Ahad, 29 Julai 2012

LOGO MERDEKA 2012


... bikin banner sesuai le, kata penghulu kg. pening lalat ...



Kecoh beberapa hari lepas didalam laman pesbuk dikalangan 'pecandu-pecandu'

yang selalu menyertai pertandingan mencipta logo Merdeka. 


Apa tidaknya, logo diatas dikatakan akan dijadikan logo rasmi
sambutan perayaan kemerdekaan yang ke 55 tahun ini.

Apa lagi, banyak komen-komen termasuk yang boleh menguruskan puasa ramadan
dilontarkan. 

Aku membaca satu persatu dan dua perdua.... hmmm....

Sebagai seorang 'hantu bikin logo', aku amat memahami luahan rasa hati mereka.

Akupun tak tau sebenarnya daripada sumber mana yang mengatakan logo berkenaan  akan dijadikan logo rasmi merdeka dipetik.

Setau aku le, dua bulan lepas ada kenyataan dikeluarkan mengenai sambutan
merdeka pada tahun ini yang mana '...JANJI DITEPATI' (macam tajuk lagu je) dipilih sebagai tema perayaan.

Tapi,TIDAK pulak disebut ada pertandingan mencipta logo akan diadakan.

Frust menonggeng jugak aku sewaktu membaca perenggan tu.

Banyak kenangan betul bersama kengkawan terutama di unit majalah di Taman Shamelin
bila masing-masing berlumba-lumba mencipta logo hari kebangsaan.

Kutuk-mengutuk. Riuh-rendah. Meriah. Gamat.

Nanti le bila aku ada masa, aku story pasal ni.

Pada pihak kerajaan, apa salahnya mengadakan pertandingan mencipta logo
Hari Kebangsaan setiap tahun.

Bukan rugi apa pun.

Kedai jual mounting board dan gam untung, Pos Malaysia pun untung,
Stesen minyak pun untung (isi minyak hantar logo byhand ke Putrajaya).

Kata mengiktiraf seniman-seniman kita.

Tang hadiahpun menyedihkan jugak.
Hmmm... peneroka felda juga yang untung....

Mengakhiri ngomelan dengan pantun.... 

55 TAHUN MERDEKA,
JANJI DITEPATI,
LOGO BARU TAKDAK KA,
LAMAAA DOK NANTI... (tapi tak pernah menang. Ceh)


........................................................................................................................................

Dibawah ini adalah jawapan dari pihak berkenaan mengenai 'kontroversi' 
logo diatas. Dipetik dari Utusan Online.



Hari Kemerdekaan 2012: tiada logo rasmi kecuali logo 1Malaysia

KUALA LUMPUR 29 Julai - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim menjelaskan, tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia seperti sambutan pada tahun lalu.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".

"Bahan hiasan yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...