Sabtu, 14 Mei 2011

Jumpo kengkawan lamo di kendorey Meor

Dari kiri: Don, Ali, Nan Ungai (berdiri) dan aku.
Antara tetamu yang paling awal sampai.


Kendorey sahabat lamo ambo, Meor dah dua minggu berlalu.
Meor pun bertambah lego nampaknya.
Aktiviti memancing pun kembali meriah.
Nantila.... bila free gua dan asbullah join lu memancing.
Kalau tak dapat ikan jangan marah.
Mengikut pengalaman gua, jarang gua dapat lebih dari seekor.

Berbalik pada kenduri pada Hari Buruh tu,
gua sekeluarga berangkat mencemar highway Cheras-Kajang pada kul 8.30 pagi.

Mula ke Puduraya menghantar sepupu isteri balik Kampung.
Selepas memastikan beliau berada didalam bas, 9.30 pagi kami chau.

Dari Puduraya, yang serba baru itu, gua berpusing macam gasing
mencari jalan yang sesuai ke Seri Gombak.


Dari kiri.... Ali and son, Megat,
gua, Meor, Siso and son dan Don. Brader berbaju biru kat
belakang tu, aku tak tau sapa.


Akhirnya Jalan Tun Razak dipileh.
Humang aiiii. Bermulo dari Bulatan Kampung Pandan
hingga ke bangunan Tabung Aji 'sosak gilo 'pandikuti'.

Dokek sojam kereto borgorak perlahan.
Ropenya ada 'macha-macha' dengan satu lori kocik
baguih dok repair jalan.

'Malam bikin la brader', jerit gua dari dalam kereta.
Nak sound kasi dia dengar takut disimbahnya tar panas
kat muka gua macam orang gilo yang dok simbah asid la ni.

Trafik berjalan lancar selepas itu.
Lamo bonar tak ke Seri Gombak.
Hampir sepuluh tahun.
Melilau juga mencari lokasi kenduri yang terletak
dipuncak Seri Gombak fasa lapan.

Hampir pukul satu... sampai.
Bau gulai kenduri menusuk hidung.

Tuan rumah yang segak berbaju melayu,
sibuk menerima dan melayan tetamu.

Selepas menjamu selera dan
pekena dua gelas teh tarik yang
sedap itu kaki melangkah
ke meja rakan-rakan
yang telah lama tidak bersua.

Ada yang hampir 15 tahun tak ketemu.
Susuk badan banyak dah lari terutama perut.
Alignment dan balancing out.
Timing belt pun nak kena ganti.
Kepala pun nak kena tukar minyak hitam, dah beruban sikit.
Tapi lawak tetap macam dulu.

Ingat nak stay sampai lewat petang,
tapi memandangkan ado bawak penumpang,
menjelang 3 petang terpakso den pulang.

Panjang umur jumpa lagi.



Aida sekeluarga, Kak Lin dan anaknya serta my wife.

Sebelum berpisah, bertukar no hp dulu...
Kak Shimah berbaju kurung coklat. Hampir 20 tahun tak jumpa...

Bertanyakan khabar.  Budak pompuan bertudung merah
dah tensen nak balik, tapi bapa dia buat dekkkkk je. Kehkehkeh
Bukan senang berkumpul begini.
Bila berpeluang berjumpa, banyak le ceriteranya.
Budak pompuan dikiri tu dah menjeling bapaknya yang sibuk
mengambil gambar.

Kak Shimah, Aida dan Pakya berborak dengan
jurugambar veteran, Yuspa (baju biru). Yuspa pernah
menjadi freelancer photographer sewaktu aku
bertugas di majalah LIGA diTaman Keramat sekitar tahun
1983-1984. Ni baru jumpa...
 
Khalid, Aina, Aida, Kak Lin dan my wife. Semua dah lepas makan.

Meor sibuk memberi penerangan kepada Hasbullah yang
tersesat jalan hingga ke Gong Badak.

Kak Lin, Mazlita, Sofiya, Akmar dan Shakirah.

Pengantin baru berjalan menuju kesingahsana.
Gua, Armus, Siso n son 

  
Antara yang hadir. Dari kiri Hasbulah tiga beranak, Ali, Nan Unggai,
Siso, Armus, Don, Kak Lin, Kak Zah dan Meor.
Duduk... Abang Wan (baju merah)
Megat, Gue, Pak Ya dan Abang  M. Jusof Taib.
- gambar dari pesbok Megat/Pakya
Tuan rumah happy, ramai kawan maghi.
- gambar dari pesbok Megat/Pakya

'Kalau korang nak tau, ni le pengganti Osama' kata Nan Unggai
pada kengkawan yang lain. - gambar dari pesbok Megat/Pakya

Bergambar dengan Pengantin. -gambar dari pesbok Megat/Pakya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...