Sabtu, 12 November 2011

Budak Kampung ke 'KOBUN GOTAH'

KAWAN keluaran Disember, 1995.
Cover bilangan ke-16 ini dilukis oleh Miki.
----------------------------------------------------------


DALAM kesibukkan dan 'buat-buat sibuk'
menyiapkan layout majalah WANITA, hingga selesai,
aku 'menyibukkan' diri pulak
menyiapkan 'artwork' untuk majalah KAWAN.

Macam biasa, last minute baru siap.
Kena sound dengan Makcik Rosmah, penyelaras
KAWAN tu dah menjadi 'menu' bulanan.

Tension betoi...

Nak copek jo...
Tah hape yang nak dikoja eh...

Untuk keluaran sempena Krismas tu,
aku mencoretkan kenangan bersama
emak aku di kebun getah sewaktu kami
menetap di sebuah ladang. 
 (Su Poh Estate.)
Bapa aku menjadi mandur disini.

Walaupun tinggal di rumah kongsi
kepunyaan ladang yang pemiliknya tinggal di Penang ini,
ramai juga yang menoreh
getah dengan taukeh lain termasuk emak aku.

Aku taktau siapa pemilik tempat emak aku 
mencurahkan keringatnya saban hari ini.
Tapi kami memanggilnya 'Kebun Bala', sempena
nama kerani atau penyelianya berbangsa India bernama Bala.
Beliau dikenali juga sebagai 'kerani Bala'.


SEAWAL 6.30 pagi setiap hari,
emak aku akan bergegas mengatur langkah
ke tempat kerjanya yang jarak perjalanannya
kira-kira lima kilometer dari rumah kongsi kami.

Sebelum itu, beliau akan menyiapkan
sarapan pagi untuk aku dan kakak
yang akan berjalan kaki kesekolah
Kebangsaan Bukit Genting yang
jaraknya lebih kurang dengan
kebun emak aku menoreh.

'Ktuk-ktuk.. ktuk-ktuk'
Bunyi ketukkan kasut emak aku setiap pagi
sebelum disarungkannya kekaki masih

terngiang-ngiang ditelinga.

Time ni aku kat tempat tidur lagi.

Kasut wajib diketuk sebelum dipakai
bagi mengelakkan kita membawa bersama kekebun
 'lipan', 'katak puru', 'scorpion @ kala jenkiang' atau 'ular'

 yang tumpang berehat didalam kasut.

CUMA pada hari Jumaat sahaja,
operasi dikebun tidak berjalan.

Jumaat adalah cuti mingguan di Kedah.
Cuti-cuti umum yang lain juga
adalah hari rehat bagi para penoreh getah.

Hari hujan atau musim hujan,
penoreh mengeluh kerana pokok tidak dapat ditoreh.
Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan dan penggal
persekolahan baru. Cobaaaan.

Kebanyakkan estet membayar gaji hari.
Tak kerja takde duit. Takde duit, tak berasaple dapur.

Sampai hari ini, perjuangan penoreh getah untuk
mendapatkan gaji bulan tidak kesampaian.

Yang kaya tetaplah pemilik ladang.
Tunggule aku jadi PM nanti...


NYAMUK memang banyak.
Dah jadi perkara biasa.

Pacat pun ada.
Kehadirannya cuma dirasai bila terasa
gatal-gatal dikaki.

Kera pun tak ketinggalan.
Kera-kera ini akan mencuri bekalan
makanan dan minuman yang dibawa
jika diletakkan ditempat terbuka.

Ada waktunya hujan turun
sewaktu berehat selepas menoreh.
Apalagi kelam-kabut semua orang
menyelamatkan susu getah.

Diladang ini, mandor yang dikenali
sebagai 'Tandey pendek' akan
meniup 'tetuang' bagi menandakan
waktu susu getah dikutip.

Tetuang ini dibuat dari
tanduk kerbau.



SETIAP  penoreh diberi dua blok pokok
untuk ditoreh. Setiap blok mempunyai
lebih kurang sepuluh barisan dan
mempunyai beratus-ratus pokok.

Setiap hari, penoreh akan
menoreh diblok yang berlainan mengikut giliran.

Ada harinya penoreh diarah mandor
menoreh dikedua-dua blok.

Ini dipanggil 'Daban'.
Daban ni rupanya berasal dari perkataan 'double'.

Aku cukup tak seronok dengan 'hari daban' ni.
Penat oo. Cheh.. tak motong pun penat.

Emak aku lagi penat.
Beliau akan mengandar susu-susu ini ke tempat penimbang.

Begitulah pengorbanan emak membantu
ekonomi rumah tangga keluarga kami.

Terima kasih Mak.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...