Isnin, 12 Disember 2011

DAULAT TUANKU


Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah
Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah



SEBAGAI anak jati Kedah, aku pun tumpang
bangga dengan pelantikkan Baginda menjadi
Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14.

Sewaktu Baginda ditabalkan sebagai
Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975)
aku baru berusia lima tahun.

Bila usia Baginda bersemayam diatas takhta memasuki dua penggal
pada 1972, aku baru menjengah alam persekolahan.

Dari situ aku mula mengenali Sultan.
Bukan kenal secara peribadi tapi dari nyanyian
lagu rasmi Negeri Kedah setiap perhimpunan pada pagi Ahad.




Baginda diputerakan pada 28 November 1927 di Anak Bukit,
Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim dan
merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini)

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas,
 iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.
  
Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong
antara September 1965 dan September 1970.

Sewaktu ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, 
baginda berusia 43 tahun.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah ayahanda saudara baginda.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kemudiannya
menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada
timbalannya ketika itu iaitu Tun Abdul Razak.
Tunku Abdul Rahman merasakan
beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.





Pada November 2006,
Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai
Timbalan Yang di-Pertuan Agong,
bermula Disember 2006 hingga Disember 2011.

Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali,
selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan
dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.
  
Pada 12 dan 13 Oktober 2011,
Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan
bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai
Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.

Uniknya, sewaktu Baginda menjadi
Yang di-Pertuan Agong (1970 - 1975),
Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Kali kedua Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong,
Anak Tun Abdul Razak, pula menjadi Perdana Menteri.

Kuasa Allah.

Semuga bumi Malaysia akan terus diberkati-NYA
selama Tuanku memegang tampuk pemerintahan
tanah tumpah darah kita ini.

... DAULAT TUANKU ...



TUANKU Sultan adalah pencetus semangat
skuad hijau kuning.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...