Sabtu, 19 November 2011

BERSUNAT@ MASUK JAWI @ KHATAN...siri 1

KAWAN bilangan ke-3.
Cover dilukis oleh KAB.
Diterbitkan pada November 1994.

Baru lima bulan aku menyertai Utusan
ketika keluaran ini digantung dan dipamerkan
dikedai-kedai mamak diseluruh negara.

Kartunis tetap diwaktu ini cuma
Kab, Dee dan Miki.

Penyumbang luar atau kartunis tamu
termasuk aku dijemput memeriahkan
majalah terbitan sebulan sekali ini.

Keluaran yang ketiga ini jatuh pada
bulan November. Musim cuti sekolah.
Apa yang nak dilukis ni?

Baru teringat, aktiviti popular dimusim
cuti panjang ini selain kenduri
kahwin ialah 'bersunat'.

Apalagi... pecah kepala la nak membuatnya...

Oleh kerana pelukis menempuhi sendiri
pengalaman bersunat ini, maka
kerja menjadi mudah.

Apa yang perlu dibuat ialah
memikirkan bagaimana hendak menyampaikannya
kepada pembaca dalam bentuk yang menarik.

Yang penting bagaimana perjalanan kisah
yang dipaparkan dalam bentuk
frame by frame dari mula hingga akhir.

Sebelum itu rangkuman pengalaman
sendiri, rakan-rakan dan yang didengar
atau dibaca akan dicatitkan.

Bermula dari situ sketch ringan
ala-ala story board pun bermula.

...BERSAMBUNG...

untuk ke SIRI 2 - sila klik disini




 ARTWORK asal.  Disimpan di studio  
merangkap store sejak 1994. Masih elok, cuma
beberapa perkataan yang ditampal tertanggal.


Al-maklumlah seratus peratus manual.


Saiz asal lukisan adalah besar. 28cm x 21cm.


Semua 'karya' yang dimuatkan didalam
blog ini adalah di scan dari majalah KAWAN
yang cuma bersaiz 12.5cm x 17.5cm.


Anda perlulah membesarkannya di skrin
komputer anda untuk keselesaan jika
ingin membacanya. Atau meng'klik'
terus pada lukisan tersebut.


untuk ke SIRI 2 - sila klik disini




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...