Berita dipetik dari Utusan Online.
Samada kelewatan ini berpunca dari duit, politik, Ahmad Albab atau lain-lain sebab musabab aku taktau.
Tapi dengan jumlah penduduk yang melebihi 100,000 ribu orang, dah memang patut Pendang mempunyai sebuah 'Rumah Sakit'.
Klinik pun tak banyak. Semuanya beroperasi di pekan Pendang. Ada la satu dua kat beberapa pekan kecik seperti diTanah Merah.
Itu untuk luka-luka ringan kena ketit pacat, ka lintah ka bolehla buat sementara.
Yang tinggal berhampiran pekan berkenaan okay le. Penduduk yang 'dok dalam-dalam' nu, payah le kalau sakit demam. Sakit nak mai, bukan kira time. Kena tengah malam buta, lagu mana?
Sultan berhak kecewa...
Pendang mempunyai lapan mukim iaitu Ayag Putih, Bukit Raya, Rambai, Tobiaq, Padang Kerbau, Guaq Kepayang, Padang Pusin' dan Padang Peliang.
Bayangkan ada berapa ribu kampung dikesemua mukim-mukim diatas. Bayangkan juga mereka bertempiaran mencari hospital bila keadaan memerlukan. Depa terpaksa berpecah mencari beberapa hospital berdekatan.
Yang dok belah pekan Pendang, celapak pi Hospital Sultanah Bahiyah.
Yang dok belah Paya Mat Insun, Jenun cabut pi Hospital Yan yang boleh tahan
jauhnya.
Dipekan Padang Lembu ada sebuah farmasi yang menjadi tumpuan
penduduk kawasan berhampiran bila sakit demam.
Tapi itu farmasi. Orang Pendang nak hospital.
Memang patut Sultan kecewa.
'Ulaq Kapak Sungai Petani'
Sekitar tahun 70an-80an Hospital yang paling hampir dengan tempat tinggal aku ialah di Bedong dan Sungai Petani.
Antara kes-kes kecemasan paling popular ialah dipatuk ular.
Ular Kapak.
Ular ini memang banyak di Kedah.
Kerjanya mengapak kaki orang yang terpijak badannya. Dek kerana banyak kes pagutan reptilia ini dirujuk keHospital Sungai Petani, maka timbullah ungkapan diatas.
Jarak perjalanan nak ke Sungai Petani bukanle dekat banget. Tahan je le kesakitan itu.
Hmm... memang wajar Sultan kecewa.
Mat Rempit
Majoritas penduduk Pendang ialah Melayu iaitu 85%.
Dari 85% peratus ini, ada anak-anak Pendang yang terpaksa bertandang melangkah bendang ke hospital-hospital berdekatan.
Dah tak ada hospital sendiri, terpaksa menumpang hospital orang.
Pendang jugak seperti ditempat lain, ada Mat Rempit.
Adalah tidak adil memenuhkan 'mat-mat rempit made in Pendang' yang tercedera semasa beraksi dijalanan di katil-katil hospital berdekatan.
Sebab itu Pendang patut ada sebuah hospital.
Dan dengan keluasan 62,930 hektar, pembinaan Hospital Pendang
patut disegerakan.
Jangan kecewakan Sultan lagi! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...