Khamis, 6 November 2014

AKHIRNYA... 3

21-23 NOVEMBER 2014
ISTANA BUDAYA

BAYI sulung kumpulan KEMBARA lahir pada 1981.
1981... hmmm aku ditingkatan ompek@4 tu, disekolah Menengah Guar Cempedak @ SMGC.

Dari rumah ke SMGC dan sebaliknya aku menaiki basikal dan bas. 
(BACA DISINI - SMGC)

Sebelum pulang ke rumah aku di Kampung Baloh, aku biasanya akan singgah
dirumah sepupu aku (Mat Sapag Man) di Kongsi Lima Su Poh Estate.

Sedikit sejarah tempatan. Kongsi Lima... bukan sebuah kumpulan samseng kebun.
Tapi sebuah penempatan pekerja-pekerja ladang getah.

Disinilah tempat lahir, membesar, bermain, berguling  dan meretau.

1980, kami berpindah ke Kampung Baloh.
Kata orang tua... 'Tompek jauh lagi dikenang. Inikan pula tompek mengubang.'

Tempat transit la konon.
Penat ooo mengayuh basikal.

Dirumah sepupu aku biasanya ada dua acara wajib yang aku buat.

Pertama, kedapur menyelongkar periuk. Lapar beb...
Ada pulak gulai lemak ikan. Peh... tak kasi can punya.
Kena pula rempah giling air tangan Njang Nab.

Kedua, layan lagu.
Dirumah aku takde Kaset player. 
Jadi dirumah Mat Sapag la aku melayan kehendak telinga.

Antara lagu favourite yang selalu dimainkan ialah instrumental 'Jangan Lama-Lama.'
Petikan gitar lagu Sweet Charity itu memang mengasyikan.

Bila Kembara menerjah pasaran muzik tempatan, beberapa lagu
kumpulan yang dianggotai tiga seniman berbakat tersebut menjadi hit.

Sebenarnya semua lagu aku suka.
Tapi radio waktu itu dok balun tiga, empat lagu je seperti Hati Emas, Lagu untuk Seorang Ibu, Senandung buruh Kasar dan Ekspress Rakyat.

Tapi lagu Hati Emas menjadi pilihan.

Petikan gitar  A.Ali, susunan muzik dan lirik yang ampuh serta vokal yang harmoni menjadi pakej terbaik untuk dinikmati walaupun didengar menerusi kaset player
cap ayam yang dibeli dipekan Guar Cempedak.

Sampai naik kendur la tali kaset tersebut aku lanyak
Almaklumlah 'kaset cap lanun'. (Mat Sapag sekolah lagi, fulus yelek)

Maka bermula dari era Hati Emas pada tahun 1981 hinggalah sekarang 
kumpulan Kembara mekar mewangi dihati. 

2014....
Kongsi Lima Su Poh Estate tidak lagi seperti dahulu.
Pepohonan getah 'merampas' rumah-rumah. 

Yang tinggal kini cuma Ah Kau dan trekta gajah.

Mat Sapag pun dah lama berpindah.
Kaset pun dah pupus dah. 

Namun Kembara masih terus mengembara walaupun 
berbagai 'transformasi' dialaminya.

Irama Kembara akan terus bermaharajalela kerana sipengkaryanya punya jiwa.

Jumpa di IB bro ya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...