![]() |
| Kartun Hello Bos bertarikh 2 oktober, 2012. Aku pun hangin tengok bos ni.... |
Ahad, 7 Oktober 2012
HELLOOOOO BOS.... kasihan itu Rosli... 1
Isnin, 17 September 2012
ANDA patut MALU...
| DAH LAMA MERDEKA, AKAI TAKDAK! |
Ahad, 16 September 2012
HARI MALAYSIA...selamatlah tanahairku
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta
Tegakkan Bendera Kita - (Sudirman)
Hormatilah bendera kita
Ia lambang negara
Bersatu padu kita dibawahnya
Hidup berkeluarga
Putih merah biru kuning
Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa
Kemegahan semua
Tegakkan bendera kita
JALUR GEMILANG (Siso)
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jumaat, 7 September 2012
PANTUN MALAM MERDEKA
| GRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR |
Pantun 1
ANAK CINA PIJAK GAMBAQ,
ANAK MELAYU TUNJUK PUNGKOQ,
SAHHH DEPA KURANG AJAQ,
ELOK DITONYOH DALAM KELEBOQ...
![]() |
Pantun 2
AYAQ MENET ROTI KAPAI,
MAKAN MINUM TEPI PERIGI,
BAGI MUKA PUNYA PASAI,
ESOK LUSA BUAT LAGI...
Pantun 3
TOUCH N' GO,
CATCH N' RELEASE,
NAK TUNJUK TERER BRO,
LAIN TEMPAT... PLEASE...
tHEEeeiiii...heiii..heeeee......
|
Jumaat, 17 Ogos 2012
AIDILFITRI... memori silamku - siri 4
![]() |
| Budak-budak dahulu tidak kisah dengan duit raya yang diperolehinya. Dapat lima sen pun syukur. Sedekah standard adalah antara sepuluh sen dan dua puluh sen yang diperolehi hasil kunjungan rumah ke rumah. Sedikit demi sedikit, lama-lama membukit... Dapat modal beli pistol air atau pistol yang pelurunya kertas merah bergulung pun jadilaaa... Mercun papan pun murah dahulu. Antara 40 sen dan 80 sen sebungkus. Rancangan TV pun bebudak tak kisah sangat. Kecuali rancangan SARKIS yang menjadi rancangan wajib RTM pagi-pagi raya dulu. Kekadang disebelah tengahari, ada ditayangkan cerita purba Melayu terbitan Cathay Keris atau Shaw Brother seperti Panglima Harimau Berantai. Ni wajib ditonton. Selebihnya, bebudak kampung betul-betul beraya samada dirumah orang atau berperang dengan kawan-kawan sepermainan dengan mercun sambil memegang kayu api yang masih berbara... Cehhh... memang best dulu. BEST BANGET. BACA bahagian 1 - DISINI BACA bahagian 2 - DISINI BACA bahagian 3 - DISINI SALAM AIDILFITRI SEMUA |
AIDILFITRI... memori silamku - siri 3
LAIN hulu lain parang. Lain 'dolu' lain 'sikalang'... haiyaaa... Keseronokkan menyambut 1 Syawal dahulu lebih terasa meriahnya berbanding sekarang. Terutamanya yang tinggal dikampung. Tidak dapat dilupakan, mandi dipagi raya diparit yang terletak 500 meter dari rumah. Air yang mengalir dari sebuah kolam besar dan juga dari mata air yang jernih. Pehhh... sejuk derrrr. BACA bahagian 4 - DISINI |
AIDILFITRI... memori silamku - siri 2
| BUNYI letupan mercun walau tak sehebat sekarang, tapi riuh-rendah dimalam hari tetap meriah. Bertemankan pelita minyak tanah, budak-budak kampung berpesta dengan cara tersendiri. Tiada muka yang pecah, tiada yang putus jari dan takdak yang hilang mata... macam la ni. Cuma ada sesekali kes member yang hilang bulu kening disambar api meriam karbaid. Ini kes cucuh meriam tak meletup. Member dengan penuh eksyen dan berani menjenguk serombong meriam didepan. Member yang sekor lagi mengetuk lubang meriam dengan selipar... apa lagi... KABOMMM.... 'Bulu kening terbakar'. BACA bahagian 3 - DISINI |
Khamis, 16 Ogos 2012
AIDILFITRI... memori silamku - siri 1
| KAWAN bilangan ke-30. Diterbitkan pada Februari, 1997. Pejabat sewaktu ini beroperasi di Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Lukisan muka depan dihasilkan oleh kartunis Miki Mat Salleh. |
![]() |
| Memandangkan Februari pada tahun itu adalah musim Raya, maka aku pun bercerita pasal raya... Kisah raya no problem... Yang problem, nak mendrawnya BACA bahagian 2 - DISINI BACA bahagian 3 - DISINI BACA bahagian 4 - DISINI |
Khamis, 9 Ogos 2012
LAILATULQADAR
Hari ini dah masuk hari ke 20 kita berpuasa.
Malam ini, insyallah solat sunat tarawih yang ke 21 kita akan dirikan.
Maknanya kita kini berada didalam fasa ketiga Ramadan yang mulia.
Fasa penting iaitu 'PEMBEBASAN DARI API NERAKA'.
Adakah kita termasuk dalam golongan yang dibebaskan itu???
Sepuluh malam terakhir Ramadan yang menjanjikan malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Dibawah ini, sedikit info mengenai malam Lailatulqadar yang dipetik dari ruangan Bahasa Arab
akhbar Utusan Malaysia (muka surat 21) keluaran Jumaat (10, Ogos, 2012).
Ruangan ini dibawah kelolaan *Dr. Abd. Razak Abu Chik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berbagai pendapat ulama tentang tarikh Lailatulqadar. Menurut jumhur ulama, malam Lailatulqadar ialah pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadan iaitu malam 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau 29.
Bagi mereka yang berpegang teguh dengan pendapat malam ke-27, mereka bersandarkan kepada surah al-Qadr.
Dalam surah al-Qadr terdapat lima ayat yang mengandungi 30 perkataan. Mereka mengaitkan perkataan “hiya” yang bermaksud ”ia” yang merujuk Lailatulqadar adalah perkataan ke-27 daripada 30 perkataan.
Sehubungan itu ia malam ke-27. Manakala perkataan tanazzalu pada perkataan ke-17 boleh dihubungkan dengan nuzul Quran pada malam ke-17. Sila buat analisis surah Lailatulqadar di kertas lain seperti gambarajah di bawah.
Malam ini, insyallah solat sunat tarawih yang ke 21 kita akan dirikan.
Maknanya kita kini berada didalam fasa ketiga Ramadan yang mulia.
Fasa penting iaitu 'PEMBEBASAN DARI API NERAKA'.
Adakah kita termasuk dalam golongan yang dibebaskan itu???
Sepuluh malam terakhir Ramadan yang menjanjikan malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Dibawah ini, sedikit info mengenai malam Lailatulqadar yang dipetik dari ruangan Bahasa Arab
akhbar Utusan Malaysia (muka surat 21) keluaran Jumaat (10, Ogos, 2012).
Ruangan ini dibawah kelolaan *Dr. Abd. Razak Abu Chik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berbagai pendapat ulama tentang tarikh Lailatulqadar. Menurut jumhur ulama, malam Lailatulqadar ialah pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadan iaitu malam 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau 29.
Bagi mereka yang berpegang teguh dengan pendapat malam ke-27, mereka bersandarkan kepada surah al-Qadr.
Dalam surah al-Qadr terdapat lima ayat yang mengandungi 30 perkataan. Mereka mengaitkan perkataan “hiya” yang bermaksud ”ia” yang merujuk Lailatulqadar adalah perkataan ke-27 daripada 30 perkataan.
Sehubungan itu ia malam ke-27. Manakala perkataan tanazzalu pada perkataan ke-17 boleh dihubungkan dengan nuzul Quran pada malam ke-17. Sila buat analisis surah Lailatulqadar di kertas lain seperti gambarajah di bawah.
| *Sebarang maklumat berkaitan Bahasa Arab sila hubungi 019-2788055 atau layari http://drarabic.blogspot.com. Emel: drarabiah@yahoo.com |
Selasa, 7 Ogos 2012
SYAWAL menggamit kenangan lalu - 4
| Artwork asal... BACA SYAWAL 1 - KLIK sini da... BACA SYAWAL 2 - KLIK sini da... BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da... |
SYAWAL menggamit kenangan lalu - 3
Sidang redaksi majalah KAWAN. Ramainye line-up.... yang bertungkus-lumus menyiapkan majalah lima enam kerat je. Biasale kannnn. |
Isnin, 6 Ogos 2012
SYAWAL menggamit kenangan lalu - 2
| Semakin hampir dengan hari Raya, makin meriah suasana dikampung. Malam paling dinantikan. Time ni le budak-budak kampung aktif semacam atau dua macam. Bunyi meriam kabat (karbaid) batang besi dan mercun silih berganti. Malam Raya paling best. Segala bahan letupan berkuasa rendah dihabiskan. Esok dapat duit raya, beli lain. Bersambung EPISOD 3 BACA SYAWAL 1 - KLIK sini da... BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da... BACA SYAWAL 4 - KLIK sini da... |
SYAWAL menggamit kenangan lalu - 1
| Hari ini Isnin, 6 Julai, 2012. Bersamaan dengan 17 Ramadan 1433H. Dan hari ini adalah hari Nuzul Quran. Beberapa negeri bercuti hari ini seperti Selangor. Ramai mengambil kesempatan cuti pada hari ini untuk meng'kaya'kan taukeh-taukeh kedai terutama yang menjual pakaian kanak-kanak. Sempena Syawal yang bakal menjengah lagi dua minggu, aku menyelongkar almari mencari majalah KAWAN yang menyiarkan kisah Hari Raya. Ceh... ado pun. Kartun diatas disiarkan dalam majalah KAWAN bilangan ke 18. Ianya berkisar kepada ragam menyambut Aidil Fitri dikampung. Walaupun cuma ompek muka surat, namun berpeluh ketiak juga nak menyiapkannya. Masa diambil untuk menyiapkan artwork ialah tiga hari. Bermula 28 Disember hingga 28 Disember, 1995. Ianya diterbitkan pada bulan Februari, 1996. Maknanya, setiap isu perlu disiapkan dua atau tiga bulan lebih awal. Sewaktu ini, aku bertugas diunit majalah diTaman Shamelin dan membuat grafik untuk majalah WANITA. BACA SYAWAL 2 - KLIK sini da... BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da... BACA SYAWAL 4 - KLIK sini da... |
Ahad, 5 Ogos 2012
zakatFITRAH... dah bayor ko?
Jumaat, 3 Ogos 2012
RAMADAN KE 14
![]() |
| Ramadan di Mekah. (Gambar: REUTERS/Hassan Ali ) |
ALHAMDULILLAH.
Dengan rahmatNYA kita telah memasuki fasa kedua Ramadan yang diberkati.
Sudah empat belas hari kita menjalani ibadah puasa.
Malam ini adalah malam ke lima belas kita bertarawih.
Begitu pantas waktu berlalu.
Sepuluh hari awal Ramadan yang berlalu itu, takkan kembali.
Dan apakah kita semua beroleh 'RAHMAT-NYA'???
Empat hari dari fasa kedua yang kita lalui sekarang adalah KEAMPUNAN-NYA.
Dan apakah kita akan memperolehi 'keampunan-NYA?
Sabda baginda Rasullullah S.A.W ...."RUGILAH orang-orang yang berada didalam bulan
Ramadan, tetapi DOSAnya tidak diampunkan"
.......................................................................
Hari ini empat belas Ramadan.
Seperti tahun lepas, Imam dari Mekah, Sheikh Dr Mohd Idris Al Misrafi sekali lagi
akan berbuka puasa dipejabat.
Selain mengimami solat maghrib dan isya', beliau juga akan bertarawih bersama kami.
Insyallah.
.......................................................................
UPDATE: 1O.30 MLM
![]() |
| Sheikh Dr Mohd Idris Al Misrafi membawa jemaah ke 'Mekah' dengan bacaan dan suara yang lunak. Gambar: UTUSAN/Mohd Naim Aziz) |
Khamis, 2 Ogos 2012
LOGO Tahun Melawat MALAYSIA 2013
![]() |
| ADA BERANI? |
Kepada teman-teman pencandu dan penagih membikin 'Logo'.
Ketepikan rasa terkilan kerana ketiadaan pertandingan mencipta logo hari Kebangsaan tahun ni.
Hidup perlu diteruskan, walaupun bonos raya hilang disebalik awan hitam.
Nah ini dia sudah mampir.
Pertandingan 'MENCIPTA LOGO TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2013/14.'
Hadiahnya lumayan pak.
Boleh beli sepuluh ekor lembu.
TAPI...
Kena copek bertindak.
Sebab tarikh tutup pertandingan lagi beberapa hari je.
Tapi yang tak best, pertandingan ini open untuk seluruh penduduk bumi.
(kecuali peneroka Felda)
Aku?
Kalau tarikh tutup lopeh raya, ingat jugak nak design beberapa ratus ribu logo.
Tapi pihak penganjur dah tak dandan nak tutup bulan posa ni jugak.
Jadi... ambik kat korang je la.
Hah! apa lagi....
RM50,000... FIRST PRIZE
Butiran Lanjut KLIK...disini
![]() |
| Humang aiii... 'Banyakkk tuh RM50,000.... Gadang hadiah eyy... tapiiiii... tawaran hadiah RAMADAN lagi lumayan beb...' |
Ahad, 29 Julai 2012
LOGO MERDEKA 2012
Hari Kemerdekaan 2012: tiada logo rasmi kecuali logo 1Malaysia
KUALA LUMPUR 29 Julai - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim menjelaskan, tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia seperti sambutan pada tahun lalu.
Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".
"Bahan hiasan yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September. - BERNAMA
Jumaat, 27 Julai 2012
SABTU BLUES
Sabtu, 21 Julai 2012
JUZ' AMMA
Jumaat, 20 Julai 2012
SALAM RAMADAN 1433H
Salam Ramadan buat semua rakan-rakan dan sedare-mare yang sudi mampir membaca blog yang suam-suam kuku kambing gurun Kalahari ni.
Esok (sabtu), insyallah kita mula berpuasa.
Dan... 'Ramadan yang dirindui' bermula malam ini.
Alhamdulillah.
Baru taksat (@sebentar tadi) setel solat terawih disurau pejabat.
Diimam dan dibilalkan oleh dua beradik tahfiz anak pakcik Kamarudin.
Terawih cuma lapan rakaat beserta tiga solat witir.
Sesuai dengan kelapangan petugas yang masih bergelut dengan tugasan yang belum selesai.
Balik rumah, kalau larat boleh sambung seberapa banyak amalan yang ingin dibuat.
Ganjaran dibulan Ramadan tiada batasan.
'Rugi sungguh kalau tak buat apa-apa dan membiarkan waktu berlalu begitu sahaja.'
kata ustaz yang memberi tazkirah sebelum solat jumaat di Surau Salak Baru tengah hari tadi.
Semuga kita semua tidak termasuk didalam golongan diatas tersebut.
Hendaknya, Ramadan tahun ini lebih baik dan berkualiti dari tahun-tahun lepas.
Aminnnnn.
Selasa, 10 Julai 2012
KARTUN...'kata orang lama'
| Dipetik dari Utusan Online hari ini. |
Kartun bukan platform kutuk pemimpin
SHAH ALAM 10 Julai - Tokoh-tokoh kartunis veteran negara menasihatkan para seniman dan kartunis tidak mencampuradukkan perjuangan politik dalam karya kerana dibimbangi memberi mesej negatif kepada pembaca.
Jaafar Taib yang juga salah seorang pelopor majalah Gila-Gila berkata, kartun sepatutnya dijadikan wadah ilmu bukannya digunakan untuk mengutuk pemimpin. (.., atau mengampu pemimpin - aku tambah)
“Kartunis sepatutnya berkarya untuk menyampaikan perkara-perkara yang positif. Bila ia digunakan kepada perkara negatif seperti menghina kerajaan dan pemimpin, ia ditakuti akan mengelirukan pemikiran pembaca terutamanya kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama penerima Anugerah Khas Penggiat Kartun dan Penganjur Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di sini malam tadi.
Majlis anjuran Konsortium Cartoonist At Work dan Kelab Putera 1Malaysia itu memberikan anugerah kepada 10 tokoh kartunis antaranya Datuk Dr. Mohd. Nor Khalid (Datuk Lat); Hassan Abd. Muthalib; Zainal Buang Hussin; Kamn Ismail; Prof. Dr. Muliyadi Mahamood; Tan Sri Lim Kok Wing; Reggie Lee; Margaret Chelatora dan Abdul Jamil Ahmad.
Jaafar mengulas kelantangan kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dalam penghasilan karya yang mengutuk kerajaan serta tindakannya menolak anugerah yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di Pasar Seni, Kuala Lumpur, 24 Jun lalu.
Sementara itu, pencetus revolusi kartun, Mior Sariman Mior Hassan atau lebih popular dengan nama Mishar berkata, golongan kartunis tidak sewajarnya mencemarkan industri tersebut dengan penghasilan karya yang menyinggung orang lain meskipun mereka bebas memilih parti politik masing-masing.
“Saya faham perjuangan politik Zunar, namun menggunakan kartun sebagai platform menyinggung hati orang lain terutamanya pemimpin adalah tidak elok.
"Lebih baik hasilkan karya yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan negara," katanya. - UTUSAN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan (beserta gambar/kartun) aku sebagai kartunis hampeh..... SEKETIKA NANTI. JANGAN KEMANA-MANA.
Nak siap page untuk hari khamis sat. Ceh.
Jumaat, 29 Jun 2012
SOLAT itu...
Petang khamis kelmarin, aku menapak ke library pejabat. Nak pi scan aku punya kartun hampeh Sabtu Blues untuk keluaran Sabtu (30.06.2012) sisipan S3 akhbar Utusan Malaysia .
Sementara menunggu, brader kat situ menyiapkan tugasnya menyeken, aku merayau sambil
mata memerhatikan segala macam notis, gambar dan poster yang ada didalam bilik yang menempatkan beberapa petugas disitu.
Tiba-tiba, mata terpaku pada satu tampalan bersaiz kertas A4 yang dilekatkan disalah satu almari disitu.
Senyum kambing sekejap aku membacanya.
Menarik dan kreatif.
Aku amik dua tiga snap dengan handphone murah made in China aku.
Kemudian hari ini aku redesign balik lebih kurang.
Bukan apa.
Sekurang-kurangnya dapat mengingatkan aku dan sesiapa yang mahu beringat akan
perihal pentingnya SOLAT ITU...
Langgan:
Catatan (Atom)
















