MAJLIS berlangsung penghujung Mei lalu.
Penuh meriah, walaupun ada sedikit kerisauan
kerana petang hingga kemalam sebelumnya
hujan agak lebat dan lama.
Alhamdulillah. Hari kenduri cuaca terang benderang.
Bermula dengan majlis akad nikah di masjid Kobah
kira-kira 10 minit perjalanan dari rumah pengantin.
Kobah terletak ditengah antara Pendang dan Kota Sarang Semut.
Debaran pengantin berakhir bila rombongan
berkereta membawa kedua mempelai pulang kerumah
pengantin perempuan.
Tahlil dan doa kemudian menyusul agar majlis dirahmati-NYA.
Kemudian acara kemuncak berlangsung, iaitu makan le. Apalagi.
Tetamu mula bertali-arus. Tuan rumah mulai sibuk.
Akupun sibuk jugak. Ambik gambor sambil mata melilau mencari
tetamu-tetamu yang lamo tak jumpo.
Kenduri, antara majlis yang mempertemukan saudara mara,
sahabat-handai, kawan-karib yang hilang dipandangan dek perubahan
arus masa.
Tiada lagu-lagu hindustan berkumandang.
Tiada suara DJ yang kadangkala 'over' dengan
lagu-lagu yang membingitkan.
Tenang. Tetamu dapat berbual sambil makan dengan aman.
Satay, apom balik...
Kebiasaannya banyak kenduri berlangsung sewaktu musim cuti
persekolahan dan kes 'berlaga' tarikh tidak dapat dielakkan.
Tidak menghairankan jika seseorang yang mendapat jemputan
hampir 10 kenduri pada hari yang sama.
Perut cuma ada satu kecuali ada yang membela hantu raya.
Jemputan mesti dan wajib dipenuhi.
Mata tuan rumah kenduri pula 'sangat tajam'.
Setiap tetamu terutama kenalan yang hadir atau tidak cukup diingatinya.
Awas... 'hang tak mai umah aku, aku tak pi umah hang nanti.'
Kerana itulah, menjadi kelaziman sekarang ini tuan rumah menyediakan
makanan alternatif yang berbagai.
Kenyang makan nasi, boleh makan makanan yang lain. Hati tuan rumah
tentunya girang.
Kenduri yang berlangsung minggu lepas dirumah abang kedua
aku tak terkecuali. Ada Satay, bubur gandum, apom@apam balik
dan aiskrim. Semua sold-out.
Siapa Kakngah?
Pengantin perempuan@Kakngah adalah salah seorang anak saudara
aku yang seramai 21 orang. Tu tak termasuk anak sedara tiri. Tak terkira aku.
Beliau anak kedua dari tiga beradik.
Mungkin dihari perkahwinannya itu Kakngah terasa ketiadaan seseorang.
Ibu kandungnya telah lama menghadap Illahi.
Ibu 'kedua' pula kembali kerahmatullah di tanah suci Madinah tahun lepas.
Sebenarnya kami semua amat-amat terasa akan 'kehilangan' itu.
T'ganu kite
Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki bakal berlangsung
minggu depan di Kampung Makam, Kuala Terengganu.
Tentu best makang kenduri di sana.
Tapi den... mace tak dapek pi yo.
Apa fasal?
'Kerja, kerja, kerjaaa..'
(Lagu' Kolar Biru' - Kembara)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...