Sabtu, 19 November 2011

BERSUNAT@ MASUK JAWI @ KHATAN...siri 2




Memandangkan majalah KAWAN ni bersaiz
mini, membuat empat frame dalam satu
muka surat amatlah sesuai.

Tapi jika kita membuat cerita bersiri
seperti kisah budak kampung ini
empat frame tu tandanya malas.

Nak mempelbagaikan frame
tu le masalah. Perlu banyak berfikir.

Jika anda sepenuh masa melukis,
mungkin tiada masalah.

Aku... ada masalah masa dan...
masalah 'malas'.

Tapi untuk cerita 'bersunat' ni,
berjaya juga aku pelbagaikan
frame dalam satu muka.

BILA kisah mengenai 'bersunat' ini diterbitkan,
En. Chamil Wariya iaitu boss unit majalah
menyukainya. Dan hasilnya aku dibayar
RM80 sekeping. Bayaran biasa ialah RM70 sekeping.

Pernah beberapa kali beliau
mempelawa aku menjadi pelukis tetap
majalah KAWAN.

Tapi aku tak berapa berani atau sanggup
menyertai sidang redaksi KAWAN.

Ada beberapa sebab.
Antaranya takut tidak dapat memberi komitmen.

Berbalik pada kisah bersunat la ni.
Pagi tadi (sabtu-19 nov) kat opis aku berlangsung majlis
berkhatan beramai-ramai.

Majlis yang diadakan saban tahun ini
khusus untuk anak kakitangan dianjurkan
Badan Keluarga (BKUM) dengan kerjasama KMC.

Seramai 34 anak-anak 'jantan' tampil mengambil
bahagian menjengah fasa pertama alam dewasa.

Termasuk dalam senarai ialah
anak bongsu kartunis Miki, Apis yang
bakal kedarjah dua sesi 2012.

Semalam Apis menaiki pentas
menerima hadiah di Hari Anugerah
Kecemerlangan disekolahnya.

Hari ini berbaring atas meja
sambil 'dikerjakan' oleh petugas
KMC (Kajang Medical Centre) pula.

'Puas aku pujuk dia dengan
pelbagai hadiah dan offer. At last baru dia mau.'
Kata Miki lega bila puteranya itu bersetuju
untuk dikhatankan sambil memicit kepala
kerana memikirkan kos 'perjanjian'
yang sudah termeterai itu.


Bersunat di alaf baru ni mudah.
Depa pakai teknik 'clamp'.
Lepas bersunat, terus balik kerumah.

Dua tiga hari lepas tu dah boleh
tendang bola. Tapi bola pelastik la.

Cukup seminggu dah boleh
'feuuwitttttttttttttttttt... nak kemana tu Tipah?

Cehh!!!





Untuk membaca SIRI 1 - klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...