Khamis, 24 Februari 2011

LOGHAT KEDAH KLASIK - SIRI 2-A


A

ACI =  tak  boleh @ tak kira @ tak patut   

Contoh ayat:
1. "Tak aci la main macam ni." bantah Hosni pada Gadafi yang mengunakan pistol
betul semasa bermain perang-perang ala combat.
2. "Mana aci lagu ni... kami bertujuh je." Bantah Mubarak pada team Kampung Egypt, Muammar
yang membawa bersamanya 25 pemain dalam liga  sebelah 7.

ACI = sejenis permainan 'sorok-sorok'

Contoh ayat:
1. "Jom kita main aci." Azman mengajak rakan-rakannya yang turut sama ponteng belajar silat gayung Libya.
2.  "Kita main aci nusut@ (sorok) nak?." Ajak Nazri pada guru kelas lima manggis, Cikgu Kasbye.

ACI = Bertaruh

Contoh ayat:
1. "Aci kerat jari, kalau Nuek dapat tekel Fashanda yang cun giler tuh." Kata Apis penuh yakin pada Rizal.

(Nota: Lagu 'Aci-Aci open the door' nyanyian P.Ramlee tu kira lain tajuk tu.)

ASEY = Cukai, Cukai Jalan @ roadtax (Asal dari perkataan hasil)

Contoh ayat:

1. "Motor tu bukan ada asey tu Rudin , jangan nak cari pasai." Nasihat Mak Yun pada anak bongsunya.
2. "Nak pi pekan camno ni Acai, gua punya mutu takdak asey."  Zamri meluahkan kekecewaannya.
3. "Pak saya takdak, dia pi pejabat tanah Pendang, bayag asey." kata Muharam pada tok penghulu Pening Lalat.

ANGKIT = Angkat

Contoh ayat:
1. " Hang pi angkit kerusi ni wak naik atas rumah." Suruh Pak Maun pada anaknya Muaad.
2. " Haiii... nak angkit kayu ni pun tak larat ka?" Leter Mak Jah pada suamiya yang gendut itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...