Sabtu, 14 Mei 2011

D'LLOYD ... semalam di Malaysia


Cover album D'lloyd 70-an.
Rambut panjang. Seluar BBottom.


Sekian lama menikmati alunan irama D'lloyd melalui radio, kaset dan CD sejak dibangku sekolah, akhirnya sabtu lepas (7 mei 2011) aku berpeluang menontonnya secara live di Istana Budaya.

Abang sulung aku membeli piring hitam D'lloyd sewaktu aku didarjah tiga. Dan bermula dari situlah, lagu-lagu kumpulan yang kini mencecah usia 43 tahun menjadi kegemaran.

Depa ada 50 album. Bayangkan le ada berapa banyak lagunya.

Tak pasti le samada keseeeemua lagu-lagu mereka aku pernah dengar.
Yang pasti mana-mana lagu mereka yang pernah aku dengar, aku suka.
Nak citer lagu mana yang pebret pun susah.


Bukan saja lagu, gubahan muzik, bunyi yang lahir dari setiap 
instrumen memang perfect dan very nostalgic.

D'lloyd yang ditubuhkan pada1968 pernah mengadakan persembahan sulung mereka
di Stadium Negara pada 1978.


1968... aku baru berusia 3 tahun. Keh keh keh...
1978... aku di tingkatan 1. Tah tah tah...


Pada tahun 90'an mereka sekali lagi bertandang ke Stadium Negara.


Tiada kesempatan untuk menonton dek kesibukkan dan takde kaki dan tiket pree.


At last.... dapat juga kali ini menontonnya. 


Perancangan nak menonton D'lloyd ini tercetus bila terpandang poster konsert mereka sewaktu menonton konsert Raja Pop Jamal Abdillah bersama Miki beberapa bulan dulu.


Dengan pantas, aku membooking tiket dari Hasnurul yang berstatus Penolong Pengarang Hiburan Mega.


Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu dapek le duo koping. Syukur.
Makaseh Kak Lin dan deputinya.


Cadang nak mintak ompek koping.
Kalau boleh nak angkut 'D'lloyd Wakaf Mek Jenab' dan 'D'lloyd Gomenceh' sekali.
Tapi Hasnurul cakap "Banyak cantik muka hang, suruh diorang mintak sendiri".


Akhirnya aku ajak 'D'lloyd Taiping' je ler.



D'lloyd Taiping memberi tumpuan sepenuhnya kepada persembahan
penari-penari Istana Budaya berbanding D'lloyd Indon. Ceh.


Ceh! Miki tertidur


Hari yang dinanti-nantikan pun tiba.


Plan asal nak berangkat kul enam waktu greenwich dua darjah diatas garisan khatulistiwa.


Bukan apa, sampai awal nak parking pun senang dan yang lebih penting
dapat pekena teh tarik kat cafe IB diluar tu yang boleh tahan kick nya.


Tapiiii... tu laaa.


Lima setengah aku dah siap. Pi amik anak aku yang balik dari rombongan sekolah melawat FRIM di Kepong.


Balik umah takde tanda-tanda Miki dah ready.


Call punya call punya call punya call tak berjawab. Ah sudah.
Aku dah start menyanyi lagu Sweet Charity... Jangan tak jadiiiii....


6.45 member baru return call. 'Alamak.. sorry bro, gua tertidur'.
Aku dah agak. Makan terlebih ni.


Tengah hari tu, jiran sejalan dan setaman ada buek kenduri akikah dan cukur jambul.
Jadi kami belasah kari kambing secukup rasa.


Mungkin sebab tu le agaknya boleh tertidur tu.


Sudahnya kul 7, baru kami bergerak dari Kajang.

SAM mengembalikan nostalgia aku...

Jalan tak jem.... tapi... salah jalan plakk


Nasib baik line clear.
Trafik dari Jalan Lok Yew ke Jalan Kucing cantik. Dok line kanan punya pasai termiss Jalan ke PWTC dan Jalan Pahang.


Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kereta makan angin le kita.


Pusing punya pusing punya pusing terjumpa tol highway Duke di Sentul Utara.
Singgah Maghribi. Kat pukul 8.


Ada simpang ke Jalan Pahang didepannya. Nasib baik.
Jalan punya jalan punya jalan sampai ke Setapak.
Dibawah kelajuan cahaya, kereta dipecut memasuki tasik ttwangsa.


Tepat 8.15 kami selesai parking ditepi jalan IB. Fuhh legaaa.




Bang Mad dan Sam berduet menyampaikan lagu Khayalan Penyair.


Old timer @ otaii


Memenuhi ruang legar dan dihadapan pintu masuk IB, ramai peminat dan pecandu D'lloyd yang sudah berusia 40 tahun keatas. Seperti tidak sabar untuk memasuki dewan.


Masing-masing berpenampilan kemas dan segak. Inilah generasi yang membesar dan penuh nostalgia silam bersama lagu-lagu D'lloyd.


Tak nampak pulak kelibat pemuda-pemudi warga Indonesia disana. Mungkin kalo distadium yah dateng. Agaknya le.



Vokal mantap, muzik sodap. Enjoy banget.
 Show time


Konsert ni start ari jumaat. Jadi... malam kedua le kami tengok ni.


Tepat kul 8.30 show bermula...


Datuk Ahmad Jais membuka tirai persembahan dengan  dua lagu hitsnya sebelum kemuculan D'lloyd. Kemudian dua lagu lagi bila D'lloyd berehat. 
Datuk Ahmad Jais dan Sam kemudiannya berduet menerusi lagu Khayalan Penyair, antara lagu yang aku minat dendangan asal S. Effendi ketika konsert menuju kepenghujungnya.
Power lagi suara orang lama ni. Key lagu dia dahle tinggi.

Orkestra atau mini orkestra dikepalai S. Atan memang mantap.


D'lloyd muncul diatas pentas dengan mendapat tepukan gemuruh.
Lebih gemuruh dari sorakan kumpulan Bendera.
Memilih  lagu Keluhan dan rintihan sebagai lagu pertama.
Peh... lagu ni aku didarjah ompek rasenye.


Kesemua lagu yang didendangkan D'lloyd tak perlu diulas rasenya... 
Aku enjoy dan akupun tak catit listnya. Khabarnya setiap malam senarai lagu berbeza
dari malam sebelumnya.


Suara Sam masih ok walaupun sudah berusia 65 tahun.
Petikan gitar utama oleh Barje Van Houten yang sudah melewati usia 61 tahun masih power. Ketukan drum oleh Chairul Daud pun masih steady.


Ni le tiga anggota asal D'lloyd yang masih tinggal. Yang lainnya telah tiada dan digantikan dengan anggota baru yang power juga.



D'lloyd Pendang tertidur bila Yuyun mensumbangkan lagu 'Kau Laksana Bulan'.
 Kasi blogger Penanggah menyanyi lagi okay apa.

Potong Stim


Walaupun konsert ini berjalan lancar dan menghiburkan namun agak kureng puas bila D'lloyd berkongsi pentas dengan Bang Mad.


Bang Mad bagus. Tapi aku nak tengok D'lloyd semata. 


Lagi satu Yuyun
( khabarnya bersaudara dengan pereka grafik akhbar Kosmo, Yultawati yang mahir bermain PS5)
pemain flute D'lloyd pun tumpang semangkuk menyanyi.
Lagu P. Ramlee pulak tu. Dah tu dua tiga lagu pulak tu.
Aku nak tengok dan dengar Sam nyanyi je.


Lagi satu yang paling aku semak perut ialah kemunculan penari-penari IB bergencok
diatas pentas. Mengganggu tumpuan tul. Tapi D'lloyd Taiping kata tak ganggupun.


Yang lain tu semua okeyyyyyyyyyyy.





Kapan jumpa lagi... kecuali sudah dikapan.


1 ulasan:

  1. miki.. lu memang tak bleh blah.. ingat masa meeting jer lu leh tido.. ruper2nyer saat2 genting ni pun lu bleh tido..

    BalasPadam

...angin barat gambar solo...