Skuad Piala Malaysia Pahang@PDM membuktikan keunggulan mereka apabila menjulang Piala Malaysia musim 2014.
'TENDANGAN penalti umpama bermain loteri'... begitu kata jurulatih pasukan JDT, B.Hodak.
Namun bermain loteri tidaklah sepenat bemain bolasepak.
Tewas dengan tendangan penalti memang menyeksakan. Sedangkan deretan peluang untuk bola menerjah jaring terhidang disepanjang 90 minit permainan.
Itulah bolasepak.
Lebih malang, anda satu-satunya pemain yang gagal menjaringkan gol penalti.
Kegagalan yang membuatkan nama anda meniti dibibir penyokong untuk satu tempoh yang lama.
Mat Yo bukanlah satu-satunya pemain yang gagal menjaringkan gol dalam penetuan sepakan penalti.
Dan Mat Yo juga bukan satu-satunya pemain yang mengambil sepakan terakhir dan gagal memperdayakan penjaga gol dalam situasi bola mati dan diperhatikan satu stadium.
Ramai pemain ternama dunia yang bernilai 'million dolar' pun pernah merasai kekecewaan tersebut walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol.
Itulah bolasepak.
Suka. Duka. Saspen. Tekanan. Silih berganti.
Teringat zaman persekolahan dulu, penulis juga pernah merasai dua kali permainan yang berakhir dengan sepakan penalti.
1977... Penulis didalam darjah enam. Pertandingan bolasepak antara sekolah-sekolah kebangsaan peringkat daerah Pendang diadakan.
Penulis bermain sebagai midfielder.
Perlawanan pertama dipadang SK Bukit Jenun menemukan sekolah penulis, SK Bukit Genting berentap dengan SK Pokok Tai.
Kami berbasikal. Diulangi... kami mengayuh gerek@basikal dari sekolah kami ke venue perlawanan yang jaraknya lebih kurang 5km.
90 minit bertarung. 0-0. Tambah masa pun tiada gol terhasil. Penalti le, apalagi.
Dukdag...Dukdag. Saspen bercampur gelabah.
Penulis antara lima rakan yang diarah guru mengambil sepakan. Alhamdulillah. Kami menang 4-3.
Perlawanan kedua minggu berikutnya menentang SK Tanah Merah. Pun sama. Penalti juga.
Samada striker dua-dua team 'hampeh' atau defender kedua-dua team kebal tak taule. Yang pasti, kami sudah all-out.
Alhamdulillah. Kami menang dengan pengambil sepakan yang sama. 4-3 juga.
Minggu ketiga. Lawan kami lebih gagah dan kental kali ini iaitu SK Bukit Raya. Kami kena belasah 7-2. Letih mengayuh basikal antara puncanya tu... ceh. Theeheeheee.... Sejarah lama.
Tewas menerusi sepakan penalti lebih baik dari kalah lambungan syiling.
Manakala kalah dalam masa 90 minit lebih baik, kerana ditanggung oleh satu team berbanding kalah penalti. Kena pula anda senasib dengan Mat Yo.
Itulah bolasepak.
Berbalik kepada final minggu lepas. Telahan seorang rakan kepada penulis tepat.
Udin, asal kelurahan Jubakar, Kabupaten Tumpat, Kelate merupakan penyokong tegar TRW.
Beliau meramalkan perlawanaan sepenuh masa berakhir seri 2-2. Sepakan penalti pula akan menyebelahi Tok Gajah.
Tahniah Udin. Nanti kawe belanjo sup Ali power Kaje. Maro dan Miki bayor.
TAHNIAH PAHANG. TAHNIAH JDT.
|
UDIN, berbaju hitam menyorok dibelakang lelaki berbaju putih.Gambar dirakamkan di Pekan Takbai, Thailand sekitar 90-an. Difahamkan lelaki-lelaki didalam gambar ini adalah pelarian politik dari selatan pergunungan Sinerama.
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...