Ilham lagu ini tercetus sewaktu aku bekerja di Pustaka Delta, sebuah syarikat penerbitan buku sekolah diPJ sekitar tahun 1992 dahulu.
Masa ni aku dok diWangsa Maju. Berulang la tiap hari menaikki dua bas seawal 6.30 pagi.
Dari WM, amik bas Len Seng ke Chokitrod. Lepas tu berebut macam ayam nampak nasik celapak naik bas mini no 38.
Kalau bas 38 lambat dan memang hampeh lambatnya kenala naik bas no 27 yang destinasinya ke Sungai Way. Lagi lenguh kaki berjalan.
Turun di Asia Jaya. Menapak kepejabat dari bus stop kepejabat nun dihujung dunia hampir 1 km. Dihujungnya jalan mati.
Pernah aku basah 'lokoih' dek ujan. Abis... nak berteduh takde tempat.
Haa... dalam perjalanan kepejabat kepunyaan Mr Lim ni le banyak idea datang mengetuk-ngetuk jiwa dan menumbuk-numbuk kepala.
Menyusuri jalan tar yang dikiri-kanannya ada berbagai premis perniagaan dari bengkel Bas Sri Jaya hinggalah kekilang cat, melodi lagu ini bermain-main, menari-nari dibibir.
Bermula dari serangkap dua, melodi ini beranak dan akhirnya mencecah 8 atau 9 bar jika ditulis atas garisan melodi. Almaklumlah hari-hari dok mengulang benda yang sama.
Akhirnya dengan izinNYA... lagu ini berjaya disiapkan walaupun terdapat pelbagai kelemahan dan kekurangan dari beberapa sudut.
KOMPOSER
Sewaktu TV3 menerbitkan rancangan 'Komposer' disekitar 90'an dulu, akupun 'tompang semangkok'.
Ada beberapa lagu yang aku kirimkan. Tapi takde Hasil.
Masuk musim ketiga atau keempat rancangan ini berjalan, aku mencuba lagi.
Melalui seorang rakan yang bertugas distesyen tv berkenaan, aku minta beliau serahkan lagu ini kepada
penerbitnya. Bukan minta rekomen. Cuma tolong kasi 'byhand'.
Dua tiga minggu kemudian, sahabat tadi memulangkan semula lagu ini kepada aku. Apa kes?
Rancangan berkenaan ditamatkan siarannya.
Apo nak dikato?
---------------------------------------------------------------------------------------------
PULANGLAH
Jika bencana terusan melanda
dan insan resah gelisah kemana arah
lalu bertanya sesama mereka
mengapa apa sebabnya oh... huru hara...
Usah berpura dan usah gulana
kitalah punya angkara semua sirna
dan kini tiba pembalasannya
surami seluruh maya oh... terimalah
Telahpun kita berulang diingatkan
menapis tingkah nafsu nista
tidak melanggar batas kemanusiaan
tak mengira siapa jua...
Padamu insan usah kelemasan
mengejar syurga dunia
Oh... sementara....
Hallo taukey... tanya sama itu hud-hud lang mensilang kui mengsikui, keana dia yang terbangkan aku kemari.... |
Setiap detik alam kita cemari
paksinya susut demi haridan atas nama kemajuan duniawi
moraliti terketepi...
Andai terlajak dan segera sedar
pulanglah ketitik asalnyaOh... pulanglah...
Pulanglah... kita kettitik asalnya
Pulanglah... semua ketitik asalnyaOh pulanglah...
Oh Pulanglah...
Oh pulanglah...
KN1500 Technic
Wangsa Maju
1998Wangsa Maju
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...