Selasa, 10 Julai 2012

KARTUN...'kata orang lama'


Dipetik dari Utusan Online hari ini.

Kartun bukan platform kutuk pemimpin


SHAH ALAM 10 Julai - Tokoh-tokoh kartunis veteran negara menasihatkan para seniman dan kartunis tidak mencampuradukkan perjuangan politik dalam karya kerana dibimbangi memberi mesej negatif kepada pembaca.

Jaafar Taib yang juga salah seorang pelopor majalah Gila-Gila berkata, kartun sepatutnya dijadikan wadah ilmu bukannya digunakan untuk mengutuk pemimpin. (.., atau mengampu pemimpin - aku tambah)

“Kartunis sepatutnya berkarya untuk menyampaikan perkara-perkara yang positif. Bila ia digunakan kepada perkara negatif seperti menghina kerajaan dan pemimpin, ia ditakuti akan mengelirukan pemikiran pembaca terutamanya kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama penerima Anugerah Khas Penggiat Kartun dan Penganjur Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di sini malam tadi.

Majlis anjuran Konsortium Cartoonist At Work dan Kelab Putera 1Malaysia itu memberikan anugerah kepada 10 tokoh kartunis antaranya Datuk Dr. Mohd. Nor Khalid (Datuk Lat); Hassan Abd. Muthalib; Zainal Buang Hussin; Kamn Ismail; Prof. Dr. Muliyadi Mahamood; Tan Sri Lim Kok Wing; Reggie Lee; Margaret Chelatora dan Abdul Jamil Ahmad.

Jaafar mengulas kelantangan kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dalam penghasilan karya yang mengutuk kerajaan serta tindakannya menolak anugerah yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di Pasar Seni, Kuala Lumpur, 24 Jun lalu.

Sementara itu, pencetus revolusi kartun, Mior Sariman Mior Hassan atau lebih popular dengan nama Mishar berkata, golongan kartunis tidak sewajarnya mencemarkan industri tersebut dengan penghasilan karya yang menyinggung orang lain meskipun mereka bebas memilih parti politik masing-masing.

“Saya faham perjuangan politik Zunar, namun menggunakan kartun sebagai platform menyinggung hati orang lain terutamanya pemimpin adalah tidak elok.

"Lebih baik hasilkan karya yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan negara," katanya. - UTUSAN


Barisan otai-otai 'kartun' dimajlis berkenaan. 
Tak semuanya aku cam abang-abang ni...
Dari kanan: AZMAN YUSOF, MISHAR, JAAFAR TAIB, ZAINAL BUANG HUSSEIN, LAT.
FATAH
(diatas kerusi roda). REGGIE LEE (paling kiri). TAZIDI (misai tebal, barisan belakang)
Yang lain tu, mintak mahap la. Mata aku ketinggalan la.

Tiada dalam gambar, Zunar... kehkehkeh...


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan (beserta gambar/kartun) aku sebagai kartunis hampeh..... SEKETIKA NANTI. JANGAN KEMANA-MANA.
Nak siap page untuk hari khamis sat. Ceh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...