Jumaat, 29 Jun 2012

D'LLOYD... tiada lagi suara emas itu...



SABTU 9 Jun 2012 yang lalu,  kumpulan legenda pop tersohor D'lloyd kehilangan vokalisnya, Sam buat selama-lamanya.

Dari Allah kita datang. Kepada Allah kita dikembalikan.

Allahyarham yang menghiburkan peminat-peminatnya diseluruh nusantara dengan lontaran
suara yang tiada dua rupanya menderita kanser sekian lama.

Melihat beliau beraksi dipentas mengalunkan koleksi hit kumpulan yang sekapal dengan
Mercy's dan Favourite Group ini, tiada riak-riak atau garis-garis kesakitan diwajahnya.

Beliau merahsiakan dari pengetahuan rakan dan saudara terdekat 'penderitaan' itu.

Dalam banyak-banyak lagu D'lloyd, Cinta Hampa adalah antara yang perfect
pada deria pendengaran aku. Dari intro lagu, gubahan muzik keseluruhannya dan suara Sam.
Cukup sempurna.

Walaupun lagu ini dinyanyikan oleh beberapa penyanyi lain seperti Emilia Contessa,
persembahan Sam dan grupnya tetap memikat sehingga sekarang. 

Kali pertama aku mendengar lagu ini sekitar tahun 70-an dulu.
Masih disekolah rendah.
Abang aku pun ada membeli piring hitamnya yang kecil sikit dari stereng kereta.

Sewaktu D'lloyd mengadakan 'konsert Semalam di Malaysia' tahun lepas,
aku berkesempatan menontonnya di Istana Budaya.
Nampaknya itulah kali pertama dan terakhir secara live.

Walaupun hayat D'lloyd tetap akan diteruskan selepas ketiadaan Sam,
namun kehilangan 'suara emas' beliau tetap akan dirasakan.

D'lloyd, walau masih mempunyai dua anggota asal, pemergian dan
kehilangan Sam dari kumpulan itu pasti tiada gantinya.

Semuga Sam tenang disana dan ditempatkan bersama-sama para salihin.


Klik disini.... catatan lama 'konsert dlloyd-semalam-di-malaysia' 

Koleksi album D'lloyd yang masih ada dalam simpanan.
Tapi dah bercalar-balar. Banyak lagu melompat-lompat.



Rabu, 13 Jun 2012

SATU HARI DILADANG UNTA...

UNTA 1: HAFFA INI MALAYU FIKIN SYINI TANNA ARABEB HAH?
UNTA 2: HUK ALO... NASIB BAIK PAKA BAJU PUTIH... KALAU KUNING,
KAWE BOH TERAJE SEDAH... 

Isnin, 21 Mei 2012

TALBIAH...


HambaMu datang menyahut panggilanMu,
Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu,
hambaMu datang menyahut panggilanMu,
Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu,
hambaMu datang menyahut panggilanMu,
sesungguhnya segala pujian, nikmat
dan pemerintahan adalah KepunyaanMu
tidak ada sekutu bagiMu.

Jumaat, 4 Mei 2012

BAJU KUNING yang BERHATI MULIA


Pelajar-pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia,
Universiti Teknologi Mara (UiTM) bergambar bersama pemilik rumah,
Salamah Arnain, 75 (tengah) selepas selesai gotong royong membersih dan
mengecat rumah serta menyerahkan barangan keperluan makanan asas
dalam program Komuniti Outreach yang membolehkan pelajar mendekati
serta membantu orang-orang yang memerlukan.

Gambar: Mohd shaharani Saibi / Pemberita: Ainuddin Aliff



TULISAN DIBAWAH DIPETIK SEPENUHNYA DARI  
AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 1 MEI 2012
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF

SALAMAH ARNAIN
SABAK BERNAM  30 April – Tidak ada apa yang dapat diucapkan oleh warga emas, Salamah Arnain, 75, selain rasa syukur apabila kesempitan hidupnya mendapat perhatian sekumpulan pelajar  Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dekat sini.

Kumpulan pelajar berkenaan mengambil inisiatif  menganjurkan program  Komuniti Outreach bagi mendekati serta membantu mereka yang memerlukan.

Menurut Salamah, dia yang melakukan kerja kampung dengan pendapatan hanya RM40 sebulan terharu apabila menerima kehadiran mereka yang prihatin dengan kesempitan hidupnya selama ini.

Salamah yang merupakan ibu tunggal kepada dua anak itu berkata, kesempitan hidup yang dialaminya selama ini hanya mendapat perhatian daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang memberi bantuan wang sebanyak RM150 sebulan.

“Saya kini tinggal berseorangan di rumah ini selepas kedua-dua anak saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan Pahang serta akan pulang melawat saya setiap kali mereka bercuti.
“Untuk meneruskan kehidupan, saya melakukan kerja kampung iaitu memetik dan menjual sayur yang memberi pendapatan  RM10 seminggu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Lorong Batu Empat Sepintas di sini semalam.
 
Bercerita lanjut, Salamah berkata, dia berbangga apabila melihat mereka yang hadir membantunya adalah generasi muda terpelajar yang bakal memimpin negara selepas tamat pengajian di universiti kelak.
 
“Saya tidak dapat menahan air mata saya apabila melihat kehadiran mereka di rumah saya ini. Apatah lagi mereka masih muda tetapi sudah memiliki sifat terpuji di dalam diri mereka.
 
“Dengan bantuan dan sumbangan yang diberikan kepada saya ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya,” katanya.
 
Sementara itu, Pengarah Program Komuniti Outreach, Muhamad Aidil Abdul Salam berkata, pelajar tahun tiga pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Proses diwajibkan untuk menganjurkan apa sahaja program sepanjang tempoh pengajian mereka.
 
Jelasnya, selepas mengadakan mesyuarat, ahli jawatankuasanya bersetuju untuk mengadakan program komuniti dan mendapatkan kerjasama daripada LZS yang mencadangkan nama Salamah sebagai penerima bantuan.
 
“Selain memberi keperluan makanan asas, kami turut membantu membersih serta mengecat rumah mak cik (Salamah) yang berada dalam keadaan daif sebelum ini,” katanya.

Pelajar-pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia,
UiTM bergotong-royong membersihkan kawasan rumah 
Salamah Arnain dalam program Komuniti Outreach di Sabak Bernam,
baru-baru ini.
  – UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI


Sebahagian penduduk kampung melihat Pelajar-pelajar dari
Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
bergotong royong membersihkan kawasan rumah 
Salamah Arnain, 75 dalam program Komuniti Outreach
yang membolehkan mereka mendekati serta
membantu orang-orang yang memerlukan..

Gambar: Mohd shaharani Saibi / Pemberita: Ainuddin Aliff


AKU TABIK 3 JUTA KALI KAT HAMPA SEMUA.
Inilah contoh generasi muda yang diharap-harapkan mewarisi bumi
Malaysia dengan sifat-sifat yang terpuji.

Ini baru BERSIH.
Diulangi. Ini baru betoi BERSIH.

Semuga hidup anda semua dirahmati-NYA.


Baju Kuning ini???

Kalau duit cukai yang aku bayar tiap-tiap tahun
digunakan untuk membeli mobil bapak polisi yang dikerjakan
oleh
@#&****#$% diatas, memang aku tak halalkan.




 


Ahad, 29 April 2012

DOA sang marhaen...

Ya ALLAH...
Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Jauhkanlah bumi Malaysia ini dari
'DAJAL,' YAKJUD dan MAKJUD' serta pengikut-pengikutnya
yang suka membuat kerosakkan....

Aminnnnn.

Jumaat, 23 Mac 2012

ALAMAK MATO-MATO

Ini kisah malam tadi.
Alaa... tadi malam, khamis 22 mac.

Hari khamis biasanya menyiapkan sisipan S3 untuk keluaran hari sabtu 24 mac
dalam akhbar Utusan Malaysia dan menyiapkan page yang sudah ada untuk sisipan
Mega keluaran Isnin, 26 mac.


Sisipan S3 untuk keluaran Sabtu,
24 mac, akhbar Utusan Malaysia.

Malam tadi, tiada masalah berbangkit. Jadi pukul sebelas malam dah boleh balik.
Kalau ada problem, pukul 12 keatas tu biasa le...
Bukan aku seorang, tapi bersama saudara Zul.
Beliau adalah visualiser diunit grafik Mega.

Biasanya, saban malam aku menapak dari ibu pejabat ke tempat parking di Pusat Latihan Utusan (PLU) yang jaraknya kira-kira 500 langkah.
Taktau le berapa kilometer.

Kena salak dek anjing yang ingin mengambil hati tuannya tu perkara biasa.
Kena ligan belum lagi. Mudah-mudahan tidak.

Kalau kena, dengan anjing dan kilang-kilang sekali den bako.
Ceh. Melalut pula.

Kekadang menumpang sesiapa yang melewati jalan tersebut.
Dan selama beberapa hari ini, aku menumpang motor saudara Zul ke PLU.

Malam tadi, kami bergerak menuju ke PLU lebih kurang pukul sebelas lebih.
Dengan kelajuan yang agak rendah sekitar 30 atau 40 km/jam.
Dipertengahan jalan, kami ternampak kelibat empat buah motorsikal dihadapan menuju kearah pejabat.
Dan apabila berselisih, rupanya empat anggota polis sedang berkonvoi meronda.

'Halamak mato-mato' terlintas dalam hati. 

Saudara Zul memperlahankan sedikit kelajuan.
'Polis'... kata Zul.
Akupun tak toleh belakang.

Aku dan Zul cukup sedar kesalahan kami. 
Bukan curi pasiag, atau cilok lembu.
Cu...cuma tak pakai helmet.

Beberapa saat kemudian, motorsikal kami membelok masuk ke PLU.
Belum melepasi pintu utama (slidding gate) kedengaran bunyi 'tin-tin''tin-tin' agak meriah dalam nada B flat 7. Rentak 4/4.

Apabila ditoleh, Alamak. 
Empat anggota polis bermotosikal tadi mengekori kami. 
Ceh. Masa mana depa cilok balik aku pun tak perasan. Siap.

Memang kami nak berhenti kat situpun.
Aku nak pi amik kereta kat dalam tu.

Seorang anggota, mungkin konvoi leader menghampiri kami.
Tiga rakannya yang nampak sebaya berada diluar kawasan pagar memerhati.

'Cik... cik dari mana ni?' kata anggota polis tersebut dalam nada lembut.
Mungkin dalam nada C major kut.

'Kami dari pejabat nu, nak ambik kereta kat sini'. Jawab saudara Zul.
'Sana parking penuh' tambah saudara Zul sebelum menjelaskan kami
dari pejabat Utusan.

Anggota polis berkenaan yang aku terlupa nak melihat 'calit' dibahunya
masih tidak berpuas hati. 'Pedulik apa aku Utusan'. Agaknya mungkin itu kata
polis yang menaiki motor berenjin petrol tersebut. Agaknya la.

'Cik... minta lesen dan I.C'. 
Saudara Zul memenuhi permintaan anggota polis yang lembut tapi tegas tersebut
sebelum beliau diminta menujukkan road-tax pula.

Selepas semua dokumen yang sah laku dan bukan 'terbang' itu ditunjukkan,
anggota polis berkenaan bertanya apa pula isi kandungan sebuah beg dibawah
tempat duduk motosikal Zul.

'Takde cik, baju hujan je' jawab saudara Zul tenang.
Aku dah naik rimas berdiri kat situ.

Rasa macam nak amik gambar depa masuk dalam blog.
Takut kena sergah pulah. Tak nampak 'pak hitam' kat pinggang depa tu.
Bukan satu, ompek oii.

Lepas tu depa belah. 
Meronda.

Apa agaknya akan berlaku, jika kami terus masuk kedalam gudang
tempat parking tanpa berhenti selepas dihon berkali-kali tadi.

Mungkin tembakkan amaran akan dilepaskan keudara Chan Sow Lin?

Dua malam sebelum tu, lebih kurang pukul dua belas malam kami hampir
terserempak dengan mereka. Cuma mereka berada dihadapan kami.
Kami terlewat beberapa saat. Kehkehkeh....

Tadi kalau dia periksa beg galas aku memang kantoi.
Sebab dalam beg pensil aku ada pisau. 
Ala...pisau asah pensil je.

Mungkin boleh didakwa dibawah akta keselamatan dalam jalan kampung.
Entah.

Empat anggota keselamatan berkenaan wajar diberi pujian kerana
berkhidmat penuh dedikasi. 
Mungkin pemberian sijil penghargaan perlu dipertimbangkan.

Walaupun jarak pejabat Utusan ke PLU cuma beberapa saat jika menaikki
motorsikal, kalau tak pakai helmet ianya tetap satu kesalahan.
Nasib baik tak disamannya kami malam tadi.

Untuk mengelakkan pertembungan lagi kami dengan anggota peronda 
malam tadi, saudara Zul mencadangkan kami memakai helmet.

Apalagi, harini aku terpaksa bawa helmet dalam kereta.

Dan pertama kalinya, aku memakai helmet yang dibawa ketika
menumpang saudara Zul tengah hari tadi.

'Eh hang pakai helmet ni mana boleh, ni topi German ni, tak lulus ni'
kata saudara Zul sebaik sahaja kami tiba dipejabat.

Alamak kantoi lagi malam ni!




Topi German sesuai untuk sikepala batu.
'Dia punya kepala, batu busar dalam ada duduk.'
 






















Isnin, 19 Mac 2012

P.Ramlee memang GENIUS - 2



Dalam satu babak dari filem Nujum Pak Belalang, Ajis dan Sudin
mencilok lembu dan kambing orang sambil bernyanyi riang...





Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun di dalam ini negeri
Kerja merompak mencilok dan mencuri
Tidak memilih mas intan kerbau sapi
Asal yang boleh ku bawak lari
Kami penyamun
Penyamun

Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun cukup berilmu kebal
Pasal mencuri terkenal paling handal
Ayam dan itik semua kami bedal
Siapa melawan ku tunjal-tunjal
Kami penyamun
Penyamun


Dalam filem ini, lembu dan kambing dipulangkan kepada tuannya semula
hasil kepintaran belalang. Pencurinya diakhir cerita dihukum pancung.
Namun sebelum itu mereka sempat membuat beberapa angkara.

Hmm... 

Lembu punya susu, sapi dapat nama.
Lembu punya angkara, organisasi dapat balaaaa....

Hai manusia... aku anak jin,
aku nak makan engkauuu....

 
 
 

Rabu, 7 Mac 2012

AZIZAN my MB... awat ni?

استاذ حاج عزيزان عبدالرازق
Sepanjang hidup aku, ada beberapa 'Azizan' yang aku kenal.
Pertama sekali sepupu aku le. Anak Pak Teh aku.
Namanya Azizan Yaakup.
Dia setahun lebih tua dari aku.
Di Kedah biasanya Azizan akan dipanggil orang 'Jan' atau 'Zan'.

Kemudian Azizan kedua muncul iaitu seorang guru lepasan maktab mengajar disekolah aku di Sekolah Kebangsaan Bukit Genting. Aku didarjah tiga waktu ini.
Namanya Azizan Abdul Hamid.

Bila aku ke Sekolah Menengah Guar Chempedak (SMGC), terjumpa lagi Cikgu Azizan ni sekali lagi.
Tapi dia tak kenai aku. Hampeh betoi. Aku pun maleh nak tegoq dia. Ceh.
Budak-budak panggil dia Pak Jan.

Dalam kelas aku di SMGC, ada seorang kawan juga bernama Azizan, budak Titi Batu, Yan.

Gitulah. Lepastu takdak aku sesapa lagi bernama Azizan.
Aziz adala. Azizah sepupu aku, adik Jan.

Bagaimana dengan Azizan yang tertera gambarnya diatas.
Oh... aku tak kenal dia.

Cuma namanya menjadi sebutan akhir-akhir ini dengan berbagai kisah yang
dikupas didada-dada akhbar, blog, TV dan tentunya dikedai-kedai kopi.

Tu yang aku terlintas nak join sekaki. Sekaki je.

Ustaz Azizan ni adalah Menteri Besar Kedah Ke-10.
Masa aku sekolah dulu, MB Kedah ni Syed Nahar Shabudin.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965.

Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari University of Kent, Canterbury, United Kingdom.

Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1983-1984, 1986-1995).

Beliau fasih berbahasa bahasa Inggeris, dan bahasa Filipina.

Meneliti latarbelakang pendidikkan, kerjaya dan pengalaman beliau membuktikannya bukan
calang-calang orang.

Tapi... tu la... donia.
Ada masa orang suka. Lepas tu orang benci.
Lebih-lebih lagi dalam dunia politik.

Nak komen lebih-lebih pun 'ku mai ro...'
Baca je lah dalam paper, blog...

Apapun kemelut yang melanda kabinet beliau,
pandai-pandaila depa setel down. 

Jangan sampai Kedah punah-ranah.
Jangan sampai Hijau Kuning penin'.
Jangan sampai Jelapang Padi tinggai jerami.

Aku nak pi main gitar sat.
Lama tak pekena lagu Down Under.


Theehee... idea kartun ni aku kasi kat Miki. Apalagi Miki tenyeh le...
(Utusan Malaysia terbitan 6 Mac, 2012)

Surah AL-LAIL (Terjemahan)


Surah ke 92.
Diturunkan diMekah.

Ada sedikit masa terluang,
aku design le lebih-kurang.

Semuga kita sama-sama
mendapat manfaat daripada
terjemahan surah ini.

Amin.







Isnin, 27 Februari 2012

P.RAMLEE memang genius... 1



Son of gun, anak pistol...



Dalam satu babak dari filem Anak Bapak, P.Ramlee yang memegang watak Harun berada dalam sebuah bilik bersama jururawat bapaknya, Halimah.

Selain menunjukkan bilek, Harun juga cuba menjual minyak urat.
Secara tiba-tiba, bapanya Datuk Mahfuz masuk.

Maka terjadilah dialog seperti dibawah ini.

Datuk Mahfuz: Eh Kau buat apa Harun? (marah)
Harun: Saya bagi kursus kat Cik Halimah. (terkejut dan selamba)
Datuk Mahfuz: Kur... kursus?  Sampai atas katil?!
Harun: Kursus rumahtangga bapa....


kalau panggil pukul 3 pagi
pukul 3 pagi saya datang...



Nasib baik kedua-dua beranak ini sporting dan sosial.
Kalau kat luar bagaimana?

Berhati-hatilah jika ingin memberi 'kursus rumahtangga'
dilokasi-lokasi yang berisiko tinggi.

Silap-silap haribulan... kantoi@dikantoi@apa-apalah...

P. Ramlee memang manusia genius.
Banyak dialog, adegan, sindiran, pemikirannya yang diolah puluhan lampau menjelma
menjadi realiti kini.

Cutttttt!

Ahad, 19 Februari 2012

loghat KEDAH klasik - 9 (siri akhir)



Ini adalah siri terakhir bagi perkataan yang bermula
dengan huruf  B. Tak sampai lima puluh perkataan pun.

Tapi nak siap kat setahun... cisss. Pelau deq ni...





1. BULOG@tak Bulog@keBULOG 
       = tak mahu / tak hendak / enggan 
       = bulur/kebulur
      
       contoh ayat:  

       1. 'Tak bulog pi tengok ahh, dok kalah manjang.'.. kata Azman Taha,
       menolak ajakan adiknya Ijat untuk menonton skuad bola Kedah menentang
       pasukan Tadika Den Rat Paya Mat Insun dipadang kampung Baloh.

       
      2.'Mana Miki, kata nak join karaoke? Tanya Kazim pada Nuek. 

      'Dia tak kebulog nak mai, tidog lagi baguih', jawab Nuek.
    
      3. 'Ih budak ni awat bulog sangat tau!' ... marah Mak Cik Yontawatey
      melihat anaknya, Ucop yang cuba memakan kulit durian setelah isinya telah 'selesai'.

 

2. BELUNGGOK @ Belungguk hak
       = banyak / ada banyak 
      
       contoh ayat:  

       'Hang pi cari kayu sebelah sana Din,ada belunggok.' ... kata emaknya.

      'Lauk kat kantin belungguk hak... cuma sambal belacan dah habis'.

3. BELAH
       = disebelah / dilanggar / sungguh
      
       contoh ayat:  

       1. 'Aku ada dua kenduri harini. Satu belah Kodiang, lagi satu belah Pendang.'
      ...beritahu Anuar kepada Epul.



     
      2. 'Laa anak lembu ni patah kaki, kena belah kereta gamaknya.'..
      kata Pak Abu dalam hati sambil menyeranah pemandu berkenaan.
     
      3. 'Budak Osama ni cakap tak boleh pakai. Muhong belah dua.'.. marah Pak Lah

      sambil menghentak meja diwarung mamak cyber.
 



4. BELAKANG SUT
       = belakang sekali / corot
      
       contoh ayat:  

       'Lawan lari dok belakang sut mana nak dapat hadiah.'... bebel Apis pada anaknya.

5. BUANG
       = (dah le @ cukup le...(susah  nak explain ni ayat ni...) 
    
       contoh ayat:  

       Bagi ikan tamban ni buang sekilo. @ Timbang buah langsat ni buang lima kilo.
      'Hang boh penampaq buang sedas Muaad, loyar buruk betul budak Abon ni.'... 
      kata Enon.



 

Rabu, 15 Februari 2012

LIGA PROFESIONAL KITA...


Mat Zan terkilan Terengganu seri dengan Kedah
15/02/2012 4:32pm (dipetik dari Utusan Online) 

KUALA TERENGGANU 15 Feb. - Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris merasa kecewa dengan keputusan kurang memuaskan Terengganu apabila sekadar seri 1-1 dengan Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.

Beliau berkata, keputusan tersebut sepatutnya boleh diatasi sekiranya para pemain Terengganu tidak lalai setelah mengatasi 1-0 pada babak pertama.

Beliau berkata, pemain Terengganu banyak mengikut rentak permainan perlahan pasukan Kedah membuatkan semua percaturan yang dirancang tidak menjadi.

"Saya terkilan kehilangan dua mata menyebabkan peluang Terengganu untuk membaiki kedudukan tidak kesampaian,” katanya kepada pemberita.

KOMEN AKU:  Relek la coach, apa nak terkilan sangat, Kedah bukan koman
sepana sangat. Hilang dua mata lebih baik dari takde mato langsung.

Pengurus pasukan, Che Mat Jusoh pula berkata, Terengganu tidak pernah menang apabila menentang Kedah dalam Liga Super sejak tiga tahun lalu.

Baginya keputusan seri dengan Kedah malam tadi sudah memadai.

Beliau berkata, Kedah bermain baik terutamanya pada babak kedua menyebabkan mereka memperoleh gol penyamaan.

Katanya, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan pasukan Terengganu walaupun kadang-kadang berlaku salah faham semasa mereka di tengah padang. - BERNAMA


KOMEN AKU:  Haa... ini komen yang positif, mai dari manager yang bijak.
Fakta yang lepas perlu diambik kira no. Liga panjang lagi...



Lampu stadium padam ketika perlawanan
memalukan - Ahmad
15/02/2012 5:51pm (dipetik dari Utusan Online) 


KUALA TERENGGANU 15 Feb. - Kejadian lampu limpah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah terpadam kira-kira setengah jam ketika perlawanan bola sepak Liga Super antara Terengganu menentang Kedah malam tadi tidak sepatutnya berlaku.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kejadian itu amat memalukan kerana ia membantutkan perlawanan yang sedang berlangsung.

"Kejadian lampu terpadam ketika perlawanan berlangsung amat memalukan dan saya amat tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

"Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab sama ada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) atau Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) atau pihak-pihak yang berkenaan memaklumkan masalah sebenar kepada kita (kerajaan negeri) supaya kita boleh mengatasinya,” katanya selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Ahmad berkata, sehingga kini pihak yang bertanggungjawab terhadap stadium itu langsung tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah lampu limpah di stadium itu yang berlarutan sejak sekian lama. - BERNAMA


KOMEN AKU:  Hampa ni loklaq betoi. Lampu pun takleh setel. Patut le MB angin.
Ada kemungkinan kepala pemain-pemain Kedah pening sewaktu lampu
terpadam secara tiba-tiba. Kalau tidak, kompom tiga mata wak balik Alog Setag.
Aku agak la... Pakai lampu goslin cap rama-rama pun okay apa.




loghat KEDAH klasik - 8

... Humang aiii ...


1. BEDAAH
     = mengarut / mengada-ngada /         
       Contoh ayat:
       'Adik ni bedaah betoi. Mana ada kapai selam boleh terbang'. Awang Nano
       memberi penjelasan pada adiknya Awan Nani.


2. BEDAK (sebutan huruf BE.. seperti menyebut 'berak'. 'Bedak parfume (tetap disebut bedak)
     = membahagi samarata 
       Contoh ayat:
       'Bedak sorang sikit lauk ayam tu'... kata Makcik Niloefa kepada lapan anaknya.


3. BEDEY
     = tuju (menggunakan getah)       
       Contoh ayat:
       Pantang ada getah ditangan, Brad pit akan membedey cicak disiling rumahnya.


4. BELEH
     = lemah         
       Contoh ayat:
       Team takraw negara tewas pada pasukan beleh, Senegal.



Selasa, 14 Februari 2012

Loghat KEDAH klasik - 7



1. BEDENE
= berair / cair (... ialah perkataan penambahan dihujung)

Contoh ayat:
1 - Agar-agar yang dibuat oleh Yuntawaty lembik bedene dan terpaksa dilupuskan.
2 - Kudis buta dikaki Mas Joko yang kekurangan zat itu nampak bedene.

2. BO GAYA
=  tengah bersiap sedia / baru plan

Contoh ayat:
'Bo gaya nak pi sekolah, hujan pun turun, apa lagi tarik selimut balik la cikgu' 
tegas Ferolhapis kepada guru kelasnya mengenai ketidakhadiran beliau kesekolah kelmarin.


3. BULIH
= dapat / memperolehi 
= siap kau (marah) 
= boleh


Contoh ayat:
1. 'Kawan kita, Mat Sapaq tu bulih anak jantan pulak'... beritahu Zun Pak Datuk pada Zun Pak Itam.
2. 'Hang balik sat lagi bulih hang!'... kata Mak Lang Jah pada anaknya Talib yang cabut lari apabila
    disuruh pergi kekedai.
3. 'Dia lupa bulih!' (boleh lupa) ... rungut Pakcik Din sendirian bilamana kopi o yang dipesannya
    diwarung mamak itu sebaliknya yang tiba ialah teh tarik.

4. BERDAERAH
= berjalan (perkataan ini biasanya diucapkan bila marah)


Contoh ayat:
1. 'Anak dara ni berdaerah rumah sapa ni, tak balik-balik lagi!'... Mak Long Tipah membebel bila
anaknya belum pulang kerumah menjelang senja.





 
 
 
 

Ahad, 12 Februari 2012

Loghat KEDAH KLASIK - siri B-6



Pehh... lama betoi kelas  bahasa Kedah berehat....

Dialog kartun diatas adalah ungkapan popular dikalangan
kanak-kanak di Kampung Lahar Tunjung, Kubur Panjang,
Alor Setar, Kedah sekitar tahun 70-an. 


Ianya dalam bahasa Siam yang merupakan bahasa rasmi
kampung tempat kakak sulung aku menetap.

Bila time cuti sekolah je, aku akan kesana
bila berpeluang terutamanya bila abang ipar aku
berkunjung kerumah atau bila bapa aku kesana.

Best dapat mungai@pancing ikan puyu dibendang ditepi rumah.

Guna umpan sejenis serangga yang dipanggil 'klepek' yang
diperolehi sekitar reban itik berhampiran rumah kakak.


Jorannya menggunakan sebatang kayu yang panjang.
Pantang letak umpan, menyambar je puyu.


Dok sana tiga empat hari, hati mula gelisah teringat nak balik..


Nampak je kelibat bapa aku datang dengan motor Honda C50 nya
yang bernombor KA 2239, pehh.. seronok betoiii....


Kenangan lalu.



... B ...

1. BAJU PANAS @ Baju Panaih
    = Singlet

Contoh ayat: 
Azman Taha dimarahi guru pendidikkan jasmaninya kerana tidak memakai
baju panas ketika bersenam.

2. BESAG GAJAH
    = Besar (digunakan bila marah)

Contoh ayat: 
'Dah besag gajah pun penakut lagi hang ni' marah makcik Yuntawaty pada
anaknya Sokardy pelajar tingkatan lima yang takut untuk ketandas pada waktu malam.

3. BERGENCOK
    = Menari

Contoh ayat: 
Pak Maun bergencok sakan didewan tarian sempena malam Pesta Muda-mudi anjuran
belia 4B 1C Kampung Batang Rokan tanpa menyedari kehadiran isterinya.

4. BERETUH
    = Sentuh / Tersentuh

Contoh ayat: 
1. Punca Encik Jabar menumbuk Slyvester Stallone hingga koma hanya kerana mereka        
    berdua beretuh tanpa sengaja sewaktu berasak melihat kejohanan Ayam Sabung
    sedunia di Brussel.

2. Zaidee yang baru bersunat meraung bila adiknya Ucop terberetuh dikawasan yang
    masih belum pulih tersebut. 

5. BALUN
    = Pukul / Makan

Contoh ayat: 
1.'Ishk...budak-budak ni nak kena balun sat lagi ni.' Rungut Pak Ya bila tidurnya
    asyik terganggu dek riuh-rendah anak-anaknya bermain.

2. 'Ai tadi dah balun mee goreng sorang dua pinggan tak kenyang-kenyang lagi ke?'
     Soal Meor pada Asbulah dan Din Tamblong yang mengajaknya kewarung lagi.