagi memberi masa pada juri karaoke bersidang.
Kami mendendangkan lagu 'Kalau Berpacaran' dan 'Berdikir Barat' dan men'sumbang'kan lagu Kopratasa, 'Permata Untuk Isteri' sebagai lagu kedua.
Dek kerana ramai kat belakang tu, aku pun asyik tersalah tekan kod.... berpeluh pun ada.
Habis persembahan. Legaaa.
Juri akhirnya memilih anak ustaz Razi sebagai juara karaoke. Gee (grafik) kedua dan wartawan hiburan Syazrin ketiga.
Sebelum majlis menutup tirai, tiga hadiah utama dicabut oleh Encik Ahmad Hamid, Penolong Pengarang Utusan Malaysia.
Hadiahnya agak lumayan dan menjadi impian semua seperti set ruang tamu, sistem teater umah dan pakej Umrah.
Hilang sakit kaki aku gara-gara terompah gergasi pagi tadi bila majlis berakhir. Alhamdulillah.
Bergambar bersama Cik Mat di akhir majlis. |
Lagu 'Kalau Berpacaran' bergema diseluruh dewan. |
Sohaimi ManHassan sedang mengiringi 'Ana-ana Megali' dengan gitar akustik yang dibeli di Yamaha Music Metro Kajang hasil honorarium kartun Mat Insun Blues. |
Kalau Kopratasa tengok cara bebudak ni menyampaikan lagu depa, mau dibalingnya aku dengan cangkul. |
Acara bebas. Selepas bersarapan semua buat hal sendiri.
Aku singgah sat dipantai Teluk Kemang. Bebudak nak main pantai.
Depa nak mandi tu, tapi aku buat dek jer. Semalam mata dah merah main kolam.
Mana boleh. Esok dah nak sekolah.
Setengah jam disitu, kemudian terus gerak ke Kajang.
Lagipun gitar ada kat bonet belakang. Panas. Jadi keropok kang... naya.
'Apala ayah aku ni... nak merasa mandi laut le pula pun tak leh...' Agaknya itulah kata anak gua. |
Bersarapan diwaktu kecederaan sebelum berkemas dan balik. |
ado gosip paneh bertiup kencang mengatakn yg lu mnang cabutan bertuah g umrah.. caya la kembara.. pssstt!! jgn lupo doa2kan la gua kt sana dapek kawin ompek.. hahahaa...
BalasPadamalhamdulillah... insyallah.... masyaallah....
BalasPadam